Friday, November 18, 2011

Syiman's Review - The Adventures of Tintin


Sejak dapat tahu ttg gabungan Steven Spielberg dgn Peter Jackson utk penghasilan fillem The Adventures of Tintin, SS cukup teruja. Sangat2 teruja. Iyalah, dua pengarah besar Hollywood, bergabung.


Bagaimanakah hasil gabungan nie? Adakah Peter Jackson dan Steven Spielberg mempunyai chemistry yg mapan utk menghasilkan movie yang mantap?


Persoalan di atas dibayangi oleh dua kehairanan; pertama, siapakah itu Tintin? Kedua, mengapa perlu Tintin; siri kartun yang menjadi pilihan Jackson dan Spielberg utk bergabung? Mengapa bukan filem seperti The Lord of The Rings dan War of Worlds? Akhirnya persoalan tersebut terjawab dgn kelegaan dan kegembiraan selepas menonton The Adventures of Tintin di GSC One Utama.


Trademark Spielberg; pacuan adventure yg padat lagi sarat ditambah dengan humor yang relevan, teradun baik dengan trademark Jackson; penampilan grafik sensasi dengan gaya berkualiti - maka lahirlah The Adventure of Tintin di layar perak.


Tidak perlulah SS secara spesifik menceritakan plot cerita Tintin ni kerana SS recommend semua turun padang menyaksikan filem nie di pawagam berdekatan dengan anda, dan indulge in every second setiap scene of Tintin. 


Cinematography - A
Lakonan - A
Pengarahan - A
Plot Citer - A



No comments:

Post a Comment