Friday, February 24, 2012

Fire Red Leaf Green


Kali nie Syiman ingin berkongsi tentang salah satu cabang hobi yang Syiman amat suka untuk ceburi; Games. Mood Syiman sekarang nie adalah ke arah Pokemon yang mana untuk kepuasan maksimum, maka kena main dengan Gameboy oleh Nintendo. 


Turutan kelahiran Gameboy adalah seperti berikut ye : 

  1. Gameboy
  2. Gameboy Colour
  3. Gameboy Advance (GBA)
  4. Gameboy Advance SP
  5. Gameboy Micro
  6. Nintendo DS
  7. Nintendo DS Lite
  8. Nintendo DSi
  9. Nintendo 3DS
Membawa maksud di sini, dah ada 9 generasi Gameboy kesemuanye di bawah Nintendo. Rentetan kelahiran dari satu generasi ke generasi yang berikutnya menunjukkan bahawa spesies Gameboy sebagai permainan kegemaran adalah sentiasa relevan bagi menceriakan hari2 kita di zaman mcm skrg nie. 


Semestinya Syiman nak beli Gameboy nanti. Dan, Gameboy Advance SP adalah pilihan; memandangkan Syiman hanya pemain yang bersederhana je dalam bab2 Gameboy nie. Sebab kedua adalah Syiman hanya nak main Pokemon je untuk Gameboy nie; yg mana Syiman plan nak beli Pokemon Fire Red/Leaf Green/Ruby/Sapphire. Untuk info, Gameboy Advance SP dah terjual 43.54 juta seluruh dunia dengan game best seller nye adalah Pokemon Ruby and Sapphire iaitu dengan jualan 13 juta lebih seluruh dunia. 

Itulah sebenarnya motif Syiman nak beli Gameboy. Iaitu nak main Pokemon, dan juga untuk mengisi waktu lapang, mungkin kelapangan sewaktu menaiki public transport, sewaktu di dalam toilet, sewaktu atas katil masa nak tdo, dan lain2 kelapangan lah. 

Atas dua sebab ini, maka SS rasa berbaloi utk membelanjakan lebih kurang rm250-rm350 untuk Gameboy ini. Nak tangkap semua Pokemon especially Legendary Birds : Articuno, Moltres and Zapdos. And also very Rare Pokemon; Mewtwo and Mew, malah Pokemon yang bertindak as best friends; Pikachu and Persian. Gonna catch them all!





No comments:

Post a Comment