Tuesday, January 24, 2012

3 Arjuna Tenis



1. Kita lupakan sebentar arjuna badminton kerana sekarang bukan musim mereka. Sekarang adalah musim arjuna tenis seiring dengan musim Grand Slam pertama untuk tahun 2012, Australian Open.


2. Di sini, SS nak memperkenal malah mensensasikan tiga arjuna tenis iaitu, Novak Djokovic (#1 dunia), Rafael Nadal (#2 dunia) dan Janko Tipsarevic (#9 dunia).


3. Penegasan harus diberikan kepada persamaan pada ketiga-tiga persona ini iaitu betapa daringnya mereka untuk kamera. Ketiga-tiga mereka semakin rancak bukan sahaja untuk memperbaiki ranking masing2 malah dalam karier modelling.


4. Berikut adalah beberapa shot yang dipersembahkan Novak, Rafa dan Janko :


Novak Djokovic :





Rafael Nadal :




Janko Tipsarevic :




5. Makin terserlah bahawa arjuna tenis lebih mantap daripada arjuna badminton.

6. Siapakah yang menang dalam bab persembahan di depan kamera oleh mereka bertiga ini? SS menobatkan Rafael Nadal sebagai pemenang kerana bukan sahaja produksi yang mengupah Rafa lebih gah (Giogio Armani) malah Rafa pernah beraksi dengan Shakira untuk video klip 'Gypsy'. 

7. Semoga Rafael Nadal menang di Australia Open 2012 dan kembali menjadi #1.





Making Money Online


1. Sesungguhnya ramai orang nak kaya cepat dengan melakukan teknik licik penipuan yang dihalusi dengan ayat2 mengasyikkan. Maka terhasillah formula pelbagai skim yang menawarkan pulangan lumayan dengan hanya mengeluarkan sedikit modal. 


2. Kita tak boleh tertipu dengan golongan yang mendapatkan duit dengan cara penipuan ini. Kita tolak dan kita cari perkerjaan sebenar yang mana kita keluarkan tenaga dengan sepatutnya untuk mendapatkan duit. Jangan sesekali melihat susunan ayat yang mengasyikkan daripada melihat struktur dalaman yang sebenarnya hampeh.


3. Dalam dunia online, penipuan dalam bentuk tawaran ini dinamakan SCAM. Contoh, jangan percaya kepada website yang bernama surveys-faq.com.  


4. Saya berharap kita jangan bazirkan masa, tenaga dan wang kepada golongan penipu yang menawarkan skim utk cepat dapat duit. Tiada cara yang lebih stabil dan efektif dalam menjana pendapatan selain berkerja secara sebenar. 


5. Kalau kita nak jugak menjana pendapatan secara online, maka kita dapatkan rujukan daripada pakar seperti Irfan Khairi dengan membeli buku beliau.


6. Selamat berkerja dan menjana pendapatan.


Kei Nishikori di Australian Open 2012


1. Jepun adalah sebuah negara yang memiliki warganegara yang mantap dan berkualiti. Kita lihat kualiti yang dipaparkan oleh warganegara Jepun adalah didatangkan dengan trademark tersendiri bukan sahaja dari segi pembangunan negara dan industri automotif malah sehingga lah ke industri porn mereka. 


2. Kemantapan kualiti yang dipaparkan oleh warganegara Jepun kini merebak ke arena tenis global. Sempena musim Grand Slam Australian Open 2012 yang berlangsung di Melbourne baru2 ini, kita lihat Kei Nishikori semakin mencanak batang raket malah prestasinya. Dengan itu, SS teramatlah suka untuk mengulas tentang Kei Nishikori supaya kita menguatkan Dasar Pandang Ke Timur kita dan juga untuk mengambil inspirasi daripada warga Asia kita yang seorang ini. Jadi, siapakah dia Kei Nishikori?


