Saturday, March 24, 2012

Syiman's Review : The Hunger Games



The Hunger Games adalah satu lagi fenomena yang setanding Harry Potter dan Twilight Saga. Juga adaptasi daripada novel tulisan Suzanne Collins, filem nie meletup di sana sini, worldwide.


First sekali, jangan expect filem The Hunger Games nie sarat dengan action. Sepanjang 2 jam lebih anda menyaksikan filem nie, perjalanan plotnya panjang namun penceritaan adalah baik oleh director; Gary Ross dalam menggarap filem Hunger Games.


Secara basic, The Hunger Games mengisahkan wakil peserta yang dikenali sebagai tributes dari 12 kawasan jajahan Capitol untuk masuk ke annual event dikenali sebagai Hunger Games. Dalam games nie, mesti ada sorang saja survivor untuk ditabalkan sebagai pemenang; yang lain mesti mati.


Bersedialah untuk masuk ke 'bandar Lady Gaga' yang mana semua pompuan dalam bandar tu mcm Lady Gaga dari segi penampilan. Yang laki pun tak nak kalah iaitu anda akan jumpa dengan pengacara talk show yang berpenampilan seperti Katy Perry. Bersedia jgk dengan usikan emosi melalui babak cinta segi tiga, pengorbanan kakak untuk melindungi adik, nilai persahabatan yang mana saling membantu menghadapi kesusahan, situasi dunia yang penuh kepura-puraan, dan banyak lagi babak yang akan meninggalkan kesan mendalam kepada anda.


N, lagi satu, lagu Taylor Swift; Eyes Open untuk filem nie pown sangat sedap.


Lakonan - B+
Pengarahan - A
Plot Citer - B+
Visual - B+


Metacritic : 68%
Rotten Tomatoes : 87% positive from profesional


Siapa yang suka : peminat Harry Potter dan Twilight Saga
Siapa yang tak suka : orang yang expect The Hunger Games sarat dengan action





 

Friday, March 23, 2012

Raksasa Menyerang Bandar Dubat Uzem


1. Apakah perasaan anda apabila seekor raksasa besar, gemuk lagi boroi malah hodoh datang menyerang bandar anda dengan serangan api yang bertalu-talu sedangkan anda adalah Datuk Bandar?

2. Semestinya Datuk Bandar ini akan berasa cemas dengan kerosakan yang bakal dilakukan oleh raksasa jahanam ini. Semestinya Datuk Bandar ini mencari-cari sebab mengapa raksasa ini datang menyerang?, mengapa bandar ini yang menjadi mangsa?, dan seterusnya apakah langkah2 yang harus diambil untuk memusnahkan raksasa ini?. (nama bandar itu ialah Bandar Dubat Uzem).

3. Jika saya lah, jadi Datuk Bandar itu, maka, saya tidak akan sesekali menggelabah. Kerana saya tahu raksasa itu akan sentiasa menjadi raksasa. Raksasa itu tidak akan menjadi saya, Datuk Bandar. Apakah manfaat yang akan diperoleh raksasa itu jika beliau selesai menghembus-hembus apinya?

4. Ya, mungkin matlamat raksasa itu untuk menghalang saya terus membangunkan Bandar Dubat telah tercapai. Namun, adakah seekor raksasa, dengan kapasitinya sebagai raksasa yang kejam dan suka menghembuskan api sesuka hati tanpa berfikir panjang, mampu untuk membangunkan Bandar Dubat Uzem ini? Sesungguhnya, saya percaya, hanya kerosakan yang akan ditinggalkan oleh raksasa ini. Penduduk Bandar Dubat Uzem ini juga tidak akan menerima seekor raksasa mentadbir bandar mereka.

5. Lama-kelamaan, raksasa ini akan sedar bahawa tindakannya adalah sama sekali tidak relevan dengan keadaan semasa. Ya, raksasa ini mungkin lebih berumur dari saya, pernah tinggal di tanah Bandar Dubat Uzem suatu ketika dahulu, namun, raksasa ini perlu sedar bahawa zamannya sudah berlalu. Zaman dahulu dan zaman sekarang jauh berbeza.

6. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa penyebab kepada Bandar Dubat Uzem tidak mencapai status bandar maju ialah dek kerana raksasa ini lah yang tidak boleh melihat perkembangan Bandar Dubat Uzem yang semakin maju, namun tidak mengikut acuannya. Malah, sewaktu zaman raksasa mengajar penduduk Dubat Uzem dahulu pun, tidak ada pencapaian yang boleh dibanggakan menunjukkan caranya tidak efisien dan relevan.

7. Pada mulanya, saya ingin bertindak dengan menghubungi Ultraman untuk memusnahkan raksasa ini. Namun, tidak mengapalah. Raksasa pun nak cari makan dan perlu memenuhi tuntutan egonya.

8. Namun, saya harap raksasa ini sedar bahawa dirinya tidak lagi relevan dengan Bandar Dubat Uzem. Saya bukan beretorik, tapi itulah aduan yang diterima daripada penduduk Bandar Dubat Uzem.

9. Saya yakin dan percaya, suatu hari nanti, raksasa ini akan sedar akan kerosakan yang dilakukan olehnya tidak membawa apa-apa manfaat kepada mana-mana pihak. Justeru, bile hari itu tiba, saya yakin, raksasa ini, akhirnya, akan meninggalkan Bandar Dubat Uzem.

10. Wahai raksasa, walaupun anda nak jadi raksasa, jadilah raksasa yang profesional. Setelah menyentap orang dengan hembusan api anda, maka susulkan dengan penjelasan atau explanation. Jangan cuba mengelak, jangan berdiam diri kerana itulah prinsip raksasa yang tidak profesional. Apabila ada penduduk Dubat Uzem yang cuba argue dengan anda ttg apa2 sahaja perkara, maka jangan anggap benda itu sebagai perbuatan kurang ajar. Argue itulah yang sebenarnya mencambah pemikiran minda dengan lebih luas. Malah, argue jugalah yg merapatkan hubungan saya dengan anda.

11. Jika u pernah kata yang u tak kisah I sentap sebab u, maka I pun nak cakap, yang I pun tak kisah kalau u sentap ngan I. Dulu I dapat terima u walaupun u selalu maki2 I sebab I rasa yang tu adalah tradisi bandar Dubat Uzem iaitu hubungan antara raksasa dengan penduduk. Sekarang perbuatan u dah cross the line.

12. Segala penghormatan I kat u, dah lenyap. I kecewa dengan sikap u yang tak leh argue langsung dengan penduduk. U bukan pemimpin/leader/senior/raksasa/diktaktor yang baik. Terimalah kenyataan ini.


13. Sesungguhnya, jangan risau penduduk Bandar Dubat Uzem, Datuk Bandar akan kembali apabila raksasa ini sudah sedar diri dan sama-sama kita bangunkan kembali bandar kita, untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.



P/s - ini adalah post lama yang sengaja dipublishkan semula. Tq.




Friday, March 16, 2012

Siti Nurhaliza, Que Haidar n Anna Raffali



Minggu nie Syiman jumpe dengan 3 artis terkenal Malaysia secara live : Siti Nurhaliza, Que Haidar dan Ana Raffali. Rasa mcm best pulak bila orang fofular mcm diorang nie dekat ngan kita. Semoga fofulariti mereka nie terlempias la sikit ek kat SS. Hehe


SS nampak Siti Nurhaliza baru je petang tadi tyme jalan2 kat One Utama lepas makan dine in kat New York Deli dan Cinnabon untuk tapau bawak balik umah. Die nyanyi lagu English untuk promote album English dan juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu birthday dengan penuh merdu kat salah seorang peminat yang kebetulan hari nie adalah hari jadi die. Orang ramai pun bertepuk tangan dan bersorak dengan penuh gembira dan kemudian, Siti pun membuat sesi autograph. 






