Friday, December 23, 2011

Syiman's Review : So Many Movies on Winter


Musim winter 2011 menyajikan kita dengan lambakan movie yang best utk kita nikmati dengan mata kita. Maka Syiman pun tak ketinggalan dan cukup banyaklah berkunjung ke wayang berdekatan utk menyaksikan para pelakon beraksi dalam movie yang mcm mantap. 


Bulan November-Disember 2011 mmg padat dengan keriangan bukan sahaja dalam industri filem, malah industri fashion pown dengan penawaran year-end sales, tiket murah daripada AirAsia, cuti Kristmas dan jugak New Year, dan sememangnya kita pown meriah dengan window shopping dan jugak kunjungan ke wayang2 berdekatan.


Mari Syiman nak review satu persatu ttg mereka semua; filem2 yang Syiman dah tgk lately :


Ombak Rindu


Ini adalah filem Melayu pertama buat sekian lama yang SS tgk di wayang sejak berbelas2 tahun.


Maya Karin kelihatan comel bertudung dan memberikan performance yang best dalam filem nie. Aaron Aziz pulak memang berani dan daring lah coz sanggup shirtless dengan Lisa Surihani di atas katil. Lisa Surihani pulak asyik emo dan mengamuk. Bront Palarae yang pernah jadi Pelakon Lelaki Terbaik kita menjadi Pelakon tersangat Pembantu di dlm filem nie. Secara general, tunjang utama filem nie mmg tiada masalah dari segi performance malah berlakon dengan OK. Namun, pelakon2 baru dan pembantu dari segi lakonan tak best sangat dan should improve. 


Skrip jugak harus dibaiki. Banyak kepincangan skrip yang cukup tidak intelek yg menjadi punca utama mengapa SS cukup tak suka nak tgk filem Melayu di wayang. Malah kepincangan, kecil atau besar jugak berlaku secara kerap dalam susunan babak dan plot citer.


Filem adaptasi dari novel Melayu yang SS suka adalah Lagenda Budak Setan. Ombak Rindu adalah second best.


Lakonan : B-
Arahan : B-
Cinematography : B
Plot Citer : C






Happy Feet Two


Suara 'rock+sexy' P!nk memang sedap dan lunak lantas penglibatan dalam Happy Feet Two sebagai mak penguin yang suka menyanyi mmg syok la. I love da paparan visual yang memaparkan scene2 yang beatiful dengan penguin-penguin comel girang mengadun vokal masing sambil menari dengan pelbagai style. I love jugak 2 lapisan plot citer yang mana satu lapisan mengisahkan Brad Pitt dan Matt Damon sebagai udang comel dan keliru mengembara mencari originaliti. Lepas nie mmg nak tgk Happy Feet yang first.


Lakonan : B
Arahan : B
Cinematography : B+
Plot Citer : B+






Mission Impossible: Ghost Protocol


Love Tom Cruise. Love the High Definition. Love the action. 


Filem nie menguatkan lagi statement bahawa kita sebenarnya tak perlukan 3D pown dalam industri filem, yang perlu utk kepuasan mata kita adalah teknologi IMAX. 


Lakonan : B+
Arahan : A-
Cinematography : A
Plot Citer : B+






New Year's Eve


Okey. Melalui pengarah yang sama, ingatkan filem nie sama best la mcm Valentine's Day. Seperti biasa formula pengumpulan artis2 besar dan popular dalam satu filem dengan plot citer yang cukup simple digunakan lah. Namun it just not working out dalam New Year's Eve. Tak tau kat mana silapnye, tapi mmg tak berkesan. Maybe sebab tak de Julia Roberts. Maybe sebab terlalu berterabur. Maybe sebab Zac Efron dipadankan dengan pompuan pelik yang tua. Maybe jugak sebab susunan plot yang terlalu berterabur dan tidak kreatif seperti Valentine's Day. Maybe jugak tiada Taylor Swift utk menyanyi lagu tema bagi filem nie. 


Walau apa pown sebabnya, this is so a bad film.


Lakonan : C+
Arahan : C-
Cinematography : C
Plot Citer : C-






Arthur Christmas


Arthur Christmas adalah filem animasi yang paling tak syok SS pernah tengok kat wayang.


Lakonan : C
Arahan : C-
Cinematography : B
Plot Citer : C



No comments:

Post a Comment