Tuesday, January 24, 2012

Making Money Online


1. Sesungguhnya ramai orang nak kaya cepat dengan melakukan teknik licik penipuan yang dihalusi dengan ayat2 mengasyikkan. Maka terhasillah formula pelbagai skim yang menawarkan pulangan lumayan dengan hanya mengeluarkan sedikit modal. 


2. Kita tak boleh tertipu dengan golongan yang mendapatkan duit dengan cara penipuan ini. Kita tolak dan kita cari perkerjaan sebenar yang mana kita keluarkan tenaga dengan sepatutnya untuk mendapatkan duit. Jangan sesekali melihat susunan ayat yang mengasyikkan daripada melihat struktur dalaman yang sebenarnya hampeh.


3. Dalam dunia online, penipuan dalam bentuk tawaran ini dinamakan SCAM. Contoh, jangan percaya kepada website yang bernama surveys-faq.com.  


4. Saya berharap kita jangan bazirkan masa, tenaga dan wang kepada golongan penipu yang menawarkan skim utk cepat dapat duit. Tiada cara yang lebih stabil dan efektif dalam menjana pendapatan selain berkerja secara sebenar. 


5. Kalau kita nak jugak menjana pendapatan secara online, maka kita dapatkan rujukan daripada pakar seperti Irfan Khairi dengan membeli buku beliau.


6. Selamat berkerja dan menjana pendapatan.


No comments:

Post a Comment