Thursday, April 5, 2012

Bersih 3.0


1. Sekarang nie, aku adalah antara orang yang berada di tengah2, yang mana dok buat pemerhatian kat kerajaan dan juga pembangkang. 


2. Apa yang menarik perhatian aku skrg nie adalah tentang Bersih 3.0. Adalah sesuatu yang menarik kerana Datuk A. Samad Said dan Ambiga masih tidak berpuas hati dengan kerajaan yang tidak menunaikan permintaan daripada Bersih 2.0.


3. Kata Datuk A. Samad Said, dianggarkan 500k orang akan menyertai Bersih 3.0 seantero Malaysia.


4. Apa yang aku tengok dan baca, hujah daripada pihak pembangkang pun kuat ttg mengapa Bersih 3.0 perlu diadakan manakala pihak kerajaan pulak kata yang mereka dah buat pembaharuan untuk sistem pilihan raya yang lebih baik.


5. Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang. Secara jujur lah ye, aku rasa Bersih 3.0 ini tak salah untuk dilakukan. Pihak kerajaan tak elok la nak nafikan hak mereka dan condemn mereka ini dengan memberi sebab akan menimbulkan kekacauan kerana perhimpunan untuk menegakkan hak bagi orang yang tak puas hati nie pown berlaku di negara2 maju. 


6. Lagipun, mmg kenyataan nye, dunia sekarang dipenuhi dengan penganiayaan di sana sini. Jadi ape kata, cadangan untuk kerajaan, apa kata susulkan dengan penjelasan solid secara holistik, sebab SS tgk paparan penjelasan di media skrg ttg isu nie mcm nak menyembunyikan sesuatu. Nampak sangat. Kalau asyik condemn ngan tindakan peserta Bersih, nampak sangat lah anda takut dengan kesalahan yang telah berlaku.


7. Semoga perhimpunan 28 April nie akan membawa kebaikan kepada kita dan tiada peristiwa tak diingini berlaku. 


8. Diingatkan sekali lagi, saya hanya lah orang yang berada di tengah antara kerajaan dan pembangkang yang mana belum decide lagi nak mengundi BN ke atau PR pada pilihan raya yang nak coming soon. 





Bersih 2.0


Ambiga & Datuk A. Samad Said



No comments:

Post a Comment