Saturday, November 26, 2011

The Pleasure of November


Mari kita menyelak kembali apakah yang dinikmati oleh kita sepanjang bulan November. Semoga selakan ini memberi kita inspirasi utk terus berusaha gigih supaya nikmat yang ada akan terus dinikmati utk bulan2 yang seterusnya. Highlite harus diberi kepada November kerana mempunyai 3 tarikh cantik - 1/11/11, 11/11/11 & 20.11.2011. Tanpa membuang masa dan huruf lagi di sini sekali lagi ruangan The Pleasure of The Month akan menyenaraikan apakah pleasure yang disantap oleh SS sepanjang bulan November yang akan menjadi penanda aras buat bulan2 mendatang :


Burger King 


Semestinya Burger King masih dengan crown yang amat sukar digugat kerana burger die mmg sedap lagi mantap! Apakah burger yang masuk ke mulut SS itu? Semestinya Chicken Royale, Whopper Jr. & Whopper. Roti yang empuk, daging yang juicy, tambah pulak dengan sos dan cheese yang berkrim mmg membuatkan kita semua kecur saliva. N also, SS jugak sempat menikmati Hersheys aiskrim pie die yang lazat. Oh my........I just love Burger King!








Subway


Subway mmg menjadi my #1 fast food restaurant menganjakkan McD ke ranking #2. Bulan November sahaja menyaksikan SS menyantap Subway sebanyak 4 kali. Italian B.M.T mmg sedap n padat gile dengan kepingan daging n tak dilupakan Chicken Slice yang tidak kurang sedap. Love to enjoy them with Thousand Island, Ranch and Mayonis.




The Ship


Pernahkah anda berkunjung dan berlayar di The Ship? SS pernah. Baru je berlayar hari tu di Bukit Bintang dengan menikmati Chicken Ala Kiev (Fried Chicken yang disumbat special butter) dan Milkshake Strawberry. Sorang makan boleh la bajet dalam RM40-RM60.






KFC


Oh gosh. Mmg dah lama tak makan KFC. Disebabkan rindu nak makan KFC, maka SS pun pegilah order Snack Plate. Semestinya ayam original dengan drumstick dan thigh menjadi pilihan regular buat SS setiap kali berkunjung ke KFC. Semestinya jari2 terjilat-jilat selepas menikmati juadah Snack Plate tu. Hehe






Black Hammer


Apakah itu Black Hammer? Adakah hammer yang mengetuk2 paku yang craftman selalu dok pakai tu? Nope lah. Mcm useless je SS nak beli hammer. Black Hammer adalah jenama safety boots yang menawarkan rangkaian boots yang berkualiti. Sebelum nie, SS selalu rasa kebasahan namun dengan Black Hammer, SS tak perlu risau lagi dengan kebasahan. Hehe


Oldtown


Disebabkan Oldtown dekat sangat dengan my apartment, maka tidak dapat dielakkan lah utk berkunjung ke sini apabila perut telah memberi signal lapar. Nasi lemak special dan Xi Mut Milk Tea mmg sedap dan gabungan yang serasi utk dinikmati. 


The Adventures of Tintin


Gabungan Peter Jackson dan Steven Spielberg, 2 pengarah kegemaran SS semestinya gabungan yang dinanti-nanti. Jangan lupa tgk kat pawagam. SS mmg recommend sangat2 jika anda adalah seorang yang suke menonton movie yang bertemakan adventure dan aksi.








Maka itulah pleasure yang berjaya tersenarai dalam The Pleasure of November. SS ingat iPhone 4S akan menjadi my greatest pleasure utk this month tapi pelancaran kat Malaysia kene delay la pulak sehingga ke 16 Disember. Tak pa lah. Kita tunggu dan lihat lah ye apakah SS punya pleasure di bulan 12. Bagaimana pulak dengan anda semua? Penilaian terhadap pleasure yang dinikmati akan membuatkan kita happy. Selamat bergembira semua. ^_^






No comments:

Post a Comment