Thursday, September 22, 2011

The Pleasure of September


Syiman telah cuba bajet utk melimitkan 'pleasure quota' pada bulan September namun nak buat mcm mana, banyak jugak yang telah berlaku demi kepuasan nafsu 'pleasure'. Apa salahnya mengisi 'pleasure quota' itu sebagai escapism bagi segala stress yang ada. Haha. Jadi apakah perkara yang telah berlaku itew? Mari Syiman senaraikan.

1. Subway

Omg. Dalam bulan nie Syiman makan Subway 3 kali - Seafood, Chicken Teriyaki dan Italian B.M.T. Apa yang best ttg Subway adalah Syiman boleh mintak xtra sos. Dalam kes itu, I like to have my Subway wit xtra mayonis and cheese. Hehe. Italian B.M.T. is special offer sandwich for Monday. Now I have reason to like Mondays. FYI, Subway adalah rankaian restoran paling banyak di USA (33000 cawangan) dan telah diiktiraf sebagai 'restoran fast food paling sihat' berdasarkan laporan oleh Yahoo! Health. ^_^




2. McDonald

Dah try aiskrim McD flavour of the month, Milo Supreme? Kena try coz mmg sedap. Gabungan cereal Milo n serbuk Milo dengan aiskrim vanilla McD mmg syok. Selain itu, Double Cheeseburger, my fav burger, turut disantap dlm bulan nie. Suke!

3. Secret Recipe

Sape yang tak suke kepada cheese cake Secret Recipe yang sangat sedap itu? Kali nie, Syiman try Apple Cheese Slice. Kombinasi apple dan cheese adalah agak serasi. ^_^

4. Topman

Mula2 nak beli underwear Topman tapi tak de size la pulak. Corak yang best pun tak de. So, cancel beli underwear, terus beli T-shirt Notch Neck warna putih. Boleh la dipakai bersama my Burgundy skinny jeans. ^_^

5. The Loaf

Restoran bakeri yang ada kaitan dengan Dr Mahathir ini mmg dah lama Syiman nak try. So, tyme berkunjung ke Pavilion hari tue, ternampaklah The Loaf. Teruslah Syiman grab Marble Cookies dan Smiley Cheese Cake. The taste is good dan jenis roti yang ada pun unik. Try it. Lepas nie sure nak explore lagi The Loaf.


6. Carl's Jr.


Agak mahal tapi berbaloi. And, sexual. Itulah Carl's Jr. I like it. I makan burger Super Star. Mmg besar, mmg sedap, mmg mantap.



7. Baskin Robbins

Well, dah lama Syiman tak makan Baskin Robbins. Dalam kesempatan yang ada, Syiman pun pegi lah beli. Semestinya signature sundae dengan 2 flavour - strawberry cheese cake and lemon yogurt; m&m and choc fudge as topping.


8. Starbucks Coffee

Yeah. I drink Hot Latte utk menghilangkan rasa mengantuk tyme berkerja. Hehe. Apa yang best is coffee die light but padat n creamy. ^_^


9. The Secret Life of Nora

The Secret Life of Nora adalah pementasan teater yang ke-3 oleh Tiara Jaquelina n team. Syiman dah beli tiket pada 7/10/2011 nie. Kul 8.30pm di Istana Budaya. Sape nak join jom la. Khabarnya, pementasan kali nie menelan kos lebih tinggi dari PGL dan P Ramlee Musical. Jadi, haruslah hasilnya lebih vogue jgk kan. Syiman beli seat yang harga die RM113.


10. KFC

Tidak dilupakan, cheezy wedges yang sekian lama menjadi trademark KFC paling best.


Maka itulah pengisian 'Pleasure Quota' daripada Syiman Syareman. Apakah pengisian 'pleasure quota' anda? Pandai2 lah bajet k. Hehe.

Monday, September 19, 2011

Kitten Attack


Sebagai pencinta kucing, SS sangat terhibur melihat aksi2 yang ditonjolkan oleh makhluk zomel itew. Kali ini, aksi anak kucing yang tak de keja lantas menghempap muka abg anjing nya..Hehe




Wednesday, September 14, 2011

Hard Rock Way


1. Semakin kita membesar menjadi dewasa, maka semakin banyaklah liku2 dan persimpangan yg muncul utk kita tempuhi.

2. Banyaknya liku2 ini menyebabkan kita dipaksa lantas terpaksa menjadi terlatih dlm mempraktikkan salah satu strategi hidup; membuat pilihan.

3. Mengikut selera masing2, ada yang memilih jalan yang senang (easy way), ada yang memilih jalan yang susah (hard way).

4. Kita labelkan ia jalan yang senang dan jalan yang susah kerana setiap jalan mempunyai nisbah kebarangkalian risiko yang tersendiri.

5. Ntah mengapa, Syiman mempunyai kecenderungan utk memilih jalan yang susah. Namun bukan menjadi masalah kerana perspektif utk perkara subjektif adalah diharuskan.

6. For me, jalan yang susah jika kena pada caranya, maka akan mendatangkan pulangan yang lumayan dalam jangka masa panjang.

