Monday, January 2, 2012

Penjenamaan Aktor Malaysia


1. Sekarang nie kita lupakan dulu pasal Lisa Surihani dan Rozita Che Wan. Mari berdiskusi pulak tentang para aktor di Malaysia dan apa yang boleh dilakukan utk memantapkan mereka di pentas lakonan Malaysia samada di TV ataupun panggung wayang.

2. Bagi SS, aktor yang paling berjaya di Malaysia dalam masa skrg nie adalah Aaron Aziz. Terpulang kepada anda samada nak setuju ataupun x, cuma apa yang pasti siapa yang paling meriah dlm pentas TV, filem dan juga teater? Malah turut berjaya menjadi model utk Loreal Paris? Semestinya Aaron Aziz.

3. Justeru, mari kita menganalisis apa yang ada pada Aaron Aziz hingga sampai ke tahap aktor paling laku di Malaysia sekarang nie. Pertama, adalah body. Kesedapan body Aaron Aziz memang tak boleh nak nafi. Kedua, personaliti; baik, kurang kontroversi, dan berkerja kuat. Ketiga, persona. Walaupun persembahan lakonan Aaron Aziz x lah mantap sangat, cuma persona yang dipaparkan adalah seronok utk dilihat. 

4. Stok aktor di Malaysia adalah banyak, cuma gabungan body, personaliti dan persona masih kurang teradun dengan sebati dalam diri mereka. 

5. Okey. Itu adalah pasal formula penjenamaan aktor Malaysia. Di sini SS nak spesifik tentang body. Semua drpd kita tahu bhw kita menonton TV dan filem adalah kerana tertarik dengan visual. Kita tertarik dengan body aktor dan aktress yang berlakon dan berimaginasi alangkah bagusnya kalau kita memiliki body seperti mereka. Mengetahui ttg perkara ini, maka para aktor di Malaysia kena lah membina body dengan otot abs yang sempurna. Itu yang paling penting sebenarnya. 

6. Kalau kita tgk dan buat analisis ttg body para aktor di Malaysia, siapa yang memiliki otot abs 6 pack yang sempurna? Gambit Saifullah? Farid Kamil? Ady Putra? Zain Saidin? Shamsul Yusof? Semua tak ada. Malah Aaron Aziz pun tak ada.

7. Di Hollywood, ade jugak aktor yang tak ada 6 pack abs namun masih berjaya. Itu kerana mereka ada gabungan persona dan personaliti yang mantap hasil daripada sistem industri perfileman Hollywood. Namun ada ke Malaysia memiliki sistem seperti Hollywood? Tiada. 

8. Jadi, sebagai satu permulaan yang baik, semua aktor di Malaysia perlu ada, 6 pack otot abs yang sempurna bagi menjadi inspirasi kepada kita semua.











No comments:

Post a Comment