Saturday, May 19, 2012

Drama Cinta Selebriti


Tahniah kepada Fasha Sandha yang baru sahaja berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36. 
Tahniah berganda buat Fasha kerana khabarnya telah dianalisis mengandung selepas seminggu berkahwin. Bunting pelamin katenye. Semoga Fasha dan Rizal bahagia dan ‘happily ever after’.


Apa yang kita tak mau adalah kes2 yang secara majoriti membelenggu para selebriti local mahupun global, iaitu drama yang tercetus dalam rumahtangga mereka.

Locally, kita tengok bagaimana kes Jimmy Shanley dan Nursuhaila yang mendedahkan segala drama mereka di mahkamah, menunjukkan mereka berada di ambang penceraian. Tengok pulak kes Rozita Che Wan, Nurul dan Ajai, Norman dan Abby, Yusry dan Erra, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan, Ady Putra dan banyak lagi. Dari segi jangka pendek mmg nampak mereka gembira di gerbang perkahwinan namun dari segi jangka panjang, drama sentiasa ada sebagai elemen penghuru-hara lantas berakhir dengan penceraian.






Secara global, kita lihat sajalah Ashlee Simpson, Jessica Simpson, Jennifer Aniston dan Brad Pitt, Madonna dan Guy Ritchie, Christina Aguilera, Britney Spears, Jennifer Lopez dan Marc Anthony dan banyak lagi lah.



Kalau masih lagi bercinta, tidak mengapa, namun pasangan ini bersetuju untuk menjadi satu dengan mengikat tali perkahwinan. Adakah tempoh bercinta itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengenali hati budi masing2 dan untuk mengetahui adakah dia yang The One untuk hidup semati?

Adakah populariti sebagai selebriti tidak seiring dan tak boleh bercampur dengan cinta yang tulus lagi mulus? Atau adakah kegedikan apabila popular yang menjadi penyebab krisis yang menjurus kepada pergaduhan lantas penceraian?

Ini adalah satu paparan yang tidak elok malah tidak molek kepada masyarakat penyayang yang sayangkan pemeliharaan institusi keluarga yang jitu lagi padu yang dibina dengan konkrit cinta yang teguh lagi utuh. Dan juga tidak baik untuk pembangunan belia atau orang muda yang tersalah konsep tentang cinta dan kasih sayang, yang berpotensi untuk melihat cinta ini sebagai satu mainan lantas menganggap perkahwinan sebagai salah satu alat yang boleh dicantum dan diputus sesuka hati.

Nampaknya orang2 yang popular harus menambahkan ilmu tentang cinta, dan tidak memperguna populariti mereka sebagai aset untuk meraih kegembiraan berkeluarga secara jangka masa singkat. Mereka juga harus belajar konsep keseimbangan tentang cinta dan kerja.

Semua ini boleh diperoleh dengan menjadikan pasangan popular yang masih bahagia dan terikat secara lama seperti David Beckham dan Victoria Posh sebagai rujukan dan tauladan, pembacaan buku2 yang mengajar teknik dan konsep bercinta/berpasangan yang betul, dan juga daripada hati yang bersih yang tidak dipengaruhi oleh anasir negatif untuk kepentingan diri sendiri.



Semoga kita bercinta dengan ikhlas dan bahagia selamanya. 


Jangan Bersedih



1. Marcapada ini; manusia kini dihujani masalah duniawi hingga komuniti dibasahi dengan pelbagai kes integriti dan sedih hati.

2. Kesan daripada tsunami sedih hati ini masih menghantui lalu memberi impak tinggi kepada ekonomi, motivasi dan personaliti kendiri kepada ramai yang mencari-cari erti untuk bernafas bagi sehari lagi.

3. Bukti kepada manifestasi ini adalah prestasi Jangan Bersedih yang mana di sana sini menjadi buku yang meraih jualan tinggi. 

4. Diakui bahawa buku ini sangat berkualiti dan sarat serta padat dengan kemantapan pelbagai topik yang digarap penuh konsisten dengan matlamat untuk menghilangkan kesedihan daripada hati anda. 

5. Semoga kita bergembira dengan membaca.

Wednesday, May 2, 2012

Syiman Syareman's Most Beautiful Woman 2012


Kalau People kuarkan list Most Beautiful Woman list 2012, why not kalau Syiman juga kuarkan list yang sama? Rasionalnya, kita memang suka melihat sesuatu yang cantik. Jadi siapakah 10 wanita tercantik 2012 yang ternobat dalam list ini? Yang paling penting sekali Nicki Minaj tak termasuk lah dalam senarai nie ye. Dan sori jugak lah kepada Lady Gaga kerana tak termasuk dalam senarai. Mari kita sama2 saksikan dan menatap kecantikan yang ada pada mereka:

10. Madonna

Di tangga ke-10, Madonna adalah seorang yang cukup cantik luaran mahupun dalaman. Walaupun ramai yang cakap die dah tua iaitu menginjak umo 53 pada tahun nie, namun, common la people, bila u tengok Madonna, u rasa die 53 ke? Tak kan..Masih lagi sexy, masih lagi powerful, masih lagi manzap dalam music yang dibawa, masih lagi fashionista di red carpet. Album MDNA, debut #1 di Billboard 200 dan juga United World Chart malah telah mencapai taraf double platinum di Rusia. Perfume Madonna, Truth or Dare juga telah dilancar yang mana mesti sangat wangi dan best.