3. Dia adalah pemain tenis profesional berumur 22 yang kini berada di kedudukan ke-24 dunia (sehingga 9 Januari 2012). Mengalahkan Jo-Wilfried Tsonga (#6 dunia), Nishikori mengorak ke quarter finals pertama bagi Grand Slam yang mana akan bertembung dengan Andy Murray. 


4. Walau apapun hasil daripada pertembungan ini, kita dapat mengambil inspirasi daripada Kei Nishikori :

  • gunakanlah usia muda anda untuk beraksi penuh mantap
  • mencontohi semangat warganegara Jepun dalam mengharumkan nama negara
  • sebagai warga Asia @ Timur, kita mesti berkobar2 dlm berjuang habis-habisan malah langsung tidak merendah diri dalam memecahkan dominasi warga Barat dalam apa jua bidang
  • jangan sesekali berputus asa dalam usaha 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan golongan yang berjaya
5. Semoga Kei Nishikori akan mengikut jejak langkah Li Na, menjadi warga Asia yang cukup digeruni dan dihormati di arena tenis global. 





Sunday, January 8, 2012

5 Wardrobe Essentials



Di sini SS nak listkan beberapa jenis pakaian yang harus berada dalam almari pakaian anda bagi memastikan diri anda sentiasa up to date dengan trend fashion yang cukup menyeronokkan. Apakah pakaian2 itu? Semestinya.. :


Skinny Chinos



Asyik dok pakai skinny jeans je, so skrg nie ape kate kita pakai pulak skinny chinos utk nampak lain dan tak memboringkan. Chinos akan menampakkan kita lebih nice namun dengan adenye elemen skinny menampakkan kita agak kenakalan. Hehe.

Slogan Tee


Slogan Tee mmg menyeronokkan sebagai salah satu cara utk kita membuat statement. So, ape yang ditunggu2 lagi? Asyik nak buat statement kat Facebook atau Twitter, so skrg nie buat pulak statement di shopping complex ataupun di jalan raya di ibu kota dengan memakai Slogan Tee. Graffitee mmg banyak koleksi Slogan Tee yang best. Boleh la check it out kat situ. 

Quilted Jacket


Quilted Jacket menampakkan kita lebih heritage. Okey. Cube bandingkan New York dan Moscow. Quilted Jacket adalah Moscow. 

Patterned Jumper


Untuk menjadikan diri anda lebih bergaya apabila memakai baju untuk memanaskan badan, maka cubalah mengenakan Patterned Jumper untuk gaya yang lebih mantap.

Kangaroo Hoody


Sangat comel dan sangat selesa. 


Legkapkan koleksi pakaian ini dalam almari pakaian anda ye! Boleh dapatkan di Zara, Topman, Pull&Bear, H&M, Philosophy Men, Graffitee dan mana2 butik kegemaran anda. ^_^


Tuesday, January 3, 2012

U r in Mask Party


1. Sesungguhnya, perlu diingat bahawa setiap individu di sekeliling kita, adalah ibarat mereka yang menyertai mask party.


2. Dengan memakai mask, kita nampak mereka kelihatan cantik dengan gabungan sedikit elemen misteri dan elemen elegan. Dengan itu, terpedaya dengan kecantikan ini lantas kita lupa untuk berhati-hati dengan apa yang terselindung di sebalik mask itu.


3. Hari ini SS telah terpedaya. SS terlupa utk meramal tentang potensi negativiti yang ada pada individu. Lalu dek kerana hanyut dengan kebaikan dan kecantikan yang dipaparkan, maka SS telah menjadi mangsa kes curi. 


4. Individu itu telah mencuri sesuatu yang cukup berharga dan limited edition. Namun, SS bersyukur kerana dia hanya mencuri satu barang. Barang yang lebih berharga nilainya, dia tak curi. 


5. Kepada individu itu, SS ucapkan tahniah kerana berjaya mencuri daripada SS, malah secara berdepan pulak tu. Diharapkan dia memakai dengan bangga barang yang dicuri itu. Dan dia sepatutnya lega sebab SS tak berniat nak upah Detektif Conan mahupun Sherlock Holmes. Hukum karma daripada tuhan akan sentiasa berkuatkuasa.


