Friday, October 28, 2011

Bad Counter


SS nak utarakan satu isu yang mana dah lama SS nak utara. Tak tertahan lagi sebab hari nie SS baru je dapat dua customer service buruk yang merosakkan mood SS sepanjang hari. Kerosakan yang agak besar pada mood SS tue menyebabkan SS termenung dalam fikiran yang dalam ttg isu, 'Bad Counter Service'.

Okey. SS percaya semua drpd kita pernah merasai pengalaman servis kaunter yang teruk. Hari nie 2 pengalaman servis kaunter yang teruk itu ialah di Subway KL Sentral dan Rapid KL LRT Stesen KLCC. Sebelum ini SS pernah jgk merasai bad kaunter service di pejabat pengurusan Pelangi Damansara, pejabat Fakulti Kejuruteraan Pembuatan UTeM, Topman Pavilion, Swatch One Utama, Maxis The Curve, kaunter aplikasi PTPTN dan banyak lagi kaunter2 teruk yang lain.
Merasai pengalaman servis kaunter yang teruk itu menyebabkan mood SS rosak lantas timbullah beberapa persoalan seperti :

Pekerja tu faham tak ttg perkhidmatan pelanggan yang baik?

Mengapa pekerja tu bertindak biadap terhadap pelanggan?

Adakah aku nie seorang yang teruk hingga mendapat perkhidmatan yang teruk?

Dlm waktu termenung dengan persoalan itew, SS pown akhirnya datang dengan satu konklusi dan resolusi. Konsensus konklusi daripada gabungan pemikiran yg dalam mengatakan bahawa aku adalah pelanggan dan aku mempunyai hak utk dilayan dengan perkhidmatan yang mesra, penuh dengan penghormatan dan cekap.

Namun, sedar atau tak, dunia skrg semakin kejam. Hakisan peradaban yang sopan, hormat orang lain, baik, amanah dll. telah menjadi semakin serius dalam manusia sekeliling kita. Pekerja kurang ajar dan biadap telah menjadi majoriti sebaliknya yang baik dan berhemah menjadi minoriti dan semakin pupus.

Tak tahulah pengalaman servis kaunter anda mcm ne tapi itulah yang SS rasa dan perhati. Dengan itu, SS takkan dah lagi menjadi sorang yang baik seperti sebelum nie sewaktu berada di mana2 kaunter. Ada saja pencabulan hak pelanggan akan SS susulkan dengan argument dan hujah yang keras lagi kuat. Nada tenang dan sopan SS akan berubah sama sekali menjadi lebih berkuasa dari biasa. I will not expecting any good counter service anymore.

Sesungguhnya, servis kaunter teruk oleh para pekerja yang biadap dan tak berhemah nie tak boleh dibiarkan. Jangan takut untuk mempertahan hak anda sebagai pelanggan. Bersiap sedialah wahai semua kaunter. SS tidak lagi mcm dulu, Kali nie, anda yang akan terkena. Setiap peristiwa akan dicatat di blog nie. ^_^

Thursday, October 20, 2011

The Pleasure of October


Wow. Tup tup tup dah nak berakhir dah bulan Oktober. Rasa mcm baru je lepas puasa n celebrate raya. Raya mcm baru je sebulan tapi actually dah 2 bulan lebih. Oktober adalah bulan yang mana Syiman menggunakan my pleasure quota dengan banyak sangat. Nak buat mcm ne, utk mendapatkan barang2 idaman buat sekian lama, akhirnya bulan 10 nie jugak kesampaian hajat. Boleh lah dikatakan bulan 10 ini adalah bulan material kerana penggunaan Pleasure Quota oleh Syiman adalah lebih kepada barang2. Apakah barang2 itu dan apakah the pleasure of this month? Amat suka utk Syiman list kan :

The Secret Life Of Nora

Okey. The Secret Life of Nora adalah satu pementasan yang cukup best. Tiara Jacquelina sememangnya tunjang kepada pementasan teater yang manzap sangat nie. Syiman ada buat review, sape yang miss sila lah check it out. Syiman Review.

Subway

Subway mmg menjadi makanan fav Syiman sejak kebelakangan nie. I like the way they do it fresh in front of my eyes. And set meal die pown datang dengan cookies yang sedap. SS selalu ambik White Chocolate Macadamia and Chocolate. Utk bulan nie, Syiman ambik Chicken Slice. Sos yang SS suka semestinya Ranch, BBG, Thousand Island and Mayonis. Nyum2.