7. Apa-apa pun, dlm membuat sesuatu pilihan, usaha yang istiqamah perlu dikerah supaya hasil yang berbuah adalah sedap lagi mantap. Tidak guna jika pilihan tepat dibuat namun kontang dari segi pengisian pasca pilihan itu.

8. Mari kita berlumba dgn haluan masing2.

9. Jangan memandang rendah pada seseorang yang membuat pilihan berlainan daripada anda.

10. I wish all of you gud luck.





Saturday, September 10, 2011

Underneath Your Clothes


Underwear adalah satu aksesori yang patut diberi perhatian sama seperti perhatian kepada baju dan seluar yang dipakai. Hal ini kerana semakin selesa underwear yang dipakai, maka semakin syok lah seseorang itu menjalani kehidupan sehari-hari. Malah, confident level pown makin meningkat. Di sini, Syiman nak list mengikut ranking; underwear brand yang Syiman cukup syok kerana kualiti, rekaan, dan keselesaan yang dimiliki oleh underwear2 itu.

1. Private Structure





Private Structure mmg syok utk dipakai. Walaupun agak mahal - satu underwear berharga lebih kurang RM90, namun keselesaan dan potongan mmg berbaloi dengan harga. Menjadikan pemakai lebih seksi dan fit, Private Structure adalah underwear yang harus dimiliki. Tambahan, corak dan warna yang komprehensif akan menjadikan anda sentiasa dalam mood ke arah menjadi seorang yang sofistikated.

2. Soda



Soda jugak selesa. Apa yang best tentang Soda adalah keselesaannya. Itu saja. Apa yang membuatkan Soda berada di ranking num 2 ini adalah kerana sifatnya yang sederhana namun mantap apabila dipakai.

3. Byford



Hari tu Syiman ada mencari underwear baru utk dibeli. Dan selepas beberapa lama mencari, akhirnya tertarik lah pada satu underwear nie kerana design nya yang berjaring2. Dengan memakai underwear itu, Syiman rasa cukup seksi, secara batin (innerly) walaupun orang lain tak nampak. Maka, jelas di sini pemakaian underwear yang tepat dan hebat akan menambahkan keyakinan dan kemantapan seseorang. Hehe.

4. Diesel


Apa yang Syiman suka pasal Diesel adalah kerana pegangan underwearnya yang kukuh dalam memegang pinggang. Dan juga rekaan corak dan nama yang agak mantap jugak menambahkan kredit kepada Diesel untuk menjadi num 4.

5. Topman



Mengapakah jenama yang cukup Syiman suka ini berada di tangga kedudukan yang ke-5? Sebab ini adalah kategori underwear. Dan, Syiman masih belum cuba try test lagi mana2 underwear Topman. Tidak lama lagi, underwear Topman bakal dimiliki Syiman. Suke!

6. B.U.M Equipment



Murah. Selesa. Itulah B.U.M Equipment. Harus lah berada dalam Top 6 sebagai salah satu underwear yang Syiman suka.

Maka itulah Top 6 Underwear yang Syiman syok. Sebagai extra rujukan minat anda terhadap underwear, boleh lah melayari MensUnderwearGuy utk mengetahui ttg news, reviews dan opinions ttg men's underwear.


Di bawah menunjukkan potongan dan jenis underwear yang boleh dipilih mengikut selera masing2 :



Dan, marilah kita melayan lagu Underneath Your Clothes dendangan Shakira. ^_^




Thursday, September 8, 2011

The Inception of Beauty


1. Ramai orang tak suka berkawan dengan orang yang cantik kerana perhatian byk tertumpu pd diri mereka.

2. Ramai juga yang takut utk menjalinkan hubungan serius dengan org yang cantik kerana beranggapan mereka adalah golongan yg tidak setia dan suka berfoya-foya dengan kekasih lain.

3. Ironinya, tidak semua golongan yg cantik ini adalah demikian sifatnya, sebaliknya mempunyai kapasiti utk menjadi kawan yg paling syok pernah anda ada dan kekasih hati paling setia yg pernah anda miliki.

4. Tidak perlulah risau populariti akan merudum apabila berdampingan dengan org yg cantik kerana sebenarnya populariti anda tak terjejas pown malah akan mengumpul perhatian drpd peminat dlm kelompok tersendiri.

5. Berkawan dgn orang yg popular akan menjadikan anda popular.

6. Begitulah juga berkawan dengan orang yg cantik akan menjadikan anda juga cantik.

7. Buat golongan yang sangsi dengan kesetiaan org yang cantik sbg kekasih hati, tidak salah utk sangsi di awal perhubungan namun janganlah hingga memperlahankan langkah anda dalam menawan hati si dia. Jangan jadikan persepsi itu menjadikan anda putus asa sebaliknya terus istiqamah dlm berusaha meneroka status kesetiaan si dia terhadap anda. Jika anda putus asa, maka rugi besarlah anda kerana kehilangan orang yang sudahlah cantik, malah setia pulak tu.

8. Apa2 pown, semua drpd kita adalah cantik dalam kelas yang tersendiri. Dengan mempercayai diri anda cantik, maka cantiklah anda.