Tuesday, January 3, 2012

U r in Mask Party


1. Sesungguhnya, perlu diingat bahawa setiap individu di sekeliling kita, adalah ibarat mereka yang menyertai mask party.


2. Dengan memakai mask, kita nampak mereka kelihatan cantik dengan gabungan sedikit elemen misteri dan elemen elegan. Dengan itu, terpedaya dengan kecantikan ini lantas kita lupa untuk berhati-hati dengan apa yang terselindung di sebalik mask itu.


3. Hari ini SS telah terpedaya. SS terlupa utk meramal tentang potensi negativiti yang ada pada individu. Lalu dek kerana hanyut dengan kebaikan dan kecantikan yang dipaparkan, maka SS telah menjadi mangsa kes curi. 


4. Individu itu telah mencuri sesuatu yang cukup berharga dan limited edition. Namun, SS bersyukur kerana dia hanya mencuri satu barang. Barang yang lebih berharga nilainya, dia tak curi. 


5. Kepada individu itu, SS ucapkan tahniah kerana berjaya mencuri daripada SS, malah secara berdepan pulak tu. Diharapkan dia memakai dengan bangga barang yang dicuri itu. Dan dia sepatutnya lega sebab SS tak berniat nak upah Detektif Conan mahupun Sherlock Holmes. Hukum karma daripada tuhan akan sentiasa berkuatkuasa.


6. Namun apa yang pasti, SS memandang ke hadapan dengan positiviti dan lebih berhati-hati. 




No comments:

Post a Comment