Oldtown

Oldtown sememangnya syok. Tak mau nak bercerita panjang, rasa lah sendiri di Oldtown k. Hehe


Swatch

Okey. Syiman mmg sedih dengan kehilangan 2 jam tangan Swatch sebelum nie, and kesedihan tu agak terubat kerana SS baru je mendapatkan jam tangan baru daripada Swatch. Sememangnya Swatch tidak pernah mengecewakan, Syiman rasa sexy and manzap sangat bile memakai Swatch. Hope tak hilang lagi, nak jaga elok2. ^_^



Topman

V-neck sememang jenis T-shirt yang haruz dimiliki semua. It will make u trendy n sexy. So, SS pun berminatlah nak beli V-Neck warna hitam setelah berkenan selepas melawat butik Topman hari tue. ^_^
Sony Cybershot

Oh yeah. Tahukah anda bahawa bulan 10 nie Sony ade buat promotion potongan sehingga rm300 bagi kamera? So, Syiman yang dah kempunan lama utk memiliki kamera berkualiti tak menunggu lama lah. Syiman dah dapatkan Sony Cybershot TX100V. Teramat best. Leh buat Sweep Panorama, Background Defocus and also, HD Movie. ^_^ Suke! Nanti boleh la kite bergambar sekali ek. Hehe


Zara

Yes, kini bag Zara telah menjadi genggaman. Suke sangat. Rasa mcm sexy and vogue. Haha.





Friday, October 14, 2011

Novak vs. Nadal


1. Syiman memang tersangat geram dengan realiti bahawa arena tenis kini didominasi oleh Novak.

2. Kegeraman itu makin meluap2 apabila fakta menunjukkan penyingkiran Nadal drpd status num #1 dunia oleh Novak.

3. 3 daripada 4 Grand Slam, Australia Open, Wimbledon dan yg terbaru, US Open telah berjaya digenggam oleh Novak pada 2011.

4. Mengapakah Novak begitu mantap dan kencang di ranjang tenis sejak kebelakangan nie?

5. 2011 adalah tahun yang mana Novak telah mengatasi rekod menang dalam pertembungan dengan Nadal. Namun, statistik sepanjang masa menunjukkan Nadal masih mendahului 16-13 dlm pertembungan 29 kali antara mereka.

6. Jurang pertembungan menang kalah telah berjaya dirapatkan oleh Novak namun Syiman berharap Nadal kembali menemui rentak.

7. Hate Novak. Love Nadal.






Thursday, October 13, 2011

Preventing Hairfall


1. Sebagai mamalia yang kompleks, rambut tumbuh di banyak tempat di badan kita. Ada di tangan, ada di kaki, ada di muka, hidung dan juga di alat sulit.

2. Kali nie, SS nak ulas pasal rambut di kepala.

3. Rambut di kepala adalah mahkota bg setiap manusia. Bagi sesiapa yang tak suka memakai mahkota, maka dia suka utk menjadi botak.

4. SS termasuk dalam golongan yg suka memakai mahkota, lantas risau lah SS apabila mendapati sedikit demi sedikit rambut SS gugur tersungkur ke lantai.

5. Sebagai langkah awal utk mencegah drpd termsuk dlm golongan yg mendaftar dgn Yun Nam Hair Care, berikut adalah tips utk dikongsi supaya mahkota yang ada sentiasa terpelihara.

Tips #1 : Makan multivitamin.

Tips #2 : MInum banyak air

Tips #3 : Kurangkan caffeine

Tips #4 : Tidur secukupnya

Tips #5 : Guna product utk rambut yang berkualiti

Tips #6 : Makan banyak makanan yang banyak protein

Tips #7 : Makan banyak sayur-sayuran

6. Selamat beramal ye. Tips di atas dibawa khas kepada anda oleh Syiman Syareman. Hehe. Semoga rambut kita sentiasa cantik dan manzap.




Monday, October 10, 2011

Syiman's Review : The Secret Life of Nora


Syiman pernah mendengar ttg kehebatan pementasan musical Puteri Gunung Ledang dan musical P. Ramlee namun tidak pernah ade kesempatan utk pegi menonton. Namun, kali ini Syiman sempat meluangkan masa demi The Secret Life of Nora, cebisan terbaru dibawa oleh Tiara Jacquelina.

