Friday, February 24, 2012

Adele Semakin Membesar



1. Adele menang 6 Grammy Awards daripada 6 pencalonan, membawa maksud; menyapu bersih Grammy dalam satu malam menyamai rekod yang pernah dilakukan oleh Beyonce sebagai artis wanita yang mendapat sebanyak 6 Grammy dalam satu mlm. Adele menang Record of The Year, Album of The Year, Song of The Year, Best Pop Solo Performance, Best Pop Vocal Album dan Best Short Form Music Video; menyingkirkan pesaing2 terdekat termasuklah Lady Gaga, Katy Perry, Bruno Mars dan Rihanna.


2. Meraikan pencapaian Adele di Grammy, maka SS amatlah gembira untuk membentangkan pencapaian Adele so far yang mana disusulkan harapan tinggi untuk Adele lebih maju jaya dalam industri.


3. Sophomore album daripada Adele, 21, telah memecah rekod Whitney Houston, iaitu album artis wanita paling lama berada di kedudukan #1 Billboard 200 iaitu selama 21 minggu setakat ini. 21 telah melahirkan 3 singles #1 di Billboard Hot 100 iaitu Rolling In The Deep, Someone Like You dan Set Fire to the Rain. Jualan 21 setakat ini adalah 17++ juta unit seluruh dunia.


4. Sebelum ini SS pernah cakap bahawa Adele adalah seperti Norah Jones yang lebih agresif dan Amy Winehouse yang lebih lembut. Adele telah memecah rekod Norah Jones dari segi jualan album terbanyak walaupun telah lama berada di dalam carta Billboard 200; 21 terjual sebanyak 730,000 unit pada minggu ke-52 dlm carta, manakala Norah Jones terjual 621k pada minggu ke-53. Adele juga memecah rekod Back to Black - Amy Winehouse dari segi jualan album terbanyak dlm abad ke-21 di UK, negara kelahiran mereka.


5. SS berharap Adele akan terus mencorakkan suasana music global dengan penuh kemantapan dan tidak berakhir seperti Amy Winehouse dan Whitney Houston. Semoga album Adele yang seterusnya, iaitu 23, 25, 27 dan so on akan mendapat momentum kelunakan vokal Adele yang sama dan amount sukses yang mengagumkan.



 

Lelaki yang Jantan



1. Lelaki remaja di Malaysia secara majoritinya malu untuk menunjukkan kejantanan mereka walaupun sebenarnya mereka jantan. 


2. Sebagai contoh, mereka mengorat tidak seperti jantan, tidak tampil seperti jantan, tidak bercakap seperti jantan, dan banyak lagi lah perkara yang mana menunjukkan mereka dengan jelas segan menunjukkan kejantanan diri mereka.


3. Ini adalah pemerhatian yang dilakukan SS di tempat tumpuan orang ramai seperti di Mid Valley, Suria KLCC dan juga Bukit Bintang. Malah juga dilakukan di public transport seperti di dalam LRT dan juga Rapid Bus. Dan tidak dilupakan, di Facebook.


4. Kita semua tahu perempuan minat kepada lelaki yang lebih jantan kerana kejantanan itu lah daya tarikan paling utama bagi kaum hawa. Begitu juga dengan kebetinaan yang menjadi magnet kuat bagi kaum adam. 


5. Menguatkan statement SS tentang ramai lelaki remaja Malaysia yang malu menunjukkan kejantanan mereka, ramai laporan di media malah menjadi isu bahawa ramai perempuan Malaysia lebih suka lelaki luar negara samada dari Indonesia, Bangladesh, USA mahupun Afrika. 


6. Jika ada pown lelaki Malaysia yang cuba menunjukkan kejantanan mereka, namun penunjukkan kejantanan tersebut tidak berkualiti dan berada di bawah penanda aras kejantanan yang perempuan mahukan. 


7. Tidak perlulah untuk SS menunjukkan bagaimana kejantanan yang berkualiti kerana perkara ini adalah cukup subjektif. Cuma, guys, do ur homework. 





Fire Red Leaf Green


Kali nie Syiman ingin berkongsi tentang salah satu cabang hobi yang Syiman amat suka untuk ceburi; Games. Mood Syiman sekarang nie adalah ke arah Pokemon yang mana untuk kepuasan maksimum, maka kena main dengan Gameboy oleh Nintendo. 


Turutan kelahiran Gameboy adalah seperti berikut ye : 

  1. Gameboy
  2. Gameboy Colour
  3. Gameboy Advance (GBA)
  4. Gameboy Advance SP
  5. Gameboy Micro
  6. Nintendo DS
  7. Nintendo DS Lite
  8. Nintendo DSi
  9. Nintendo 3DS
Membawa maksud di sini, dah ada 9 generasi Gameboy kesemuanye di bawah Nintendo. Rentetan kelahiran dari satu generasi ke generasi yang berikutnya menunjukkan bahawa spesies Gameboy sebagai permainan kegemaran adalah sentiasa relevan bagi menceriakan hari2 kita di zaman mcm skrg nie. 


Semestinya Syiman nak beli Gameboy nanti. Dan, Gameboy Advance SP adalah pilihan; memandangkan Syiman hanya pemain yang bersederhana je dalam bab2 Gameboy nie. Sebab kedua adalah Syiman hanya nak main Pokemon je untuk Gameboy nie; yg mana Syiman plan nak beli Pokemon Fire Red/Leaf Green/Ruby/Sapphire. Untuk info, Gameboy Advance SP dah terjual 43.54 juta seluruh dunia dengan game best seller nye adalah Pokemon Ruby and Sapphire iaitu dengan jualan 13 juta lebih seluruh dunia. 

