Tuesday, December 27, 2011

Jimat


1. SS rasa mcm nak berjimat la utk bulan Januari 2012. Bukankah satu permulaan yang bagus utk 2012 dengan azam utk berjimat? Hehe. 


2. SS recommend semua turut serta berjimat. Dengan berjimat, kita akan rasa lebih happy sebab duit di dalam akaun bank kita nampak banyak. Penjimatan yang efektif adalah penjimatan yang disusulkan dengan pengurusan duit yang mantap.


3. Kalau hari nie kita buat keputusan nak berjimat, jadi pada esoknya, kita kena rancang apa yang kita nak buat dengan lebihan duit yang kita jimat tu. Pastikan sistem penyaluran duit itu sentiasa lancar tanpa berlaku kegersangan duit di kemudian hari. 


4. Marilah berjimat. ^_^






  

Sunday, December 25, 2011

First Class


1. Kita semua mahukan sesuatu yang menyenang kegiatan aktiviti kita, yang cantik, yang selesa. Erti kata lain, kita mahukan keadaan dan persekitaran yang kondunsif.


2. Kita akan dapat persekitaran yang kondunsif itu melalui prasarana kelas pertama. Kita mahu sistem pengangkutan kelas pertama, sistem pendidikan kelas pertama, rumah ibadah kelas pertama, tempat kerja kelas pertama, sistem jalan raya kelas pertama dan semualah perkara mesti kelas pertama. 


3. Prasana kelas pertama tidak mampu utk dibangunkan dengan konsisten tanpa mentaliti komuniti kelas pertama. 


4. Utk mewujudkan prasarana kelas pertama, maka kita semua kena bersedia utk membayar setara dengan prasarana kelas pertama. Kesediaan ini adalah salah satu kriteria mentaliti kelas pertama. Adakah kita sangka kita akan dapat prasarana kelas pertama kalau kita tak bersedia utk membayar lebih? Semua drpd kita tahu yang semua benda bukan percuma.


5. Dengan itu, kalau kita nak bayar lebih, maka kita kena kerja lebih. Masyarakat di negara maju dengan prasarana kelas pertama telah bersedia utk bayar lebih. Maka kita lihat mereka juga kerja lebih. 1 daripada 5 individu di US bersedia utk mempunyai perkerjaan kedua (second job). 


6. Sebagai motivasi, sebagai permulaan kita kena berada di rumah yang kondunsif. Berada di rumah yang kondunsif akan mendorong kita berkerja lebih utk menampung semua perbelanjaan. Kalau kita fikir kita tak mampu, maka kita akan cenderung utk terus ketinggalan dan tiada motivasi utk mencari duit lebih. Dan terus lah ditinggalkan oleh orang yang sedang mengumpul kekayaan. 


7. Bagi memacu Malaysia utk memiliki prasarana kelas pertama dan menjadi negara maju, kita jangan lah asyik nak mengadu harga itu dan harga ini naik. Kita kene kerja lebih utk menyumbang kepada ekonomi, dan percayalah harga sesuatu barang atau perkhidmatan akan stabil secara automatik jika pemacu nya sentiasa rancak dalam aktiviti ekonomi iaitu menjana banyak duit dan juga mengeluarkan banyak duit. 


8. Contoh, industri telefon mudah alih dan teknologi konsumer. Kalau dulu, BlackBerry, Apple, Sony Vaio dan lain2 cukup mahal hingga luar daripada jangkauan konsumer berpendapatan sederhana, skrg semua dah stabil. Hal ini kerana kita aktif dalam kegiatan telefon mudah alih dan teknologi konsumer. 


9. Sebagai penegasan, jangan malas, kuatkan usaha, bersedia utk bayar lebih, dapatkan second job, dan berhijrahlah kepada kondominium sebagai motivasi. 





Friday, December 23, 2011

Syiman's Review : So Many Movies on Winter


Musim winter 2011 menyajikan kita dengan lambakan movie yang best utk kita nikmati dengan mata kita. Maka Syiman pun tak ketinggalan dan cukup banyaklah berkunjung ke wayang berdekatan utk menyaksikan para pelakon beraksi dalam movie yang mcm mantap. 


Bulan November-Disember 2011 mmg padat dengan keriangan bukan sahaja dalam industri filem, malah industri fashion pown dengan penawaran year-end sales, tiket murah daripada AirAsia, cuti Kristmas dan jugak New Year, dan sememangnya kita pown meriah dengan window shopping dan jugak kunjungan ke wayang2 berdekatan.


