Thursday, April 26, 2012

All da best to MAS


1. Sememangnya kita berada di dalam era ekonomi yang cukup getir lagi mencabar. 

2. MAS mengumumkan kerugian terbesar yang pernah dialami oleh syarikat itu sebanyak RM2.52 billion. 

3. Malah ini bukan pertama kali gelombang kerugian yang dialami oleh MAS malah sudah 3 kali termasuk yang terbaru ini MAS dihempap tsunami kerugian yang mana memberi kesan kepada kita semua rakyat Malaysia khasnya pembayar cukai.

4. Highlite di sini, pengurusan yang bersih, cekap dan amanah adalah satu keperluan untuk memastikan kelangsungan ekonomi yang mapan samada dalam peringkat individu mahupun syarikat. 

5. Adalah sesuatu yang mengecewakan apabila kita melihat di sana sini ada sahaja yang 'something wrong' dalam persekitaran busines di Malaysia. 

6. Kita memang nak majukan dan kembangkan ekonomi kita namun jangan lah kita lakukan dengan cara yang tidak bersih, tidak cekap dan tidak amanah. 

7. Mungkin dalam masa yang singkat kita akan untung namun di akhirnya kita akan menanggung kerugian yang jauh lebih besar yang meranapkan segala keuntungan yang dinikmati. 


Saturday, April 21, 2012

Perlu ke minat One Direction?





Populariti One Direction semakin meningkat sejak dua menjak nie menyebabkan SS tak ketinggalan dalam menyentuh topik tentang kumpulan remaja lelaki nie. One Direction mengingatkan SS kepada Jonas Brother yang mana skrg dah jadi suam2 kuku. Tak tahulah samada One Direction akan mendapat nasib yang sama seperti Jonas Brother atau tidak namun apa yang pasti, perlu ke SS meminati One Direction?

Sebelum tu, mari kita tengok dulu sepintas lalu anggota One Direction :






Yup. No wonder lah ramai peminat One Direction nie sebab diorang memang cute dan hensem. Namun perlu diingat, artist yang mempertaruhkan paras rupa tanpa susunan melodi yang mantap tidak akan bertahan lama dalam industri. 

Music adalah my passion so hanya artist yang terpilih saja yang leh termasuk dalam senarai Syiman Syareman's Favourita Artist. Setakat ini, artis yang berjaya menawan hati SS dengan music mereka adalah :


  1. Madonna
  2. Mariah Carey
  3. Gorillaz
  4. Norah Jones
  5. No Doubt
  6. Black Eyed Peas
  7. Shakira
  8. Ashlee Simpson
  9. Greenday
  10. P!nk
  11. Britney Spears
  12. Christina Aguilera
  13. Adele
  14. Rihanna
  15. Katy Perry
  16. Shania Twain
  17. Sheryl Crow
  18. Taylor Swift
  19. Beyonce
  20. Alicia Keys
Jadi untuk mengetahui lebih lanjut tentang music yang dibawa One Direction, SS pun pegi lah ke Myspace untuk mendengar satu demi satu lagu yang ada dalam studio album pertama oleh 1D, iaitu Up All Night. Lagu What Makes You Beautiful, Gotta Be You, I Want antara yang SS suka. 

Mari kita dengar kejap lagu What Makes You Beautiful. Lagu ini menang Best British Single untuk BRIT Awards 2012. 