Jumpe ngan Que Haidar tyme beratur nak tengok wayang kat Suria KLCC utk citer The Woman In Black. Tyme tgh dok beratur, tiber2 terdengar kekecohan sedikit di belakang. Bile tengok je belakang, eh, Que Haidar rupenye, berpakaian casual dengan topi. Dengar la sikit die cakap, "Beli tiket John Carter yea". 






Ngan Ana Raffali pulak tyme nak nek escalator nak masuk Suria KLCC. Die ditemani oleh suami yang sentiasa berada di sisi.






SS ingin wish selamat maju jaya kepada mereka bertiga ini. Cuma kan Siti, SS rasa suara Siti kurang sesuai la untuk lagu2 English. Siti tak nampak natural membawakan lagu2 English, lalu menampakkan lagu tu macam pop kosong yang tak meresap ke dalam jiwa. Namun usaha Siti harus diberi pujian. 


Que Haidar. Urm. Semoga lakonan makin mantap dan sukses dalam dunia perfileman Malaysia k. Why not kalau g Celebrity Fitness dan make ur body mantap n show some skin, jadi akan memantapkan penonjolan aura dan persona karakter dalam filem. Wish u all the best as one of actors in Malaysia. 


Ana Raffali yang telah bertudung nampak nice. Tak kisah lah dengan penampilan baju kurung dan tudung asalkan musik yang mantap terus dilahirkan daripada pihak anda. Gud lux!


Semoga tiga bintang Malaysia ini terus bersinar dengan penuh gemilang. ^_^

Thursday, March 15, 2012

The Pleasure of Mac 12



Syiman sebenarnya tak sangka yang bulan Mac nie adalah bulan yang akan menghidangkan pelbagai keseronokan dan pleasure. Namun begitulah aturan alam, sesuatu yang tak disangka itulah yang akan datang kepada kita. So, guys, lets have some fun!







The Lorax


Filem nie agak bosan tapi agak terhibur jgk la, diselamatkan oleh lagu2 yang ade dalam filem tu. Moral of the movie, jagalah alam sekitar, sayangi dan ambil berat ttg pokok2 anda ye!






Golden Thai Chicken Rice di Amcorp Mall


Oh my god. Di Amcorp Mall tersembunyi banyak restaurant yang pelbagai dengan cita rasa menarik untuk disantap. Syiman pun berkunjunglah ke Restaurant Rak Thai di situ setelah dijemput oleh seorang waiter. Tersangat rasa golden bile menikmati golden thai chicken rice. Tomyam ayam die pown sangat lah sedap. Untuk berkunjung ke situ, anda boleh naik LRT Kelana Jaya line, turun di stesen Taman Jaya. 


Carl's Jr


Kalau sebelum nie Syiman menyantap Super Star, kali nie santap pulak Famous Star. Masya Allah sangat best sangat bile Famous Star tu masuk ke dalam mulut Syiman lantas segala rasa unik tu dinikmati dan meresapi sampai ke jiwa! Fries die pun sedap dan yang paling best, air boleh refill banyak kali tanpa apa2 caj. I like that concept. Subway harus mencontohi Carl's Jr. 






Wendy's


Hurm. Banyak burger Wendy's yang international tiada di Malaysia termasuklah burger dalam kategori Dave's Legacy. Lalu, Syiman pada suatu hari ade la teringin pulak nak melahap burger Wendy's sebab dah lame tak makan. For me, bagi burger, Wendy's masih ketinggalan dibandingkan dengan Carl's Jr dan McD.


Dunkin Donuts


Sedap gile Croissant Turkey Dunkin Donuts. Lagi sedap daripada sandwiches Subway.






Auntie Anne's


Pretzel Stik yang dicurahi coklat disekeliling batang memang sedap untuk dimasukkan ke dalam mulut. 