Mari Syiman nak review satu persatu ttg mereka semua; filem2 yang Syiman dah tgk lately :


Ombak Rindu


Ini adalah filem Melayu pertama buat sekian lama yang SS tgk di wayang sejak berbelas2 tahun.


Maya Karin kelihatan comel bertudung dan memberikan performance yang best dalam filem nie. Aaron Aziz pulak memang berani dan daring lah coz sanggup shirtless dengan Lisa Surihani di atas katil. Lisa Surihani pulak asyik emo dan mengamuk. Bront Palarae yang pernah jadi Pelakon Lelaki Terbaik kita menjadi Pelakon tersangat Pembantu di dlm filem nie. Secara general, tunjang utama filem nie mmg tiada masalah dari segi performance malah berlakon dengan OK. Namun, pelakon2 baru dan pembantu dari segi lakonan tak best sangat dan should improve. 


Skrip jugak harus dibaiki. Banyak kepincangan skrip yang cukup tidak intelek yg menjadi punca utama mengapa SS cukup tak suka nak tgk filem Melayu di wayang. Malah kepincangan, kecil atau besar jugak berlaku secara kerap dalam susunan babak dan plot citer.


Filem adaptasi dari novel Melayu yang SS suka adalah Lagenda Budak Setan. Ombak Rindu adalah second best.


Lakonan : B-
Arahan : B-
Cinematography : B
Plot Citer : C






Happy Feet Two


Suara 'rock+sexy' P!nk memang sedap dan lunak lantas penglibatan dalam Happy Feet Two sebagai mak penguin yang suka menyanyi mmg syok la. I love da paparan visual yang memaparkan scene2 yang beatiful dengan penguin-penguin comel girang mengadun vokal masing sambil menari dengan pelbagai style. I love jugak 2 lapisan plot citer yang mana satu lapisan mengisahkan Brad Pitt dan Matt Damon sebagai udang comel dan keliru mengembara mencari originaliti. Lepas nie mmg nak tgk Happy Feet yang first.


Lakonan : B
Arahan : B
Cinematography : B+
Plot Citer : B+






Mission Impossible: Ghost Protocol


Love Tom Cruise. Love the High Definition. Love the action. 


Filem nie menguatkan lagi statement bahawa kita sebenarnya tak perlukan 3D pown dalam industri filem, yang perlu utk kepuasan mata kita adalah teknologi IMAX. 


Lakonan : B+
Arahan : A-
Cinematography : A
Plot Citer : B+






New Year's Eve


Okey. Melalui pengarah yang sama, ingatkan filem nie sama best la mcm Valentine's Day. Seperti biasa formula pengumpulan artis2 besar dan popular dalam satu filem dengan plot citer yang cukup simple digunakan lah. Namun it just not working out dalam New Year's Eve. Tak tau kat mana silapnye, tapi mmg tak berkesan. Maybe sebab tak de Julia Roberts. Maybe sebab terlalu berterabur. Maybe sebab Zac Efron dipadankan dengan pompuan pelik yang tua. Maybe jugak sebab susunan plot yang terlalu berterabur dan tidak kreatif seperti Valentine's Day. Maybe jugak tiada Taylor Swift utk menyanyi lagu tema bagi filem nie. 


Walau apa pown sebabnya, this is so a bad film.


Lakonan : C+
Arahan : C-
Cinematography : C
Plot Citer : C-






Arthur Christmas


Arthur Christmas adalah filem animasi yang paling tak syok SS pernah tengok kat wayang.


Lakonan : C
Arahan : C-
Cinematography : B
Plot Citer : C



Sunday, December 18, 2011

Suka Duka 2011



Aku ingatkan 2011 nie mcm kurang meriah namun aku silap. 2010 adalah tahun yang agak meriah tapi 2011 lagi meriah. Meriah dengan ape? Semestinya dengan pelbagai drama, rasa, cerita dan peristiwa. 2011 adalah tahun yang mematangkan aku.