6. Namun apa yang pasti, SS memandang ke hadapan dengan positiviti dan lebih berhati-hati. 




Monday, January 2, 2012

Penjenamaan Aktor Malaysia


1. Sekarang nie kita lupakan dulu pasal Lisa Surihani dan Rozita Che Wan. Mari berdiskusi pulak tentang para aktor di Malaysia dan apa yang boleh dilakukan utk memantapkan mereka di pentas lakonan Malaysia samada di TV ataupun panggung wayang.

2. Bagi SS, aktor yang paling berjaya di Malaysia dalam masa skrg nie adalah Aaron Aziz. Terpulang kepada anda samada nak setuju ataupun x, cuma apa yang pasti siapa yang paling meriah dlm pentas TV, filem dan juga teater? Malah turut berjaya menjadi model utk Loreal Paris? Semestinya Aaron Aziz.

3. Justeru, mari kita menganalisis apa yang ada pada Aaron Aziz hingga sampai ke tahap aktor paling laku di Malaysia sekarang nie. Pertama, adalah body. Kesedapan body Aaron Aziz memang tak boleh nak nafi. Kedua, personaliti; baik, kurang kontroversi, dan berkerja kuat. Ketiga, persona. Walaupun persembahan lakonan Aaron Aziz x lah mantap sangat, cuma persona yang dipaparkan adalah seronok utk dilihat. 

4. Stok aktor di Malaysia adalah banyak, cuma gabungan body, personaliti dan persona masih kurang teradun dengan sebati dalam diri mereka. 

5. Okey. Itu adalah pasal formula penjenamaan aktor Malaysia. Di sini SS nak spesifik tentang body. Semua drpd kita tahu bhw kita menonton TV dan filem adalah kerana tertarik dengan visual. Kita tertarik dengan body aktor dan aktress yang berlakon dan berimaginasi alangkah bagusnya kalau kita memiliki body seperti mereka. Mengetahui ttg perkara ini, maka para aktor di Malaysia kena lah membina body dengan otot abs yang sempurna. Itu yang paling penting sebenarnya. 

6. Kalau kita tgk dan buat analisis ttg body para aktor di Malaysia, siapa yang memiliki otot abs 6 pack yang sempurna? Gambit Saifullah? Farid Kamil? Ady Putra? Zain Saidin? Shamsul Yusof? Semua tak ada. Malah Aaron Aziz pun tak ada.

7. Di Hollywood, ade jugak aktor yang tak ada 6 pack abs namun masih berjaya. Itu kerana mereka ada gabungan persona dan personaliti yang mantap hasil daripada sistem industri perfileman Hollywood. Namun ada ke Malaysia memiliki sistem seperti Hollywood? Tiada. 

8. Jadi, sebagai satu permulaan yang baik, semua aktor di Malaysia perlu ada, 6 pack otot abs yang sempurna bagi menjadi inspirasi kepada kita semua.











Sunday, January 1, 2012

2012 in film



2012 adalah satu tahun lagi yang menyeronokkkan. Banyak filem yang mcm syok yg akan ditayangkan dalam 2012. Apakah filem2 yg mcm syok tu? Mai sini Syiman nak senaraikan :


Underworld : Awakening


Kate Beckinsale sekali lagi akan menjadi tunjang utama dalam siri filem nie. 






Journey 2 : The Mysterious Island


Aksi dan peranan Vanessa cukup sikit dan mengecewakan dalam Sucker Punch. Namun tidak mengapa coz dalam filem nie, Vanessa berperanan besar. Namun, adakah die mampu memberikan lakonan yang baik? Excited sangat nak tgk.






This Means War


Apa yang SS tertarik sangat dengan filem nie sebab ada Reese Witherspoon dan Chris Pine. 