Okey. For me, Up All Night adalah album yang kukuh dengan vokal dan melodi yang mantap dan disusulkan pulak dengan anggota yang cukup boyish, namun itu belum cukup untuk masuk dalam senarai Syiman Syareman's favourita artist. Jika betul direction yang diambil oleh One Direction, maka semoga album sophomore mereka akan lebih meletup2 kerana fame yang mereka ada skrg boleh menjadi penginjak kepada masa depan cerah buat One D. Lagipun Simon Cowell adalah seorang pemantau dan pengurus yang baik. ^_^

Jap. I know lah peminat 1D, nak tgk diorang shirtless kan? Kan? KAN? Hehe. Okey. Enjoy ~ Jangan histeria sudah. Hihik







I am 23


Sebenarnye aku rasa sedih la jugak sebab pada 20 April yg lepas aku dah jadi 23. Bukan sedih dalam sedih tetapi sedih dalam gembira. Aku sedih sebab umo aku dah meningkat dan aku sebenarnya rindu masa aku umo 19. Ye la. Sape la yang tak rindu zaman2 muda dia. Aku gembira pulak sebab aku lebih matang dalam menilai sesuatu situasi yang melibatkan kerjaya, perhubungan dan pengurusan. Daripada penilaian yang lebih matang inilah yang mana aku rasa aku akan jadi pembuat keputusan yang lebih baik apabila ada sahaja persimpangan dalam laluan yang aku lalui.

Sedar atau tidak, lagi 7 tahun aku akan menginjak masuk ke zaman 30 an. Jadi, umo 23 nie aku akan corakkan sedaya upaya melalui perancangan yang mantap supaya menjadi pelapis buat era 24 tahun aku menjadi lebih baik berbanding era 23.

Terima kasih yea kepada kawan2 yang wish my bday kat mane2 saje especially kat FB. Suatu hari nanti aku akan buat bday party yang paling meriah.



Tuesday, April 17, 2012

Lunch from 7E


Syiman rasa lapar, so Syiman pun pegi la 7E dengan niat nak beli apa2 yg ada untuk lunch. Maka sampai je kat 7E Syiman pown grab la 2 nasi lemak, roti Gardenia, dan Auntie Rosie's pandan kaya dan tidak ketinggalan, sebagai desert, satu pisang yang besar dan panjang. Mesti best kan nak makan pisang tu sebab panjang n besar. Eh, kita lupakan dulu pasal pisang tu, sebab post kali nie bukan nak fokus dekat pisang besar n panjang tu. Hehe. (Bukannye ape, rasa curious la jgk mcm ne la supplier 7E leh bagi pisang tu jadi besar n panjang sangat. Ape la yg die buat kan).

Nie yang Syiman nak fokus sebenarnye. Tyme nak bayar kat kaunter, semua sekali yang kene bayar adalah rm10.85. So, Syiman pun bagilah RM15. Cashier pompuan yang cantik mcm Adele tu pown bagila balance rm14.15. Eh, datang mane pulak extra rm10 tu? Maybe die tengah ting tong kowt. Syiman pun dengan baik hatinye bagi la balik rm10. 

Kalau Syiman ambik rm10 tu iaitu disebabkan kecuaian cashier yang cantik mcm Adele tu, maka ade beberapa kesan kepada cashier tu, termasuk, die akan short rm10 yang mana die kena bayar balik dan also kene marah dengan manager sebab bagi kaunter short rm10. 

Banyak kes dlm kalangan kita skrg nie yg mana kita suka ambil kesempatan daripada kecuaian/kelemahan orang lain. Banyak syarikat2 Telco yang sesuka hati charge mahal2 kepada pengguna termasuk benda yang tak sepatutnya. Ramai pekerja syarikat telemarketing yang menggunakan teknik putar belit untuk buat sales. Ramai jugak yang menjadi agen untuk orang susah meminta sedekah. Ramai jugak kawan tikam belakang kawan apabila cemburu menguasai diri. Ramai jugak yang suka mempermainkan perasaan orang lain dengan kata2 manis tetapi sebenarnye itu adalah taktik hipokrit untuk kepuasan diri semata-mata. 

Jangan lah kita berada dalam golongan macam tu k, iaitu ambil kesempatan drpd kecuaian/kelemahan orang lain. 