Suka 


- beli kamera Sony Cybershot TX100V
- beli BlackBerry Curve 9360
- beli bag Zara
- stabil dari segi kewangan berbanding tahun2 sebelum nie
- getting my best s** ever by MP
- beli jam tangan Swatch yang baru berserta dengan aksesori, Bjoux collection
- kelahiran Adele sebagai superstar baru dalam industri muzik global
- get my first G2000
- tambah koleksi Topman especially skinny fit pants
- meninggalkan utem
- berkerja sbg executive di Raja Chulan
- beli buku Awaken Giant Within by Anthony Robbins
- beli my first external hard disk Samsung 500GB
- first time makan kat Chili's
- first time makan kat The Ship
- first time masuk dlm Hard Rock Cafe
- first time makan Krispy Kreme
- dpt tengok teater The Secret Life of Nora kat Istana Budaya
-.bermastautin di Mutiara Damansara
- Peter Jackson dan Steven Spielberg berkolaborasi dlm The Adventures of Tintin


Kurang Suka/Duka


- Novak Djokovic menguasai arena tenis mengatasi Rafael Nadal
- menyaksikan orang yang tak berbakat menyalahguna kuasa dlm Kelab Debat utem, malah orang tu still lagi nak berdebat sedangkan tahu diri tu tak mampu dan tak cukup berbakat nak bagi team menang
- berada di dalam kelas pensyarah yang tak berkualiti seperti En. Kamarul
- pengalaman praktikal yang tak menyenangkan disebabkan supervision yang tak cekap di Sharp + situasi Pak Abu Bakar & family yang tak ikhlas menolong
- my Sony Ericsson selalu sangat buat hal


Maka marilah kita sama2 membuat analisis apa yang kita suka dan apa yang kita kurang suka sepanjang 2011. Analisis ini adalah perlu sebagai penyumbang kepada muhasabah diri yang berkualiti. 2011 dah nak menutup tirai. Tyme nak tutup tirai 2011 tu, kita celebrate dengan positiviti. ^_^ Bye-bye 2011.





Friday, December 2, 2011

Stronger & Talk That Talk


Selepas mendengar Mr. Know It All dan What Doesn't Kill You(Stronger), SS rasa syok sangat coz Kelly Clarkson kini doing Breakaway again. Kelly Clarkson sememangnya berbakat besar cuma pengurusan yg tidak cekap menjadikan sinaran bintang Kelly Clarkson agak malap sejak kebelakangan nie, especially tyme album My December. Tapi, jangan risau, album terbaru Kelly Clarkson, Stronger sememang sama tahap dengan Breakaway. Mr. Know It All sudah pun berada di #10 di Billboard Hot 100. Im expecting sinaran bintang Kelly Clarkson akan kembali cerah. ^_^




Satu lagi artis fofular yang SS nak cakap ialah RiRi. Riri sememangnya semakin kencang dalam mengorak langkah di persada industri music. Menjadi artis muda yang terpantas dalam meletakkan Top 10 hits single di Billboard Hot 100 mengalahkan Madonna, artis wanita terbanyak dalam kuantiti peminat di Facebook mengalahkan Lady Gaga dan setiap album yang dikuarkan semua mencapai status platinum. Single terbaru Riri sangat tidak mengecewakan malah cukup menghiburkan. Enjoy.



Thursday, December 1, 2011

Syiman's Review : Puss In Boots & Breaking Dawn


Puss In Boots sememangnya cukup menghiburkan. Satu demi satu komedi intelek menerjah dari setiap babak. Penceritaan yang kemas, Puss in Boots yang comel, kucing heroin yang sexy, Humpty Dumpty yang annoying, graphic yang cantik dengan 3D yang berkesan dan semestinya costumes yang impresif (boots dan topi Puss) menjadikan Puss In Boots sebagai filem animasi yang mmg meriah. I like this movie so much.


Cinematography : A
Plot Citer : B
Pengarahan : B+
Lakonan : B






Bagaimana pulak dengan Breaking Dawn part 1 yang baru saja mengutip jualan tiket US$500 juta seluruh dunia? Bella semakin cantik. Pada permulaan citer, banyak gile adegan kiss kiss antara Bella dengan Edward. Then Bella pun start mengandung n Jacob mula bergaduh dengan tribe die sebab Bella. Akhirnya Bella jadi vampire. Urm. Penceritaan yang mcm nie agak kurang padat dan meleret2 tapi, itulah Twilight Saga. Walaupun penceritaan yang meleret, namun SS suke kerana penjiwaan romantik adalah cukup tinggi dalam filem nie dan itulah sebabnya ramai sangat orang syok tengok filem nie.


Cinematography : B+
Plot Citer : B-
Pengarahan : B
Lakonan : B