Friday, February 24, 2012

Adele Semakin Membesar



1. Adele menang 6 Grammy Awards daripada 6 pencalonan, membawa maksud; menyapu bersih Grammy dalam satu malam menyamai rekod yang pernah dilakukan oleh Beyonce sebagai artis wanita yang mendapat sebanyak 6 Grammy dalam satu mlm. Adele menang Record of The Year, Album of The Year, Song of The Year, Best Pop Solo Performance, Best Pop Vocal Album dan Best Short Form Music Video; menyingkirkan pesaing2 terdekat termasuklah Lady Gaga, Katy Perry, Bruno Mars dan Rihanna.


2. Meraikan pencapaian Adele di Grammy, maka SS amatlah gembira untuk membentangkan pencapaian Adele so far yang mana disusulkan harapan tinggi untuk Adele lebih maju jaya dalam industri.


3. Sophomore album daripada Adele, 21, telah memecah rekod Whitney Houston, iaitu album artis wanita paling lama berada di kedudukan #1 Billboard 200 iaitu selama 21 minggu setakat ini. 21 telah melahirkan 3 singles #1 di Billboard Hot 100 iaitu Rolling In The Deep, Someone Like You dan Set Fire to the Rain. Jualan 21 setakat ini adalah 17++ juta unit seluruh dunia.


4. Sebelum ini SS pernah cakap bahawa Adele adalah seperti Norah Jones yang lebih agresif dan Amy Winehouse yang lebih lembut. Adele telah memecah rekod Norah Jones dari segi jualan album terbanyak walaupun telah lama berada di dalam carta Billboard 200; 21 terjual sebanyak 730,000 unit pada minggu ke-52 dlm carta, manakala Norah Jones terjual 621k pada minggu ke-53. Adele juga memecah rekod Back to Black - Amy Winehouse dari segi jualan album terbanyak dlm abad ke-21 di UK, negara kelahiran mereka.


5. SS berharap Adele akan terus mencorakkan suasana music global dengan penuh kemantapan dan tidak berakhir seperti Amy Winehouse dan Whitney Houston. Semoga album Adele yang seterusnya, iaitu 23, 25, 27 dan so on akan mendapat momentum kelunakan vokal Adele yang sama dan amount sukses yang mengagumkan.



 

No comments:

Post a Comment