K lah. Syiman nak menikmati pisang yang panjang n besar. Setiap gigitan akan dinikmati yang mana akan disusulkan dengan keinginan nak beli lagi. Hehe. ^_^








Wednesday, April 11, 2012

How to Overcome Boredom


Syiman dilanda kebosanan baru2 nie. So, untuk menghilangkan kebosanan, Syiman nak berkongsi dengan readers semua tentang bagaimana caranye nak mengatasi kebosanan yang melanda. Sesuatu yang sangat ironi kan, menghilangkan kebosanan dengan share benda mcm ne nak hilangkan bosan? Hehe. Okeylah, tak payah nak berceloteh panjang2, Syiman ada la buat kajian dan pembacaan sedikit di internet tentang isu yang kerap melanda kita nie.

Ade beberapa langkah utk kita menghilangkan bosan nie. Ok. Langkah pertama :

FIND A NEW HOBBY

Cari la sesuatu benda yang baru kerana bosan nie datang sebab kita dah letih buat hobi yang sama. Dan kita dah hilang minat dengan apa yang kita suka buat. Pernah tak rasa dulu kita sangat suka men Facebook, tapi lama2 online Facebook pun dah jadi bosan. Jadi, kita cari benda baru. Contoh, men la Twitter pulak. Hehe. 

Ha mcm tu la konsepnye. Cari la benda baru untuk jadi hobi kite. Syiman listkan untuk anda k benda2 baru yang leh korang cuba : Monopoly, The Sims 3, Star Craft 2, buat keje part time tyme weekend, dengar lagu Madonna, memasak, belajar bahasa baru seperti French, Spanish, Mandarin, belajar men piano, guitar dan lain2. 

JAUHI ORANG DAN SITUASI YANG MEMBOSANKAN

Yeah. F*ck them all. Kita kene abaikan orang yang mana tak leh buat kita happy, yang bagi kita sedih dan macam2 lagi perkara negatif. Mengapa perlu nak berada dengan diorang kalau diorang nie jenis yang membosankan? Betul kan. Ada beberapa kriteria orang yang membosankan nie. Nanti Syiman akan bukak post baru untuk mendedahkan siapa dia orang yang bosan dan kriteria mereka yang mana perlu kita jauhi. 

IMAGINASI

Berimaginasi lah. Samada imaginasi nakal atau tidak, yang paling penting dapat menghilangkan kebosanan. 

K lah setakat nie dulu. Nanti kita sambung lagi ttg How to overcome boredom. K. Chill. ^_^







MDNA


1. Semua orang ade haters masing2 dan tak ketinggalan, legenda music yang masih hidup dan masih berada di singgahsana, Madonna. Kita dapat lihat haters Madonna di mana2 terutamanye di FB dan Twitter. Dan semestinya yang menjadi trending dalam kalangan haters ini adalah apabila mereka menyedari fakta bahawa Madonna adalah seorang gadis yang berumur 53 tahun. 

2. Kepada haters2 ini, saya harap mereka tahu bahawa Madonna sangat menjadi penyumbang besar kepada industri music global, yang mana melalui music Madonna lah kita sedikit sebanyak lebih gembira dalam menjalani kehidupan. Malah kegembiraan yang disajikan Madonna mengukuhkan kedudukan sebagai The Queen of Pop selama 2 dekad plus plus.

3. Jualan album Madonna secara keseluruhan adalah lebih 300 juta unit seluruh dunia lantas menjadi artis wanita paling laris seluruh dunia; pengiktirafan daripada Guinness World Records. Sticky & Sweet Tour, konsert ke lapan Madonna menjana kutipan $US408 juta, konsert paling laris oleh artis solo seluruh dunia. Madonna menjadi artis paling berjaya dalam Billboard's Hot Dance Club Play yang mana 40 lagu Madonna berada di kedudukan #1 dalam carta tersebut. 

4. Pelancaran MDNA, album terbaru Madonna memberi petanda bahawa Madonna masih menjadi Queen dalam pop music. MDNA debut di US, UK dan United World Chart di kedudukan #1. Mendapat respon positif daripada pengkritik professional, iaitu dengan markah 66 sebagai justifikasi 'generally favorable review' di Metacritic. 