Dr Seuss' The Lorax


Seperti mana filem dalam siri Dr Seuss yang lain, filem nie mcm syok ja utk diceritakan kepada audiens.






Mirror Mirror


Julia Roberts akan menjadi queen dalam filem nie. 






Movie 43


Mcm Valentine's Day dan New Year's Eve, gabungan banyak celebriti akan berlaku dalam filem. Everyone is here. Namun pengarah je yang berbeza. Sape yang akan ada? - Halle Berry, Uma Thurman, Emma Stone, Josh Duhamel, Hugh Jackman, Seann William Scott dan banyak lagi.






The Avengers


Okey. 4 Superheroes. Scarlett Johannson. Mantap.






What To Expect When You're Expecting


Jennifer Lopez dan Cameron Diaz akan bergabung dalam filem nie. Mesti ketawa besar kan melihat gelagat diorang.


Men In Black III


Will Smith, icon filem nie akan beraksi lagi. 


Snow White & The Huntsman


Kristen Stewart akan menjadi daya penarik terbesar kepada filem nie. Hopefully filem nie akan perform well kat box office.






Madagascar 3 : Europe's Most Wanted


Antara siri animasi oleh Dreamswork yang syok.






G.I. Joe : Retaliation


Yeah. Semestinya aksi2 yang dipaparkan akan terus dikagumi. Dan, the villain pun mesti best.


The Amazing Spiderman


Urm. Actually I nak Sam Raimi direct lagi filem Spiderman. Sepatutnya ada Spiderman 4. Tapi entah sebab ape nak buat spin off la pulak dengan lakonan Spiderman baru oleh Andrew Garfield. Dan juga gf baru, Emma Stone. Kite tgk la mcm ne nanti nasib filem nie.






Ice Age : Continental Drift


Omg. I just love Ice Age sebab watak2 animasi die cute dan unik. Jalan citer pown menyentuh emosi yet dalam masa yang sama cukup fun.






The Dark Knight Rises


Anne Hathaway jadi Cat Woman dalam filem nie. Harap2 nasib Anne Hathaway takkan la jadi mcm Halle Berry. Namun, dengan sentuhan Cristopher Nolan, rasenye filem nie akan terus meletup dan diterima balik oleh para pengkritik.






Diary of A Wimpy Kid : Dog Days


Adakah anda bersedia lagi dengan drama abang dan adik? Syiman tersangat bersedia. Hehe


Resident Evil : Retribution 


Tak sabaq sangat nak tgk another series of Resident Evil. Kali nie, SS nak tgk dalam 3D sebab diorang cakap yang Resident Evil 3 mmg best dalam 3D.


The Twilight Saga : Breaking Dawn - Part 2


Nasib Bella dan Edward akan jadi ape ek dalam siri filem yang terakhir nie? Dan, mampukah filem nie bakal memecah rekod box office sepertimana yang dilakukan oleh Harry Potter and The Deathly Hallows part 2? 


The Hobbit : An Unexpected Journey


Peter Jackson, my favourite director kembali lagi dengan The Hobbit. 


Django Unchained


Another my favourite director, Quentin Tarantino yang cukup berbakat sebagai pengarah kini tampil dengan Django Unchained, satu lagi filem ganas bunuh-bunuh yang ada Leonardo Dicaprio sebagai tunjang utama. I like! Actually, I love that concept!






World War Z


Ape agenda dan persona Brad Pitt kali nie? Dengar kata syarikat Leonardo Dicaprio berebut hak utk produce filem nie dengan syarikat Brad Pitt. So, diharapkan berbaloi lah kepada pihak Brad Pitt utk produce a good film for this story. Hurm...






2012 mmg tahun yang syok. Sama2 lah kita memeriahkan 2012 dengan berkunjung ke cinema berdekatan ye. Diharapkan perkembangan teknologi IMAX semakin berkembang dan diluaskan kepada semua filem Hollywood.