Tuesday, March 6, 2012

My Bad Experience with Maxis



SS sangat kecewa dengan Maxis. Sebagai sebuah company besar yang dimiliki oleh billionaire terkenal Malaysia, Ananda Krishnan, dan juga kerap kali menyiarkan promosi yang menarik melambangkan prestij yang agak tinggi, sepatutnya hubungan antara Maxis dan pengguna adalah lancar dan baik secara penuh telus dan jujur.


Walau apapun yang dijanjikan dalam setiap iklan dan promosi oleh Maxis, apa yang dipaparkan tidak disempurnakan dengan beberapa isu yang timbul iaitu yang pertama isu berkaitan Maxis Broadband, dan kedua, isu berkaitan Postpaid line Maxis. Inilah bad experience bersama Maxis yang ingin dikongsi bersama supaya para pengguna membuat pilihan yang lebih bijak selepas ini.


Bad experience dengan Maxis Broadband adalah begini; SS pergi lah mendaftar untuk Maxis Broadband di Maxis cawangan Melaka Mall. Pada waktu pendaftaran tersebut, agent Maxis terbabit mengatakan apabila kontrak setahun dalam plan broadband ini tamat, maka modem yang digunakan akan menjadi milik SS. Namun, tup tup setahun sudah berlalu dan apabila kontrak sudah tamat, SS bertanya lah kepada hotline Maxis tentang status modem. Diorang cakap, modem mesti dikembalikan dan tidak menjadi milik SS. SS deal dengan beberapa agent hotline Maxis. Ada yang cakap A, ada yang cakap B. Semuanya mengelirukan dan tidak jelas. Sebagai pengguna yang setia dengan Maxis selama setahun, SS cukup kecewa kerana janji oleh Maxis tidak dikota.


Apabila luka pengalaman pertama bersama dengan Maxis agak terubat, SS berminatlah untuk mendaftar bersama Maxis bagi pakej postpaid line yang mana dalam pakej tersebut, secara jelas agent Maxis cawangan Pavilion mengatakan bahawa SS hanya perlu bayar rm85 ringgit sahaja sebulan; iaitu talktime rm30 dan internet  bagi 1GB adalah rm55. Okey isu kedua nie agak panjang sikit ye. Untuk bil yang pertama, dapat lah bil sebanyak rm138. Tidak mengapalah, kerana SS anggap adalah kowt caj2 untuk bil bulan pertama. Then, kehairanan mula timbul apabila bil utk bulan kedua adalah RM150. Lantas bagi merungkai misteri mengapa bil bulan kedua jadi sampai rm150 nie, SS pown call lah hotline Maxis bertanyakan ttg perkara nie. Sebelum tu, SS dah check bil yang menunjukkan bahawa SS tak exceed pown quota yang ditetapkan iaitu tak lebih pown quota talk time rm30 dan internet rm55. 


Maka SS pown melakukan beberapa tujahan soalan kepada agent hotline Maxis yang bernama Michelle itu. Jawapan die, lebihan caj itu adalah kerana SMS yang SS buat. Then SS tanya lah mengapa kalau SMS, mengapa caj itu tak dimasukkan ke dalam caj talk time yang mana untuk call dan SMS. Dan SS tanya lagi mengapa SMS ini diletakkan dibawah label 'Data Services', sedangkan setahu SS 'Data Services' itu membawa maksud internet la. Dari situ, Michelle mula terdiam dan goyah, malah buat mute sebentar untuk bertanyakan agent hotline Maxis yang kat sebelah die. Michelle pun memberitahu bahawa die akan roger dekat billing department, then die akan call balik lepas nie. (Sebenarnya mmg panjang sesi tujahan soalan kepada Michelle iaitu hampir 1jam yang mana SS tinggalkan soalan2 itu untuk Michelle jawab selepas ini).


SS pun menantilah panggilan daripada Maxis dan suatu hari Maxis pun call. Agent Maxis yang nama ape ntah, cakap the bill is correct, mmg betul. Itu je. Dengan tiada apa2 penjelasan lanjut. SS pun tanyalah "eh, mengapa bil betul pulak? Betul kan saya ambik pakej rm85 dan saya tak exceed quota? Jadi kenapa rm150 yang dicaj? Then agent Maxis tu jawab lagi, "Mmg betul bil nie, semua apa yang kuar dlm bil itu tiada masalah, mmg betul". SS tyme tu mmg rasa nak melaser betul2 agent Maxis itu, cuma tyme tu ada urusan sikit, terpaksa tamatkan panggilan dengan penuh kegeraman.


Berdasarkan kisah bad experience dengan Maxis ini, SS buat beberapa konklusi menunjukkan betapa Maxis adalah syarikat Telco yang teruk:



  1. khidmat Customer Service Maxis yang tidak pown dapat menyelesaikan aduan dan pertanyaan pengguna dengan rasional dan betul. Kawan SS yang pernah keje sebagai Customer Service Maxis pown bersetuju.
  2. Visi dan pemahaman tentang produk dan plan yang tidak seiring antara agent Maxis dgn Maxis sendiri, bercanggah antara satu sama lain.
  3. Kekeliruan dan penyelewengan yang sangat jelas dalam bil postpaid dan juga extra caj yg tak pernah dinyatakan sewaktu pendaftaran dan juga dalam kontrak. 
  4. experience beberapa kawan yang juga menceritakan pengalaman buruk dengan Maxis.
Maka, SS lepas nie tak nak dah buat apa2 jalinan perhubungan dengan Maxis.



No comments:

Post a Comment