Saturday, March 24, 2012

Syiman's Review : The Hunger Games



The Hunger Games adalah satu lagi fenomena yang setanding Harry Potter dan Twilight Saga. Juga adaptasi daripada novel tulisan Suzanne Collins, filem nie meletup di sana sini, worldwide.


First sekali, jangan expect filem The Hunger Games nie sarat dengan action. Sepanjang 2 jam lebih anda menyaksikan filem nie, perjalanan plotnya panjang namun penceritaan adalah baik oleh director; Gary Ross dalam menggarap filem Hunger Games.


Secara basic, The Hunger Games mengisahkan wakil peserta yang dikenali sebagai tributes dari 12 kawasan jajahan Capitol untuk masuk ke annual event dikenali sebagai Hunger Games. Dalam games nie, mesti ada sorang saja survivor untuk ditabalkan sebagai pemenang; yang lain mesti mati.


Bersedialah untuk masuk ke 'bandar Lady Gaga' yang mana semua pompuan dalam bandar tu mcm Lady Gaga dari segi penampilan. Yang laki pun tak nak kalah iaitu anda akan jumpa dengan pengacara talk show yang berpenampilan seperti Katy Perry. Bersedia jgk dengan usikan emosi melalui babak cinta segi tiga, pengorbanan kakak untuk melindungi adik, nilai persahabatan yang mana saling membantu menghadapi kesusahan, situasi dunia yang penuh kepura-puraan, dan banyak lagi babak yang akan meninggalkan kesan mendalam kepada anda.


N, lagi satu, lagu Taylor Swift; Eyes Open untuk filem nie pown sangat sedap.


Lakonan - B+
Pengarahan - A
Plot Citer - B+
Visual - B+


Metacritic : 68%
Rotten Tomatoes : 87% positive from profesional


Siapa yang suka : peminat Harry Potter dan Twilight Saga
Siapa yang tak suka : orang yang expect The Hunger Games sarat dengan action





 

No comments:

Post a Comment