9. Ashlee Simpson

Walaupun tiada ape yang berlaku lately kepada Ashlee Simpson selepas penceraian dengan suami, namun lately, Ashlee Simpon semakin cantik. Mungkin sebab dah ade boyfriend baru, Vincent Piazza yang cukup romantik di mana saja mereka berkepit. Dan juga, dengar kata, Ashlee Simpson akan mengeluarkan album baru pada tahun nie. Harap akan meletup2 lah. All da best to Ashlee.


8. Jennifer Aniston

Filem terlatest yang melibatkan Jennifer Aniston yang Syiman tengok adalah Horrible Bosses yang mana Jennifer melakonkan watak sebagai doktor gigi yang gila seks. Pada 2012, Jennifer Aniston terlibat dalam filem Wanderlust. Nampaknye semakin gila seks ye Aniston nie dalam lakon layar. Siapa yang boleh lupa rambut Jennifer Aniston yang menjadi trend dan pujaan ramai.


7. Julia Roberts

Kecantikan Julia Roberts terletak bukan sahaja pada muke, namun pada attitude die. Attitude dalam filem sangat menampilkan persona yang sweet dan mengagumkan. Lihat la saja filem lakonan Julia seperti Eat, Pray, Love dan juga yang terbaru Mirror, Mirror. Apa yang cantiknya juga Julia Roberts nie adalah sikap sopan dan juga dalam masa yang sama penuh dengan humor. Juga tidak terlalu sosial seperti lain-lain artis.


6. Beyonce

Kecantikan Beyonce terletak pada warna kulit dan senyuman. Kalau di People, Beyonce dinobatkan wanita tercantik untuk 2012, maka di list nie, Beyonce harus berpuas hati di kedudukan 6 shj. Beyonce telah diiktiraf di kedudukan #3 dalam list '100 Greatest Women in Music' oleh VH1. Beyonce sememangnya cantik dah tak hairan lah melihat kepada koleksi perfume Beyonce yang bukan sahaja ada rangkaian sendiri malah ditaja oleh nama2 besar seperti Tommy Hillfiger dan Giorgio Armani. Semoga Beyonce akan menyajikan kita dengan music yang lebih mantap pada masa akan datang. I am waiting for ur fifth studio album, B.



5. Jennifer Lopez

Jennifer Lopez sentiasa mempersembahkan kita dengan tarian sensual yang sengaja nak bagi audience ghairah. Melalui zaman kemalapan, kini JLo kembali dengan single yang meletup, On The Floor setelah mendapat promosi free sebagai salah seorang hakim dalam rancangan American Idol. Di umur 40 an, JLo masih lagi cute, masih lagi menawan, masih lagi mengekalkan body yang cantik. Dan yang paling penting, aset yang mahal, her ass. 


4. Angelina Jolie

Hakikatnya, Jolie semakin slow pada 2012. Mungkin buzy melayan anak2 dia yang ramai. Mungkin juga buzy dengan pelbagai misi sebagai duta PBB. Dan juga tidak terlepas dalam buzy melayan Brad Pitt. Angelina sentiasa tampil menawan di mana2 red carpet awards mahupun movie premier. Syiman tumpang gembira bagi pihak Angelina Jolie kerana cukup bahagia dengan Brad Pitt dan tidak mengikut trend penceraian para selebriti yang lain, malah merancang nak berkahwin. Bagus, bagus.



3. Adriana Lima

Sebagai model baju dalam Victoria Secrets, maka tidak terlepaslah untuk Syiman meletakkan gambar Adriana bercoli. Maka, pls, tolong lah kawal ape yang perlu dikawal sewaktu melihat pic Adriana okey. Apa yang Syiman pandang di sini hanyalah kecantikan Adriana yang sangat mengagumkan. Mata, warna kulit, bibir, body, semuanya terletak dan terbentuk secara sempurna. 


2. Zooey Deschanel

Syiman discover kecantikan Zooey tyme menonton filem M. Night Shyamalan, The Happening. Persona yang ditampilkan sangat sweet dan sopan. Tidak perlu berpenampilan seksi, Zooey berjaya menampilkan karakter yang menarik perhatian lelaki. Just look into that eyes. Yes. That eyes.