Menonton di Grand Circle Istana Budaya, menyaksikan The Secret Life of Nora adalah satu momen yang cukup menghiburkan. Lakonan, skrip, music, coreography, probs, ligthing dan lain2 adalah melebihi daripada paras utk menghiburkan Syiman. Inilah teater. Inilah pementasan.

Syiman suka apabila elemen seksi sedikit sebanyak disuntik sewaktu lagu Toxic dinyanyikan. Berlatarkan kelab mlm Mr. J, tarian dan style yang dihidupkan adalah cukup syok. I like it when it sexy. Hehe. Susunan melodi dan nyanyian harus diberi pujian. Inilah pementasan MUSICAL. Karyawan Malaysia harus mencontohi daripada pementasan ini (terutamanya karyawan musical Tun Mahathir).

Sememangnya Tiara Jacquelina tidak pernah mengecewakan. Syiman menanti buah tangan yang seterusnya oleh Tiara dengan penuh tidak sabar. Tahniah, Tiara.







Friday, October 7, 2011

RIP Steve Jobs


1. Steve Jobs adalah pemacu kepada Apples utk terus gah di dalam industri malah sepanjang menjadi CEO Apples, banyak inovasi dan revolusi yang berlaku dalam rangkaian produk Apples.

2. Macbook Air, iPad, iPhone dan banyak lagi adalah produk Apples mengalami transformasi malah semakin dekat dengan komuniti global di sebalik Steve Jobs sebagai teraju.

3. Tersangatlah suka utk Syiman memetik beberapa quote :


By building one of the planet’s most successful companies from his garage, he exemplified the spirit of American ingenuity. By making computers personal and putting the internet in our pockets, he made the information revolution not only accessible, but intuitive and fun. And by turning his talents to storytelling, he has brought joy to millions of children and grownups alike. Steve was fond of saying that he lived every day like it was his last. Because he did, he transformed our lives, redefined entire industries, and achieved one of the rarest feats in human history: he changed the way each of us sees the world. - Barack Obama
From his own invention I open my browser to it's homepage. Today it took my breath away. #ThankYouSteve. Going to eat Apples all day. - Lady Gaga

4. Rest in peace, Steve Jobs. And, a lot of thanks. Im gonna buy iPhone and Macbook Air. ^_^






Penguin Apungan + Presiden Gred D 2


1. Seharusnya orang yang dikritik dan dihentam akan diresapi semangat berkobar2 utk membuktikan bhw segala kritikan yang dilempar tidak betul dan relevan.

2. Justeru, adalah sesuatu yang cukup menghairankan apabila Penguin Apungan (Syuhada) dan Presiden Gred D (Nik) kalah lagi di Debat Alam Sekitar.

3. Nampaknya kita semakin jelas bahawa semangat orang yang tidak berbakat tidak akan membawa apa2 kemajuan.

4. Sekali lagi Penguin Apungan dan Presiden Gred D melakukan formula bergabung antara mereka. Kali ini di Debat Alam Sekitar, ada beberapa kelebihan bagi pihak KDP termasuklah kelebihan sebagai tuan rumah . Apakah hasilnya daripada formula hebat mereka dan keadaan menjadi tuan rumah? Kalah lagi.

5. Sesungguhnya, amatlah kasihan melihat mereka. Mereka perlukan bantuan. Namun, hakikatnya, mereka tidak mahu menerima bantuan.

6. Satu lagi perkara yang menghairankan adalah sudah sekian lama Penguin Apungan dan Presiden Gred D berkecimpung dan gigih dalam rancah debat universiti. Penguin Apungan dah nak masuk 4 tahun manakala Presiden Gred D dah nak masuk 2 tahun lebih. Dalam jangka waktu itu, lingkungan belasan arena debat telah ditempuhi oleh mereka berdua namun sentiasa kalah dalam kesemuanya.

7. Ada satu konklusi bagi justifikasi bagi semua ini. Semangat dan pengalaman orang yang tidak berbakat tidak akan membawa ke mana2.

8, Tersematlah dalam sejarah KDP bahawa Penguin Apungan dan Presiden Gred D adalah contoh bagaimana seseorang itu boleh menjadi buta utk melihat bahawa dirinya sememangnya tidak berbakat dan tidak relevan lagi utk berdebat dek kerana obses dan ketagihan terlampau terhadap debat.