Friday, March 16, 2012

Siti Nurhaliza, Que Haidar n Anna Raffali



Minggu nie Syiman jumpe dengan 3 artis terkenal Malaysia secara live : Siti Nurhaliza, Que Haidar dan Ana Raffali. Rasa mcm best pulak bila orang fofular mcm diorang nie dekat ngan kita. Semoga fofulariti mereka nie terlempias la sikit ek kat SS. Hehe


SS nampak Siti Nurhaliza baru je petang tadi tyme jalan2 kat One Utama lepas makan dine in kat New York Deli dan Cinnabon untuk tapau bawak balik umah. Die nyanyi lagu English untuk promote album English dan juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu birthday dengan penuh merdu kat salah seorang peminat yang kebetulan hari nie adalah hari jadi die. Orang ramai pun bertepuk tangan dan bersorak dengan penuh gembira dan kemudian, Siti pun membuat sesi autograph. 






Jumpe ngan Que Haidar tyme beratur nak tengok wayang kat Suria KLCC utk citer The Woman In Black. Tyme tgh dok beratur, tiber2 terdengar kekecohan sedikit di belakang. Bile tengok je belakang, eh, Que Haidar rupenye, berpakaian casual dengan topi. Dengar la sikit die cakap, "Beli tiket John Carter yea". 






Ngan Ana Raffali pulak tyme nak nek escalator nak masuk Suria KLCC. Die ditemani oleh suami yang sentiasa berada di sisi.






SS ingin wish selamat maju jaya kepada mereka bertiga ini. Cuma kan Siti, SS rasa suara Siti kurang sesuai la untuk lagu2 English. Siti tak nampak natural membawakan lagu2 English, lalu menampakkan lagu tu macam pop kosong yang tak meresap ke dalam jiwa. Namun usaha Siti harus diberi pujian. 


Que Haidar. Urm. Semoga lakonan makin mantap dan sukses dalam dunia perfileman Malaysia k. Why not kalau g Celebrity Fitness dan make ur body mantap n show some skin, jadi akan memantapkan penonjolan aura dan persona karakter dalam filem. Wish u all the best as one of actors in Malaysia. 


Ana Raffali yang telah bertudung nampak nice. Tak kisah lah dengan penampilan baju kurung dan tudung asalkan musik yang mantap terus dilahirkan daripada pihak anda. Gud lux!


Semoga tiga bintang Malaysia ini terus bersinar dengan penuh gemilang. ^_^

No comments:

Post a Comment