Friday, October 28, 2011

Bad Counter


SS nak utarakan satu isu yang mana dah lama SS nak utara. Tak tertahan lagi sebab hari nie SS baru je dapat dua customer service buruk yang merosakkan mood SS sepanjang hari. Kerosakan yang agak besar pada mood SS tue menyebabkan SS termenung dalam fikiran yang dalam ttg isu, 'Bad Counter Service'.

Okey. SS percaya semua drpd kita pernah merasai pengalaman servis kaunter yang teruk. Hari nie 2 pengalaman servis kaunter yang teruk itu ialah di Subway KL Sentral dan Rapid KL LRT Stesen KLCC. Sebelum ini SS pernah jgk merasai bad kaunter service di pejabat pengurusan Pelangi Damansara, pejabat Fakulti Kejuruteraan Pembuatan UTeM, Topman Pavilion, Swatch One Utama, Maxis The Curve, kaunter aplikasi PTPTN dan banyak lagi kaunter2 teruk yang lain.
Merasai pengalaman servis kaunter yang teruk itu menyebabkan mood SS rosak lantas timbullah beberapa persoalan seperti :

Pekerja tu faham tak ttg perkhidmatan pelanggan yang baik?

Mengapa pekerja tu bertindak biadap terhadap pelanggan?

Adakah aku nie seorang yang teruk hingga mendapat perkhidmatan yang teruk?

Dlm waktu termenung dengan persoalan itew, SS pown akhirnya datang dengan satu konklusi dan resolusi. Konsensus konklusi daripada gabungan pemikiran yg dalam mengatakan bahawa aku adalah pelanggan dan aku mempunyai hak utk dilayan dengan perkhidmatan yang mesra, penuh dengan penghormatan dan cekap.

Namun, sedar atau tak, dunia skrg semakin kejam. Hakisan peradaban yang sopan, hormat orang lain, baik, amanah dll. telah menjadi semakin serius dalam manusia sekeliling kita. Pekerja kurang ajar dan biadap telah menjadi majoriti sebaliknya yang baik dan berhemah menjadi minoriti dan semakin pupus.

Tak tahulah pengalaman servis kaunter anda mcm ne tapi itulah yang SS rasa dan perhati. Dengan itu, SS takkan dah lagi menjadi sorang yang baik seperti sebelum nie sewaktu berada di mana2 kaunter. Ada saja pencabulan hak pelanggan akan SS susulkan dengan argument dan hujah yang keras lagi kuat. Nada tenang dan sopan SS akan berubah sama sekali menjadi lebih berkuasa dari biasa. I will not expecting any good counter service anymore.

Sesungguhnya, servis kaunter teruk oleh para pekerja yang biadap dan tak berhemah nie tak boleh dibiarkan. Jangan takut untuk mempertahan hak anda sebagai pelanggan. Bersiap sedialah wahai semua kaunter. SS tidak lagi mcm dulu, Kali nie, anda yang akan terkena. Setiap peristiwa akan dicatat di blog nie. ^_^

No comments:

Post a Comment