Friday, February 24, 2012

Lelaki yang Jantan



1. Lelaki remaja di Malaysia secara majoritinya malu untuk menunjukkan kejantanan mereka walaupun sebenarnya mereka jantan. 


2. Sebagai contoh, mereka mengorat tidak seperti jantan, tidak tampil seperti jantan, tidak bercakap seperti jantan, dan banyak lagi lah perkara yang mana menunjukkan mereka dengan jelas segan menunjukkan kejantanan diri mereka.


3. Ini adalah pemerhatian yang dilakukan SS di tempat tumpuan orang ramai seperti di Mid Valley, Suria KLCC dan juga Bukit Bintang. Malah juga dilakukan di public transport seperti di dalam LRT dan juga Rapid Bus. Dan tidak dilupakan, di Facebook.


4. Kita semua tahu perempuan minat kepada lelaki yang lebih jantan kerana kejantanan itu lah daya tarikan paling utama bagi kaum hawa. Begitu juga dengan kebetinaan yang menjadi magnet kuat bagi kaum adam. 


5. Menguatkan statement SS tentang ramai lelaki remaja Malaysia yang malu menunjukkan kejantanan mereka, ramai laporan di media malah menjadi isu bahawa ramai perempuan Malaysia lebih suka lelaki luar negara samada dari Indonesia, Bangladesh, USA mahupun Afrika. 


6. Jika ada pown lelaki Malaysia yang cuba menunjukkan kejantanan mereka, namun penunjukkan kejantanan tersebut tidak berkualiti dan berada di bawah penanda aras kejantanan yang perempuan mahukan. 


7. Tidak perlulah untuk SS menunjukkan bagaimana kejantanan yang berkualiti kerana perkara ini adalah cukup subjektif. Cuma, guys, do ur homework. 





2 comments:

  1. Hang pun cam lembik xde kualiti jantan

    ReplyDelete
  2. hahahaha..terasa ke? kalau dah terasa, do something to urself, not somebody else. ^_^

    ReplyDelete