Wednesday, September 14, 2011

Hard Rock Way


1. Semakin kita membesar menjadi dewasa, maka semakin banyaklah liku2 dan persimpangan yg muncul utk kita tempuhi.

2. Banyaknya liku2 ini menyebabkan kita dipaksa lantas terpaksa menjadi terlatih dlm mempraktikkan salah satu strategi hidup; membuat pilihan.

3. Mengikut selera masing2, ada yang memilih jalan yang senang (easy way), ada yang memilih jalan yang susah (hard way).

4. Kita labelkan ia jalan yang senang dan jalan yang susah kerana setiap jalan mempunyai nisbah kebarangkalian risiko yang tersendiri.

5. Ntah mengapa, Syiman mempunyai kecenderungan utk memilih jalan yang susah. Namun bukan menjadi masalah kerana perspektif utk perkara subjektif adalah diharuskan.

6. For me, jalan yang susah jika kena pada caranya, maka akan mendatangkan pulangan yang lumayan dalam jangka masa panjang.

7. Apa-apa pun, dlm membuat sesuatu pilihan, usaha yang istiqamah perlu dikerah supaya hasil yang berbuah adalah sedap lagi mantap. Tidak guna jika pilihan tepat dibuat namun kontang dari segi pengisian pasca pilihan itu.

8. Mari kita berlumba dgn haluan masing2.

9. Jangan memandang rendah pada seseorang yang membuat pilihan berlainan daripada anda.

10. I wish all of you gud luck.





No comments:

Post a Comment