Thursday, September 8, 2011

The Inception of Beauty


1. Ramai orang tak suka berkawan dengan orang yang cantik kerana perhatian byk tertumpu pd diri mereka.

2. Ramai juga yang takut utk menjalinkan hubungan serius dengan org yang cantik kerana beranggapan mereka adalah golongan yg tidak setia dan suka berfoya-foya dengan kekasih lain.

3. Ironinya, tidak semua golongan yg cantik ini adalah demikian sifatnya, sebaliknya mempunyai kapasiti utk menjadi kawan yg paling syok pernah anda ada dan kekasih hati paling setia yg pernah anda miliki.

4. Tidak perlulah risau populariti akan merudum apabila berdampingan dengan org yg cantik kerana sebenarnya populariti anda tak terjejas pown malah akan mengumpul perhatian drpd peminat dlm kelompok tersendiri.

5. Berkawan dgn orang yg popular akan menjadikan anda popular.

6. Begitulah juga berkawan dengan orang yg cantik akan menjadikan anda juga cantik.

7. Buat golongan yang sangsi dengan kesetiaan org yang cantik sbg kekasih hati, tidak salah utk sangsi di awal perhubungan namun janganlah hingga memperlahankan langkah anda dalam menawan hati si dia. Jangan jadikan persepsi itu menjadikan anda putus asa sebaliknya terus istiqamah dlm berusaha meneroka status kesetiaan si dia terhadap anda. Jika anda putus asa, maka rugi besarlah anda kerana kehilangan orang yang sudahlah cantik, malah setia pulak tu.

8. Apa2 pown, semua drpd kita adalah cantik dalam kelas yang tersendiri. Dengan mempercayai diri anda cantik, maka cantiklah anda.







No comments:

Post a Comment