Saturday, April 21, 2012

I am 23


Sebenarnye aku rasa sedih la jugak sebab pada 20 April yg lepas aku dah jadi 23. Bukan sedih dalam sedih tetapi sedih dalam gembira. Aku sedih sebab umo aku dah meningkat dan aku sebenarnya rindu masa aku umo 19. Ye la. Sape la yang tak rindu zaman2 muda dia. Aku gembira pulak sebab aku lebih matang dalam menilai sesuatu situasi yang melibatkan kerjaya, perhubungan dan pengurusan. Daripada penilaian yang lebih matang inilah yang mana aku rasa aku akan jadi pembuat keputusan yang lebih baik apabila ada sahaja persimpangan dalam laluan yang aku lalui.

Sedar atau tidak, lagi 7 tahun aku akan menginjak masuk ke zaman 30 an. Jadi, umo 23 nie aku akan corakkan sedaya upaya melalui perancangan yang mantap supaya menjadi pelapis buat era 24 tahun aku menjadi lebih baik berbanding era 23.

Terima kasih yea kepada kawan2 yang wish my bday kat mane2 saje especially kat FB. Suatu hari nanti aku akan buat bday party yang paling meriah.



No comments:

Post a Comment