MDNA


Sangat best bulan Mac nie sebab, Madonna nak kuarkan album baru, MDNA! Selepas dengar beberapa preview lagu drpd MDNA, Syiman rasa album die kali nie pasti akan meletup2 di sana sini. Tak sabar nak semua lagu dalam MDNA : Girl Gone Wild, Gang Bang, I'm Addicted, Turn Up The Radio, Give Me All Your Luvin', Some Girls, Superstar, I Don't Give A, I'm A Sinner, Love Spent, Masterpiece dan Falling Free. Love u Madonna, tak sabar nak tunggu 26 Mac nie!



The Woman In Black

Owh well. Daniel Radcliffe sangat berbakat. Like my review

Cinnabon

Tidak ketinggalan, 4 bijik World Famous Cinnamon Rolls. Omg...sangat terangkat..





Syiman's Review : The Woman In Black



Daniel Radcliffe adalah seorang pelakon yang berbakat, dan bakat die sebagai pelakon makin terserlah dalam filem yang bergenre misteri or filem yang I called it 'dark film'. Dah penat menjadi Harry Potter selama lebih kurang 7 tahun, maka kini Radcliffe menjadi Arthur Kipps, seorang peguam muda yang berusaha diri die terelak daripada dipecat daripada majikan. Usaha Kipps membawa die ke suatu kawasan perumahan yang penuh misteri yang mana asal usul misteri itu adalah daripada satu rumah di pedalaman. Kipps pown mula lah menjalankan penyiasatan yang mana membawa kepada satu sumpahan yang tak pernah berakhir dan berlanjutan.


Mood seram dan misteri telah di set dengan penuh sistematik dengan susun atur plot yang kemas. Sepanjang menonton filem nie, rintik2 hujan seram sejuk sentiasa mencurahi sampailah anda basah dengan kepuasan di akhirnya. 


Visual - A
Pengarahan - A
Lakonan - A
Plot Citer - A


Highlite : set atmosfera seram yang berkesan, lakonan yang mantap, scene yang menarik, Daniel Radcliffe
Downlite : tak perlu kowt nak downlite, mmg syok pown citer nie


Siapa yang akan enjoy filem nie : peminat Daniel Radcliffe, peminat filem seram
Siapa yang tak akan enjoy filem nie : anti-Daniel Radcliffe


Metacritic : 62%, generally favorable reviews
Box Office : USD$100million worlwide











Syiman's Review : The Lorax



The Lorax adalah filem yang ke-4 daripada adaptasi novel Dr Seuss yg mana sebelumnya adalah How The Grinch Stole Christmas, The Cat in The Hat dan Horton Hears A Who! 


Seriously, The Lorax adalah filem yang agak boring. Malah, menonton filem nie adalah seperti berada dalam kelas untuk topik Deforestation atau Penebangan Hutan. Penglibatan Zac Efron dan Taylor Swift pun tidak banyak membantu disebabkan pengembangan watak dengan unsur emosi yang kurang.


Yang positifnya, musical numbers dalam filem nie mmg best dan catchy. Visual pun agak best. 


Mungkin Universal Pictures perlu buat homework dengan lebih banyak tentang bagaimana nak buat filem animasi yang mantap, khasnya boleh contohi Dreamworks dan Disney Pixar. 


Visual - B+
Pengarahan - C
Lakonan - B
Plot Citer - B


Siapa yang akan enjoy filem nie : Aktivis alam sekitar, Peminat filem Dr Seuss, orang yang suke soundtracks from movies, peminat fanatik Zac Efron dan Taylor Swift


Siapa yang akan x enjoy filem nie : Orang yang selalu tgk filem animasi from Disney Pixar n Dreamworks, orang yang tak enjoy berada dalam kelas akademik


Review daripada Metacritic : 47%




Sunday, March 11, 2012

Enjoy


1. Syiman pada post kali ini amat suka untuk menekankan tentang perasaan gembira dalam setiap perkara yang kita lakukan, dan juga bagi setiap pilihan yang kita lakukan.


