Tuesday, April 17, 2012

Lunch from 7E


Syiman rasa lapar, so Syiman pun pegi la 7E dengan niat nak beli apa2 yg ada untuk lunch. Maka sampai je kat 7E Syiman pown grab la 2 nasi lemak, roti Gardenia, dan Auntie Rosie's pandan kaya dan tidak ketinggalan, sebagai desert, satu pisang yang besar dan panjang. Mesti best kan nak makan pisang tu sebab panjang n besar. Eh, kita lupakan dulu pasal pisang tu, sebab post kali nie bukan nak fokus dekat pisang besar n panjang tu. Hehe. (Bukannye ape, rasa curious la jgk mcm ne la supplier 7E leh bagi pisang tu jadi besar n panjang sangat. Ape la yg die buat kan).

Nie yang Syiman nak fokus sebenarnye. Tyme nak bayar kat kaunter, semua sekali yang kene bayar adalah rm10.85. So, Syiman pun bagilah RM15. Cashier pompuan yang cantik mcm Adele tu pown bagila balance rm14.15. Eh, datang mane pulak extra rm10 tu? Maybe die tengah ting tong kowt. Syiman pun dengan baik hatinye bagi la balik rm10. 

Kalau Syiman ambik rm10 tu iaitu disebabkan kecuaian cashier yang cantik mcm Adele tu, maka ade beberapa kesan kepada cashier tu, termasuk, die akan short rm10 yang mana die kena bayar balik dan also kene marah dengan manager sebab bagi kaunter short rm10. 

Banyak kes dlm kalangan kita skrg nie yg mana kita suka ambil kesempatan daripada kecuaian/kelemahan orang lain. Banyak syarikat2 Telco yang sesuka hati charge mahal2 kepada pengguna termasuk benda yang tak sepatutnya. Ramai pekerja syarikat telemarketing yang menggunakan teknik putar belit untuk buat sales. Ramai jugak yang menjadi agen untuk orang susah meminta sedekah. Ramai jugak kawan tikam belakang kawan apabila cemburu menguasai diri. Ramai jugak yang suka mempermainkan perasaan orang lain dengan kata2 manis tetapi sebenarnye itu adalah taktik hipokrit untuk kepuasan diri semata-mata. 

Jangan lah kita berada dalam golongan macam tu k, iaitu ambil kesempatan drpd kecuaian/kelemahan orang lain. 

K lah. Syiman nak menikmati pisang yang panjang n besar. Setiap gigitan akan dinikmati yang mana akan disusulkan dengan keinginan nak beli lagi. Hehe. ^_^








No comments:

Post a Comment