Sunday, March 11, 2012

Enjoy


1. Syiman pada post kali ini amat suka untuk menekankan tentang perasaan gembira dalam setiap perkara yang kita lakukan, dan juga bagi setiap pilihan yang kita lakukan.


2. Dari segi kata lain, kita mesti enjoy dengan setiap apa yang kita lakukan. 


3. Samada kita berkerja di tempat yang mendatang stres, berusaha mencari duit untuk membayar bil, bergaduh dengan boyfriend/girlfriend, menyiapkan assignment/homework untuk kegiatan akademik, mempunyai tanggungjawab solat 5 waktu sehari, keinginan menjadi serba trendy dalam setiap perkara terutamanya fesyen pakaian dan style rambut, dan banyak lagi benda yang kita lakukan dalam seharian.


4. Semua perkara ini kita mesti sertakan dengan perasaan enjoy. Kita mesti enjoy kerana kita dikurniakan keupayaan oleh Tuhan untuk mengusahakan apa yang kita mahu. Kita mesti enjoy juga kerana itu menunjukkan kita seorang yang mempunyai integriti dalam menjaga originaliti personaliti kita. 


5. Kalau kita tak enjoy, maka kita akan dibendung negativiti yang akan membenam kita dalam lurah kejatuhan yang akan menghanyutkan kita mengikut arus lautan kelembapan dan kemusnahan. 


6. Jadi guys, jom kita enjoy yea bagi setiap apa yang kita lakukan. Tukarkan negativiti kepada positiviti. ^_^




No comments:

Post a Comment