Wednesday, June 27, 2012

F&N n KL



Begitulah hakikat apabila kita bersahabat, pelbagai watak dan karakter akan terpapar.
Antara watak yang saya jumpa adalah F&N yang baru2 ini bersikap tidak diplomatik; telah block saya dlm Facebook.

Siapakah F&N dan mengapa perlu diulas tentang karakter yang dimiliki oleh F&N? Biarlah identiti sebenar F&N ini menjadi misteri. Saya nak ulas ttg F&N bagi kita membuat analisis tentang pelbagai jenis karakter kawan lantas membuat satu resolusi apakah jenis kawan terbaik yang kita mahukan.



Apa yang saya boleh katakan sebagai pengenalan adalah F&N tinggal di Vista Angkasa bersama-sama dengan KL. Sebenarnya saya juga nak ulas tentang KL tetapi dalam post ini saya nak utamakan F&N dan biarlah KL terkena tempiasnya. Berikut adalah analisis perangai F&N yang saya rasa bukanlah satu watak yang baik :

1. Saya pernah mengajak F&N beberapa kali lepak di Oldtown White Coffee bagi tujuan sesi sembang menyembang tetapi apa yang F&N lakukan adalah fokus dengan iPad dia. Baik tak payah lepak kalau mcm tu. Di rumah dia dah ada P1 Wimax dengan kapasiti 15GB dan kelajuan sehingga 4Mbps, jadi cukup menghairan dan mengecewakan apabila dia masih nak online dgn iPad dia tanpa menghiraukan sangat sesi gosip kami sedangkan kat rumah pun dia boleh online.

2. Dia tahu yang saya suka kan Topman. Pada suatu hari dia tahu yang Topman akan membuat promosi istimewa iaitu mengeluarkan baucer tunai sempena wajah baru store di Mid Valley dan cukup gembira dengan perkara itu. Seorang kawan yang baik akan mengkhabarkan sesuatu perkara yang kawan dia suka namun F&N tidak mengkhabarkan pun kepada saya.

3. Saya nak berpindah daripada Vista Angkasa ke Pantai Panorama. F&N tahu bahawa saya nak berpindah pada hujung minggu, dan juga tahu saya memerlukan bantuan untuk berpindah sebab bag bagasi saya banyak dan besar-besar. Namun, langsung dia tidak menolong malah langsung tidak bertanya khabar tentang proses perpindahan saya itu.

4. Ada gangguan memori pada otak F&N yang mana saya rasa hasil tekanan yang menimpa dia. Pernah pada suatu masa kami membincangkan tentang topik ‘Fetish’ dan tiba-tiba dia kata saya fetish dekat orang yang lipat kain pada waktu malam; sedangkan saya tak pernah pun membuat kenyataan itu. Satu contoh lagi, dia lupa tentang kenyataan oleh KL yg mana setiap bulan kami nak buat outing bulanan yang mana kami akan berkunjung ke restoran best. Pada bulan pertama, saya belanja mereka di The Ship Bukit Bintang, dan bulan seterusnya adalah giliran F&N dan KL. Bila saya tanya bila mereka nak anjur outing bulanan ini pada bulan berikutnya, F&N hairan dan bertanya mengapa; sedangkan ini adalah persetujuan kami bertiga. Tersangat gangguan memori pada otak dia.



5. Dia selalu mengeluarkan perkataan ‘bongok’, ‘bodo’ dan seangkatan dengannya apabila kami berkomunikasi. Penggunaan dan pemilihan perkataan ini mencerminkan sifat dalaman yang bermasalah dan penuh dengan elemen kotor. Malah, apabila giliran saya mengeluarkan perkataan2 seperti itu kepada dia, dia mcm tersentap lebih2 seolah-olah dia saja yang boleh mengeluarkan perkataan itu kpd saya, sedangkan saya tak boleh kepada dia.

6. Saya beritahu kepada KL bahawa ada surat untuk saya yang akan sampai di rumah Vista Angkasa. Sebagai housemates, KL pasti akan mengkhabarkan kepada F&N tentang perkara ini. Saya minta disegerakan pemeriksaan peti surat kerana ada dokumen penting tetapi dilengah-lengahkan oleh mereka berdua dgn alasan kunci peti surat tiada pada mereka. Saya terpaksa menunggu lebih kurang 7 hari dengan penuh kesabaran. Setelah didesak, tiba2 pulak F&N kata dah jumpa kunci dalam masa tak sampai 15 minit daripada saat saya mula mendesak. Mereka seolah-olah memberi gambaran bhw mereka tak mengambil berat sedangkan mereka tahu yg dokumen dlm peti surat itu diperlukan dan penting buat saya.