1. Miranda Kerr

Orlando Bloom sangat bertuah kerana memiliki Miranda Kerr. Harap diorang bahagialah sampai forever after. Ape kah yang paling cantik tentang Miranda Kerr? Brown hair, dimply, blue eyes. Antara tips oleh Miranda Kerr untuk memiliki 'clear skin, shiny hair dan trim body' adalah pengambilan 4 sudu teh cocunut oil yang ditambah  dalam masakan. 


The Top 10 Things of Rite Now 6


Maka di bulan Mei nie kembali lah siri The Top 10 Things of Rite Now. Jadi ape yang happening skrg nie? Mari Syiman senaraikan :

1. Azizulhasni Awang

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) optimis membawa pulang tiga pingat menerusi acara trek pada Sukan Olimpik London 2012. Azizulhasni adalah antara atlet yang Syiman sangat respect kerana semangat juang yang tinggi walaupun terjatuh namun bangun semula untuk menyambung perlumbaan. Good luck ye kepada Azizulhasni dan pasukan basikal Malaysia.



2. Rafa di Monte Carlo

Di Monte Carlo Masters, Nadal berjaya membelasah Djokovic utk mempertahankan kejuaraan 8 kali berturut-turut. Itu adalah petanda tidak lama lagi Nadal akan kembali meraih #1, merampas daripada Novak Djokovic.


3. Demonstrasi Jalanan

Kredit harus diberikanlah kepada Anwar Ibrahim dan Ambiga kerana agak berjaya dalam meningkatkan populariti demonstrasi jalanan sebagai langkah supaya pihak berkuasa mendengar suara. Namun, kredit tentang pengurusan demonstrasi jalanan yang kemas dan teratur masih belum berjaya dibudayakan. So, Anwar Ibrahim dan Ambiga kene buat something la about this k. Agak banyak jgk demonstrasi yang berlaku termasuk Bersih 3.0, Anti-Lynas dan Anti-PTPTN.



4. Jack White

Album The White Stripes; Elephant dan Get Behind Me Satan adalah antara album yang terbaik Syiman penah dengar. Gabungan emosi, attitude, melodi dan vokal semuanye teradun dengan baik hasil daripada karya Jack White yang sangat berbakat. Dan kali nie tampil solo, album Blunderbus meneruskan kelangsungan kemantapan ini. Di UK, album terbaru Jack White berjaya menolak album 21-Adele untuk debut #1 di sana.



5. Social Networking

Syiman mendapati yang environment di Social Networking sangatlah membosankan. Ape social networking tu? Semestinyalah Facebook, Yahoo! Messenger, Tagged dan lain2 lah. Myspace tu lagi la kan. Jadi Syiman pun decide nak tinggalkan dulu semua social networking nie untuk menjauhi kebosanan yang mengcengkam di sana. Hanya Twitter saja yang Syiman akan guna skrg. Syiman tak mau dah terperangkap dan nak mencari aktiviti yang lebih baik daripada social networking yang tak berape nak best sangat tu. I am better than that.

6. The Avengers

Omg. The Avengers adalah sebuah filem yang memang manzap dalam mengumpulkan superheroes utk bergabung dalam menentang kejahatan. Aksi yang dipaparkan seiring dengan humour yang sepadan. Everybody should watch it. 


7. Love

Sebenarnye Syiman dilamun cinta skrg nie. Dah 3 kali kitorang dating. B4 balik Kedah, sempat jumpe die. Cuma I paham la die mcm dalam proses rebound dan dilemma. Sebab tu la yang I tak nak over2 sangat approach die dan lebih banyak mendiamkan diri. Kalau si dia baca post nie, maka I'm telling u, I miss u so much. Everyday Im thinking about you. Jangan la jarang online sangat. Nanti makin I rindu. N, i tak sms u sebab i segan ngan u. So i pun msg kat FB je. Hehe. 

8. Weight Gain

Yup. Dah banyak kali kene tegur ttg skinny figure yang Syiman miliki. Lepas nie, Syiman nak tambah berat badan sebanyak 5kg. Seriously. Sebenarnye aku rasa aku tak lah kurus sangat pown dan okey je, malah aku ade kelebihan untuk memakai skinny jeans dengan penuh fit dan sesuai. Cuma, ye la, kita nie x terlepas kan daripada para pengkritik yang sangat mengambil berat terhadap kita seperti paparazzi. 

9. Cooking skill

Memantapkan cooking skill juga berada dalam senarai prioriti. Resipi seperti kek batik, nasik lemak, rendang ayam dan lain2 mesti aku nak master supaya senang segala urusan pada masa akan datang. Malah Syiman recommend semua orang juga memantapkan cooking skill masing2 sebab kan best untuk menghidangkan kepada kawan2, lover, dan juga family hidangan kita yang sedap sampai diorang pun menjilat-jilat.......jari jemari mereka. 

10. Education

I am waiting for August to come for second intake. Wait for my news. Hehe