Saturday, September 10, 2011

Underneath Your Clothes


Underwear adalah satu aksesori yang patut diberi perhatian sama seperti perhatian kepada baju dan seluar yang dipakai. Hal ini kerana semakin selesa underwear yang dipakai, maka semakin syok lah seseorang itu menjalani kehidupan sehari-hari. Malah, confident level pown makin meningkat. Di sini, Syiman nak list mengikut ranking; underwear brand yang Syiman cukup syok kerana kualiti, rekaan, dan keselesaan yang dimiliki oleh underwear2 itu.

1. Private Structure





Private Structure mmg syok utk dipakai. Walaupun agak mahal - satu underwear berharga lebih kurang RM90, namun keselesaan dan potongan mmg berbaloi dengan harga. Menjadikan pemakai lebih seksi dan fit, Private Structure adalah underwear yang harus dimiliki. Tambahan, corak dan warna yang komprehensif akan menjadikan anda sentiasa dalam mood ke arah menjadi seorang yang sofistikated.

2. Soda



Soda jugak selesa. Apa yang best tentang Soda adalah keselesaannya. Itu saja. Apa yang membuatkan Soda berada di ranking num 2 ini adalah kerana sifatnya yang sederhana namun mantap apabila dipakai.

3. Byford



Hari tu Syiman ada mencari underwear baru utk dibeli. Dan selepas beberapa lama mencari, akhirnya tertarik lah pada satu underwear nie kerana design nya yang berjaring2. Dengan memakai underwear itu, Syiman rasa cukup seksi, secara batin (innerly) walaupun orang lain tak nampak. Maka, jelas di sini pemakaian underwear yang tepat dan hebat akan menambahkan keyakinan dan kemantapan seseorang. Hehe.

4. Diesel


Apa yang Syiman suka pasal Diesel adalah kerana pegangan underwearnya yang kukuh dalam memegang pinggang. Dan juga rekaan corak dan nama yang agak mantap jugak menambahkan kredit kepada Diesel untuk menjadi num 4.

5. Topman



Mengapakah jenama yang cukup Syiman suka ini berada di tangga kedudukan yang ke-5? Sebab ini adalah kategori underwear. Dan, Syiman masih belum cuba try test lagi mana2 underwear Topman. Tidak lama lagi, underwear Topman bakal dimiliki Syiman. Suke!

6. B.U.M Equipment



Murah. Selesa. Itulah B.U.M Equipment. Harus lah berada dalam Top 6 sebagai salah satu underwear yang Syiman suka.

Maka itulah Top 6 Underwear yang Syiman syok. Sebagai extra rujukan minat anda terhadap underwear, boleh lah melayari MensUnderwearGuy utk mengetahui ttg news, reviews dan opinions ttg men's underwear.


Di bawah menunjukkan potongan dan jenis underwear yang boleh dipilih mengikut selera masing2 :



Dan, marilah kita melayan lagu Underneath Your Clothes dendangan Shakira. ^_^




No comments:

Post a Comment