Saturday, May 19, 2012

Drama Cinta Selebriti


Tahniah kepada Fasha Sandha yang baru sahaja berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36. 
Tahniah berganda buat Fasha kerana khabarnya telah dianalisis mengandung selepas seminggu berkahwin. Bunting pelamin katenye. Semoga Fasha dan Rizal bahagia dan ‘happily ever after’.


Apa yang kita tak mau adalah kes2 yang secara majoriti membelenggu para selebriti local mahupun global, iaitu drama yang tercetus dalam rumahtangga mereka.

Locally, kita tengok bagaimana kes Jimmy Shanley dan Nursuhaila yang mendedahkan segala drama mereka di mahkamah, menunjukkan mereka berada di ambang penceraian. Tengok pulak kes Rozita Che Wan, Nurul dan Ajai, Norman dan Abby, Yusry dan Erra, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan, Ady Putra dan banyak lagi. Dari segi jangka pendek mmg nampak mereka gembira di gerbang perkahwinan namun dari segi jangka panjang, drama sentiasa ada sebagai elemen penghuru-hara lantas berakhir dengan penceraian.






Secara global, kita lihat sajalah Ashlee Simpson, Jessica Simpson, Jennifer Aniston dan Brad Pitt, Madonna dan Guy Ritchie, Christina Aguilera, Britney Spears, Jennifer Lopez dan Marc Anthony dan banyak lagi lah.



Kalau masih lagi bercinta, tidak mengapa, namun pasangan ini bersetuju untuk menjadi satu dengan mengikat tali perkahwinan. Adakah tempoh bercinta itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengenali hati budi masing2 dan untuk mengetahui adakah dia yang The One untuk hidup semati?

Adakah populariti sebagai selebriti tidak seiring dan tak boleh bercampur dengan cinta yang tulus lagi mulus? Atau adakah kegedikan apabila popular yang menjadi penyebab krisis yang menjurus kepada pergaduhan lantas penceraian?

Ini adalah satu paparan yang tidak elok malah tidak molek kepada masyarakat penyayang yang sayangkan pemeliharaan institusi keluarga yang jitu lagi padu yang dibina dengan konkrit cinta yang teguh lagi utuh. Dan juga tidak baik untuk pembangunan belia atau orang muda yang tersalah konsep tentang cinta dan kasih sayang, yang berpotensi untuk melihat cinta ini sebagai satu mainan lantas menganggap perkahwinan sebagai salah satu alat yang boleh dicantum dan diputus sesuka hati.

Nampaknya orang2 yang popular harus menambahkan ilmu tentang cinta, dan tidak memperguna populariti mereka sebagai aset untuk meraih kegembiraan berkeluarga secara jangka masa singkat. Mereka juga harus belajar konsep keseimbangan tentang cinta dan kerja.

Semua ini boleh diperoleh dengan menjadikan pasangan popular yang masih bahagia dan terikat secara lama seperti David Beckham dan Victoria Posh sebagai rujukan dan tauladan, pembacaan buku2 yang mengajar teknik dan konsep bercinta/berpasangan yang betul, dan juga daripada hati yang bersih yang tidak dipengaruhi oleh anasir negatif untuk kepentingan diri sendiri.



Semoga kita bercinta dengan ikhlas dan bahagia selamanya. 


No comments:

Post a Comment