2. Dari segi kata lain, kita mesti enjoy dengan setiap apa yang kita lakukan. 


3. Samada kita berkerja di tempat yang mendatang stres, berusaha mencari duit untuk membayar bil, bergaduh dengan boyfriend/girlfriend, menyiapkan assignment/homework untuk kegiatan akademik, mempunyai tanggungjawab solat 5 waktu sehari, keinginan menjadi serba trendy dalam setiap perkara terutamanya fesyen pakaian dan style rambut, dan banyak lagi benda yang kita lakukan dalam seharian.


4. Semua perkara ini kita mesti sertakan dengan perasaan enjoy. Kita mesti enjoy kerana kita dikurniakan keupayaan oleh Tuhan untuk mengusahakan apa yang kita mahu. Kita mesti enjoy juga kerana itu menunjukkan kita seorang yang mempunyai integriti dalam menjaga originaliti personaliti kita. 


5. Kalau kita tak enjoy, maka kita akan dibendung negativiti yang akan membenam kita dalam lurah kejatuhan yang akan menghanyutkan kita mengikut arus lautan kelembapan dan kemusnahan. 


6. Jadi guys, jom kita enjoy yea bagi setiap apa yang kita lakukan. Tukarkan negativiti kepada positiviti. ^_^




Tuesday, March 6, 2012

My Bad Experience with Maxis



SS sangat kecewa dengan Maxis. Sebagai sebuah company besar yang dimiliki oleh billionaire terkenal Malaysia, Ananda Krishnan, dan juga kerap kali menyiarkan promosi yang menarik melambangkan prestij yang agak tinggi, sepatutnya hubungan antara Maxis dan pengguna adalah lancar dan baik secara penuh telus dan jujur.


Walau apapun yang dijanjikan dalam setiap iklan dan promosi oleh Maxis, apa yang dipaparkan tidak disempurnakan dengan beberapa isu yang timbul iaitu yang pertama isu berkaitan Maxis Broadband, dan kedua, isu berkaitan Postpaid line Maxis. Inilah bad experience bersama Maxis yang ingin dikongsi bersama supaya para pengguna membuat pilihan yang lebih bijak selepas ini.


Bad experience dengan Maxis Broadband adalah begini; SS pergi lah mendaftar untuk Maxis Broadband di Maxis cawangan Melaka Mall. Pada waktu pendaftaran tersebut, agent Maxis terbabit mengatakan apabila kontrak setahun dalam plan broadband ini tamat, maka modem yang digunakan akan menjadi milik SS. Namun, tup tup setahun sudah berlalu dan apabila kontrak sudah tamat, SS bertanya lah kepada hotline Maxis tentang status modem. Diorang cakap, modem mesti dikembalikan dan tidak menjadi milik SS. SS deal dengan beberapa agent hotline Maxis. Ada yang cakap A, ada yang cakap B. Semuanya mengelirukan dan tidak jelas. Sebagai pengguna yang setia dengan Maxis selama setahun, SS cukup kecewa kerana janji oleh Maxis tidak dikota.


Apabila luka pengalaman pertama bersama dengan Maxis agak terubat, SS berminatlah untuk mendaftar bersama Maxis bagi pakej postpaid line yang mana dalam pakej tersebut, secara jelas agent Maxis cawangan Pavilion mengatakan bahawa SS hanya perlu bayar rm85 ringgit sahaja sebulan; iaitu talktime rm30 dan internet  bagi 1GB adalah rm55. Okey isu kedua nie agak panjang sikit ye. Untuk bil yang pertama, dapat lah bil sebanyak rm138. Tidak mengapalah, kerana SS anggap adalah kowt caj2 untuk bil bulan pertama. Then, kehairanan mula timbul apabila bil utk bulan kedua adalah RM150. Lantas bagi merungkai misteri mengapa bil bulan kedua jadi sampai rm150 nie, SS pown call lah hotline Maxis bertanyakan ttg perkara nie. Sebelum tu, SS dah check bil yang menunjukkan bahawa SS tak exceed pown quota yang ditetapkan iaitu tak lebih pown quota talk time rm30 dan internet rm55. 