Itulah sebenarnya motif Syiman nak beli Gameboy. Iaitu nak main Pokemon, dan juga untuk mengisi waktu lapang, mungkin kelapangan sewaktu menaiki public transport, sewaktu di dalam toilet, sewaktu atas katil masa nak tdo, dan lain2 kelapangan lah. 

Atas dua sebab ini, maka SS rasa berbaloi utk membelanjakan lebih kurang rm250-rm350 untuk Gameboy ini. Nak tangkap semua Pokemon especially Legendary Birds : Articuno, Moltres and Zapdos. And also very Rare Pokemon; Mewtwo and Mew, malah Pokemon yang bertindak as best friends; Pikachu and Persian. Gonna catch them all!





Friday, February 10, 2012

Music's Highlite This Week


Ade beberapa lagu yang SS nak highlite memandang mood music SS semakin membara sejak dua menjak nie. Ye la, Grammy dah nak dekat iaitu pada 12/2/2012 nie. And also, Madonna pulak kuarkan single terbaru, Give Me All Your Luvin' yang diperform di halftime SuperBowl dengan susulan album terbaru pada 26 March, MDNA. So, mai sini SS nak highlite lagu2 yang nak dihighlite itew :


Selamat mendengar ye.






Tuesday, February 7, 2012

3 Halftime SuperBowl



Which are the best based on 3 of them :


Janet Jackson

To watch Janet Jackson wardrobe malfunction halftime superbowl just click here.

Black Eyed Peas

   

Madonna

 

Obvious winner = Madonna! Always be my favorita. 

Monday, February 6, 2012

The Top 10 Things of Rite Now 5



Mengembalikan ruangan Top 10 di blog SS, apakah dia Top 10 perkara hangat yang sedang berlaku skrg? Yang berikut ye :


1. Single Terbaru Madonna - Give Me All Your Luvin'



Kini Madonna kembali dengan single terbaru featuring Nicki Minaj dan M.I.A. Sangat catchy dan sangat Madonna. Sejak dikeluarkan, Give Me All Your Luvin' dah menjadi #1 di US iTunes.

2. Persembahan Madonna di Halftime SuperBowl

Madonna ade mengeluarkan quote kepada Anderson Cooper; "I have to put on the greatest show on earth, in the middle of the greatest show on earth. I have eight minutes to set it up and seven minutes to take it down and 12 minutes to put on the greatest show on earth. That's a lot of pressure." Sangat teruja menanti ape yang akan buat nanti memandangkan Madonna tak pernah mengecewakan dari segi persembahan pentas. Cuma, diharapkan wardrobe malfunction yang dilakukan oleh Janet Jackson tak akan berulang yang masa SS rasa Madonna sama sekali tak akan buat. 

3. Rafa vs. Novak

Well, sekali lagi Novak mengalahkan Rafa di ranjang Grand Slam. Kali nie di Australia Open 2012 yang menyaksikan perlawanan paling lama dalam sejarah tenis utk final Grand Slam di Open Era, iaitu selama 5 jam 53 minit. Sampai bila momentum Novak nie akan berlarutan? You see, SS sangat kagum melihat momentum atlet lelaki tenis di Open Era iaitu berkaitan momentum mereka dalam bersaing utk berada di atas.



4. Stronger (What Doesn't Kill You) 


Kini Kelly Clarkson kembali dengan lebih jitu dengan single terbaru yang mana kini sudah berada #2 di Hot 100 Billboard. Sangat happy Kelly Clarkson kini kembali seperti zaman Breakaway.

5. Swatch New Gen SS (Spring Summer) Collection 2012

Swatch tak pernah gagal dalam mereka design jam yang trendy dan penuh dengan daya tarikan menawan. Jangan lupa utk check it out di kedai Swatch yang berdekatan dengan anda ye. SS nak dapatkan satu nanti (skrg nie dah start kumpul duit. Hehe).

6. Journey 2: The Mysterious Island


Journey 2 kini dah ditayangkan di Malaysia. So, ape lagi? Anda mahukan adventure? Jom kita menonton aksi The Rock dalam pengembaraan penuh mencabar bertemu pelbagai jenis raksaksa bersama Vanessa Hudgen sebagai pembantu. 

7. The Three Musketeers

SS baru je download filem The Three Musketeers (2011) lakonan Orlando Bloom dan Mila Jovovich, arahan Paul W.S. Anderson. Sangat best citer nie dan sangat direcommendkan kepada anda semua utk menonton dan mendownload. Harap ade sequel utk filem nie dan tak menjadi seperti filem The Golden Compass yang ntah bile sequelnye nak menyusul. 


8. Cuti 4 hari

Sangat best kan apabila kawasan Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya telah mendapat cuti selama 4 hari (yang mana bercampur sekali dengan weekends). Maka, nasihat SS kepada yang bercuti termasuk kepada diri SS sendiri, marilah kita guna cuti nie sebaik mungkin dan selepas sahaja bercuti, maka kita fokus utk berkerja sebaik mungkin. Kita kena kekalkan produktiviti yang baik ke arah menjadi negara maju. Dr. Mahathir risau kita cuti lama2 so kita kena tunjukkan Malaysia Boleh ok. Sila ke blog Dr M utk membaca komen beliau ttg cuti 4 hari ini. Boleh klik di sebelah. Cuti-cuti Malaysia. 

9. Grammy + Oscar

Ada 2 event penting yang SS tunggu, semestinya Grammy dan Oscar yang mana masing2 berlangsung pada 12 Februari dan 26 Februari 2012. Adele, u got my vote. 

10. Valentine's Day

Jangan lupa ye Valentine's Day akan mengambil tempat pada bulan nie. Sape yang nak sambut tu, sambut lah elok2, dan sapa yang tak de kapel, maka tak payah lah sambut. Dan sape yang anti Valentine's Day tu, positifkan diri anda dengan ketenangan k.