Tuesday, January 24, 2012

Kei Nishikori di Australian Open 2012


1. Jepun adalah sebuah negara yang memiliki warganegara yang mantap dan berkualiti. Kita lihat kualiti yang dipaparkan oleh warganegara Jepun adalah didatangkan dengan trademark tersendiri bukan sahaja dari segi pembangunan negara dan industri automotif malah sehingga lah ke industri porn mereka. 


2. Kemantapan kualiti yang dipaparkan oleh warganegara Jepun kini merebak ke arena tenis global. Sempena musim Grand Slam Australian Open 2012 yang berlangsung di Melbourne baru2 ini, kita lihat Kei Nishikori semakin mencanak batang raket malah prestasinya. Dengan itu, SS teramatlah suka untuk mengulas tentang Kei Nishikori supaya kita menguatkan Dasar Pandang Ke Timur kita dan juga untuk mengambil inspirasi daripada warga Asia kita yang seorang ini. Jadi, siapakah dia Kei Nishikori?


3. Dia adalah pemain tenis profesional berumur 22 yang kini berada di kedudukan ke-24 dunia (sehingga 9 Januari 2012). Mengalahkan Jo-Wilfried Tsonga (#6 dunia), Nishikori mengorak ke quarter finals pertama bagi Grand Slam yang mana akan bertembung dengan Andy Murray. 


4. Walau apapun hasil daripada pertembungan ini, kita dapat mengambil inspirasi daripada Kei Nishikori :

  • gunakanlah usia muda anda untuk beraksi penuh mantap
  • mencontohi semangat warganegara Jepun dalam mengharumkan nama negara
  • sebagai warga Asia @ Timur, kita mesti berkobar2 dlm berjuang habis-habisan malah langsung tidak merendah diri dalam memecahkan dominasi warga Barat dalam apa jua bidang
  • jangan sesekali berputus asa dalam usaha 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan golongan yang berjaya
5. Semoga Kei Nishikori akan mengikut jejak langkah Li Na, menjadi warga Asia yang cukup digeruni dan dihormati di arena tenis global. 





No comments:

Post a Comment