Maka SS pown melakukan beberapa tujahan soalan kepada agent hotline Maxis yang bernama Michelle itu. Jawapan die, lebihan caj itu adalah kerana SMS yang SS buat. Then SS tanya lah mengapa kalau SMS, mengapa caj itu tak dimasukkan ke dalam caj talk time yang mana untuk call dan SMS. Dan SS tanya lagi mengapa SMS ini diletakkan dibawah label 'Data Services', sedangkan setahu SS 'Data Services' itu membawa maksud internet la. Dari situ, Michelle mula terdiam dan goyah, malah buat mute sebentar untuk bertanyakan agent hotline Maxis yang kat sebelah die. Michelle pun memberitahu bahawa die akan roger dekat billing department, then die akan call balik lepas nie. (Sebenarnya mmg panjang sesi tujahan soalan kepada Michelle iaitu hampir 1jam yang mana SS tinggalkan soalan2 itu untuk Michelle jawab selepas ini).


SS pun menantilah panggilan daripada Maxis dan suatu hari Maxis pun call. Agent Maxis yang nama ape ntah, cakap the bill is correct, mmg betul. Itu je. Dengan tiada apa2 penjelasan lanjut. SS pun tanyalah "eh, mengapa bil betul pulak? Betul kan saya ambik pakej rm85 dan saya tak exceed quota? Jadi kenapa rm150 yang dicaj? Then agent Maxis tu jawab lagi, "Mmg betul bil nie, semua apa yang kuar dlm bil itu tiada masalah, mmg betul". SS tyme tu mmg rasa nak melaser betul2 agent Maxis itu, cuma tyme tu ada urusan sikit, terpaksa tamatkan panggilan dengan penuh kegeraman.


Berdasarkan kisah bad experience dengan Maxis ini, SS buat beberapa konklusi menunjukkan betapa Maxis adalah syarikat Telco yang teruk:



  1. khidmat Customer Service Maxis yang tidak pown dapat menyelesaikan aduan dan pertanyaan pengguna dengan rasional dan betul. Kawan SS yang pernah keje sebagai Customer Service Maxis pown bersetuju.
  2. Visi dan pemahaman tentang produk dan plan yang tidak seiring antara agent Maxis dgn Maxis sendiri, bercanggah antara satu sama lain.
  3. Kekeliruan dan penyelewengan yang sangat jelas dalam bil postpaid dan juga extra caj yg tak pernah dinyatakan sewaktu pendaftaran dan juga dalam kontrak. 
  4. experience beberapa kawan yang juga menceritakan pengalaman buruk dengan Maxis.
Maka, SS lepas nie tak nak dah buat apa2 jalinan perhubungan dengan Maxis.



Sunday, March 4, 2012

Second Chance


1. Pernah tak anda rasa yang anda pernah buat silap then rasa mcm dunia nie nak menghempap anda sampai hancur? Semua benda jadi tak kena dan kita rasa kecewa dan down sangat.


2. Dan pada waktu itu walaupun kita secara berulang kali  menguatkan semangat dan menanam diri dengan positiviti, kesedihan dan negativiti tetap ingin mengusik lantas menyelubungi diri kita.


3. Pada waktu itu kita rasa tak tahu nak buat ape lagi memandangkan semua benda yang dilakukan tidak menjadi. Saudara, sebenarnya itu adalah bisikan syaitan yang sangat suka melihat manusia dalam keadaan yang lemah. Sebenarnya peluang ada di mana-mana. 


4. Kita sahaja yang perlu mengorak langkah drastik untuk menempuh semua cubaan dan dugaan itu dengan apa yang kita mampu. Senjata sentiasa ada; dlm konteks zaman moden ini semestinya kita ada internet, handphone, dan semestinya, benda yang sentiasa evergreen sepanjang zaman, iaitu doa.


5. Have faith with God and u will find ur way. Dont ever give up. ^_^