Sunday, December 25, 2011

First Class


1. Kita semua mahukan sesuatu yang menyenang kegiatan aktiviti kita, yang cantik, yang selesa. Erti kata lain, kita mahukan keadaan dan persekitaran yang kondunsif.


2. Kita akan dapat persekitaran yang kondunsif itu melalui prasarana kelas pertama. Kita mahu sistem pengangkutan kelas pertama, sistem pendidikan kelas pertama, rumah ibadah kelas pertama, tempat kerja kelas pertama, sistem jalan raya kelas pertama dan semualah perkara mesti kelas pertama. 


3. Prasana kelas pertama tidak mampu utk dibangunkan dengan konsisten tanpa mentaliti komuniti kelas pertama. 


4. Utk mewujudkan prasarana kelas pertama, maka kita semua kena bersedia utk membayar setara dengan prasarana kelas pertama. Kesediaan ini adalah salah satu kriteria mentaliti kelas pertama. Adakah kita sangka kita akan dapat prasarana kelas pertama kalau kita tak bersedia utk membayar lebih? Semua drpd kita tahu yang semua benda bukan percuma.


5. Dengan itu, kalau kita nak bayar lebih, maka kita kena kerja lebih. Masyarakat di negara maju dengan prasarana kelas pertama telah bersedia utk bayar lebih. Maka kita lihat mereka juga kerja lebih. 1 daripada 5 individu di US bersedia utk mempunyai perkerjaan kedua (second job). 


6. Sebagai motivasi, sebagai permulaan kita kena berada di rumah yang kondunsif. Berada di rumah yang kondunsif akan mendorong kita berkerja lebih utk menampung semua perbelanjaan. Kalau kita fikir kita tak mampu, maka kita akan cenderung utk terus ketinggalan dan tiada motivasi utk mencari duit lebih. Dan terus lah ditinggalkan oleh orang yang sedang mengumpul kekayaan. 


7. Bagi memacu Malaysia utk memiliki prasarana kelas pertama dan menjadi negara maju, kita jangan lah asyik nak mengadu harga itu dan harga ini naik. Kita kene kerja lebih utk menyumbang kepada ekonomi, dan percayalah harga sesuatu barang atau perkhidmatan akan stabil secara automatik jika pemacu nya sentiasa rancak dalam aktiviti ekonomi iaitu menjana banyak duit dan juga mengeluarkan banyak duit. 


8. Contoh, industri telefon mudah alih dan teknologi konsumer. Kalau dulu, BlackBerry, Apple, Sony Vaio dan lain2 cukup mahal hingga luar daripada jangkauan konsumer berpendapatan sederhana, skrg semua dah stabil. Hal ini kerana kita aktif dalam kegiatan telefon mudah alih dan teknologi konsumer. 


9. Sebagai penegasan, jangan malas, kuatkan usaha, bersedia utk bayar lebih, dapatkan second job, dan berhijrahlah kepada kondominium sebagai motivasi. 





No comments:

Post a Comment