Saturday, November 5, 2011

HD


1. Seiring dengan perkembangan teknologi dalam produk TV yang menawarkan HD sebagai produk berkualiti abad ini, percambahan orang yang HD juga semakin menjadi-jadi. Siapakah HD itu? Tidak lain dan tidak bukan of coz lah orang yang Hasad Dengki.


2. Orang HD nie adalah cukup berbahaya dalam komuniti. Daripada HD lah berlakunya kegilaan dalam komuniti; sebagai contoh - kes simbah asid. Penyimbahan asid adalah teknik orang yang gila yang mana kewarasannya hilang dek kerana hasad dengki yang membuak-buak melebihi boiling point. Lagi satu kriteria orang HD nie adalah dia suka tikam orang dari belakang.


3. Antara orang HD yang SS penah jumpa adalah Awang daripada KUTKM dan Shahril daripada Sharp.


4. SS pernah terkena dengan angkara orang HD nie beberapa kali dan harus diingat, dunia yang semakin kejam dan hakisan peradaban mulia ini menyaksikan situasi berhadapan dengan orang HD nie x boleh dielakkan. Lalu, kita harus memikirkan ttg bagaimana utk meneutralkan angkara orang HD nie supaya kesan daripada orang HD ini dapat diminimumkan.


5. Langkah pertama dan asas adalah mengetahui ttg kriteria orang HD. Langkah mudah nak tau orang HD nie adalah backstabber ataupun tikam dari belakang. Orang yang tak HD tak akan tikam orang dari belakang. Setelah mengetahui dan mengenal pasti siapa orang HD, seterusnya ialah menjauhi golongan HD nie. Kita tak perlu nak berkawan dengan orang HD. Pastikan tindakan anda menjauhi dan perasaan tidak suka kepada orang HD nie adalah jelas dan terserlah.


6. Kalau langkah menjauhi/tak berkawan dengan orang HD nie kurang anda suka sikit, maka SS nak cadangkan satu lagi langkah utk kita praktik. Hujah. Ataupun Argument. Yeah, utk melawan orang HD nie kita tak boleh balas dengan tikam dari belakang sebab tikam dari belakang hanya teknik yang digunakan oleh orang yang pengecut dan tidak bermaruah. Dan lagi satu kita tak boleh ikut rentak orang yang tikam dari belakang kita. Kita kena gune teknik lain utk menang dalam game nie.


7. Sambung pasal hujah. Hujah adalah senjata yang mantap utk mengalahkan orang HD. Hasad dengki adalah perkara yang salah justeru orang HD nie adalah golongan yang salah. Utk mengalahkan orang yang salah kite kene guna hujah. 


8. Contoh, kalau orang HD tikam dari belakang dengan mengadu kepada bos anda di tempat kerja utk menjejaskan reputasi anda, balas dengan hujah dan terangkan kepada bos situasi sebenar. Kalau orang HD itu adalah orang yang mempunyai kuasa, maka balas dengan kuasa hujah. Mungkin anda boleh hentam die di blog seperti mana SS buat. Dengan itu jg leh orang ramai tahu situasi sebenar. 


9. Nasihat SS kepada orang HD, tak best pown melakukan pelbagai teknik utk menjatuhkan orang yang anda dengki. Usaha anda hanya akan menambahkan stress, dan merosakkan minda. Apa kata kita hidup dalam harmoni sebab keadilan adalah satu perkara yang tetap dan tidak akan berubah. Itulah janji dan hukum daripada Dia. 




No comments:

Post a Comment