5. For me, I tak suka sangat 2 single Madonna yang terbaru, 'Give Me All Your Luvin' dan 'Girl Gone Wild' tetapi secara keseluruhan, album nie sangat best dan sangat addicted untuk pendengaran berulang. Setiap lagu ade keunikan. My Top 5 pick : Gang Bang, Superstar, I'm A Sinner, Love Spent, Falling Free.

6. Maka Lady Gaga, Katy Perry, Rihanna, Ke$ha, Britney Spears dan lain2 kene lah terima kenyataan ye. There is only one Queen, n that's Madonna, bitch!. Hehe





Sunday, April 8, 2012

The Rise of Norah Jones


Mengapa Justin Bieber banyak sangat haters, Syiman pun tak tau namun apa yang pasti, single terbaru Bieber, Boyfriend, mmg best. I like it. Justin Bieber adalah contoh kejayaan dalam usia yang muda untuk menjadi inspirasi kepada golongan muda yang baru nak up.

Norah Jones pula selepas The Fall; album Jones yg paling kurang sukses dibandingkan dengan Come Away With Me, Feels Like Home dan Not Too Late, kini tampil dengan single terbaru, Happy Pills yang mana Syiman cukup suka kerana menampilkan lirik yang lebih relevan dan komposisi music yg lebih syok. Jones akan melancarkan album baru, ...Little Broken Hearts pada bulan May 2012 nanti.

Dengarkan lah 2 lagu baru nie dan semoga menjadi halwa telinga kepada kita semua.

N, lagi satu, lagu We Are Young pown best. Masih lagi #1 di Hot100 di US.





Thursday, April 5, 2012

Bersih 3.0


1. Sekarang nie, aku adalah antara orang yang berada di tengah2, yang mana dok buat pemerhatian kat kerajaan dan juga pembangkang. 


2. Apa yang menarik perhatian aku skrg nie adalah tentang Bersih 3.0. Adalah sesuatu yang menarik kerana Datuk A. Samad Said dan Ambiga masih tidak berpuas hati dengan kerajaan yang tidak menunaikan permintaan daripada Bersih 2.0.


3. Kata Datuk A. Samad Said, dianggarkan 500k orang akan menyertai Bersih 3.0 seantero Malaysia.


4. Apa yang aku tengok dan baca, hujah daripada pihak pembangkang pun kuat ttg mengapa Bersih 3.0 perlu diadakan manakala pihak kerajaan pulak kata yang mereka dah buat pembaharuan untuk sistem pilihan raya yang lebih baik.


5. Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang. Secara jujur lah ye, aku rasa Bersih 3.0 ini tak salah untuk dilakukan. Pihak kerajaan tak elok la nak nafikan hak mereka dan condemn mereka ini dengan memberi sebab akan menimbulkan kekacauan kerana perhimpunan untuk menegakkan hak bagi orang yang tak puas hati nie pown berlaku di negara2 maju. 


6. Lagipun, mmg kenyataan nye, dunia sekarang dipenuhi dengan penganiayaan di sana sini. Jadi ape kata, cadangan untuk kerajaan, apa kata susulkan dengan penjelasan solid secara holistik, sebab SS tgk paparan penjelasan di media skrg ttg isu nie mcm nak menyembunyikan sesuatu. Nampak sangat. Kalau asyik condemn ngan tindakan peserta Bersih, nampak sangat lah anda takut dengan kesalahan yang telah berlaku.


7. Semoga perhimpunan 28 April nie akan membawa kebaikan kepada kita dan tiada peristiwa tak diingini berlaku. 


8. Diingatkan sekali lagi, saya hanya lah orang yang berada di tengah antara kerajaan dan pembangkang yang mana belum decide lagi nak mengundi BN ke atau PR pada pilihan raya yang nak coming soon. 





Bersih 2.0


Ambiga & Datuk A. Samad Said