Bagi membuatkan analisis ini adil, saya akui F&N kadang2 membuatkan saya ketawa keriangan terutamanya apabila saya mendengar ketawa F&N yang melucukan. Dan, outing kami ke Mid Valley dan Suria KLCC (yang mana dia juga bawak iPad dia) juga menghiburkan yg mana kami aktif mencuci mata lantas melancarkan sesi komen-mengomen, sambil window shopping.



Begitulah hakikatnya apabila kita bersahabat, seperti mana kata klasik yang masih segar, ramai kawan yg bersama pada waktu gembira, namun hanya sedikit yang tinggal tatkala saat sukar menjelma.

Analisis di atas juga kalau kita tengok balik, saya yang sepatutnya block F&N di Facebook dan lebih terasa hati berbanding dia kerana sampai sekarang dia tak bagi sebab mengapa dia block saya di FB. 


Alangkah bagusnya kalau F&N mengambil langkah yg lebih bijak dan relevan dengan berkomunikasi dengan saya dan meluahkan apa yang dia tak puas hati. 



P/S – F&N, tolonglah potong satu helai rambut yang melingkar di bawah dagu anda. Rasa pelik dan awkward melihat sehelai janggut itu melingkar di dagu anda.  

Liputan Media di Malaysia



Kita semua mahukan keadilan.

Sebagai salah satu cara kita mengangkat amalan dan sistem nilai yang bertuntaskan demokrasi dan keadilan, media seharusnya diberi kebebasan dan tidak dikekang tanpa sebarang alasan sekalipun. Kebebasan media yang dimaksudkan semestinya adalah liputan adil bagi pihak Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat.

Liputan adil itu membawa maksud apabila sesuatu isu timbul; maka kedua-dua pihak harus diberi liputan sama rata – iaitu media membuka ruang yang sama rata antara pihak yang menuduh dan pihak yang bertanggungjawab untuk menjawab. Sebagai contoh, apabila pihak Barisan Nasional membuka sesuatu isu di media dan bertindak sebagai ‘penuduh’ , pihak Pakatan Rakyat harus diberi peluang untuk menjawab dengan liputan yang bersifat tidak memihak oleh media. Begitu juga sebaliknya apabila Pakatan Rakyat yang wajar diberi peluang membuka isu (dan juga menjadi penuduh), lalu liputan tidak memihak kepada jawapan Barisan Nasional harus diterbitkan.

Jelas bahawa liputan media yang sifatnya adil adalah apabila media itu bersikap tidak memihak.

Malangnya, Utusan Malaysia, RTM dan TV3 tidak memiliki kriteria media yang bersikap tidak memihak lantas tidak membuat liputan yang sama rata antara pihak Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat.

Berdasarkan pengolahan dan cara laporan diterbit dan disiarkan, nampak sangat pengaruh pihak Barisan Nasional dalam mencengkam media malah langsung tidak mahu memberi peluang kepada pembangkang. Tidak cukupkah RTM sebagai wakil media mereka?

Bukan sahaja laporan berita yang disiarkan diolah dengan menyebelahi pihak Barisan Nasional, malah ada kalanya pihak Pakatan Rakyat langsung tidak diberi peluang untuk menjawab sesuatu isu berbangkit.

Mujurlah ada media alternatif terutamanya di internet seperti Malaysia Kini yang lebih adil dalam membuat liputan walhal sepatutnya semua media di Malaysia dibiarkan bebas tanpa sebarang pengaruh oleh mana-mana pihak.

Saya cadangkan, bagi mengesahkan apa yang saya nyatakan adalah sahih, luangkan lah masa anda membaca Malaysia Kini dan Utusan Malaysia, tontonlah berita di RTM dan TV3 dan buatlah analisis serta perbandingan yang perlu.

Dan dari situ, bagi mengangkat demokrasi bertunjangkan sistem nilai yang positif dan adil, renungkanlah samada kita masih mahu menyokong Utusan Malaysia, RTM dan TV3. 




Air Asia's Haters



Mengapa mereka perlu mengutuk AirAsia yang banyak menyumbang bakti kepada Malaysia? AirAsia telah berjaya menjadi syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia berkali-kali, memberi peluang perkerjaan kepada ribuan rakyat Malaysia dan paling membanggakan, diusahakan oleh Malaysian, Tan Sri Tony Fernandes dan kawan-kawan.



Tindakan ahli Parlimen menuduh AirAsia tak bayar caj lapangan terbang dan laporan Utusan Malaysia yang menggambarkan sisi negatif AirAsia yang tak mahu berpindah ke KLIA2; adalah 2 perkara yang tidak adil jika dibandingkan dengan sumbangan besar AirAsia kepada negara dan rakyat. Malah ada cadangan untuk mewujudkan pesaing baru buat AirAsia atas alasan mengelakkan AirAsia memonopoli penerbangan tambang murah.

Ironinya, tindakan AirAsia hanya lah tidak lebih daripada menegakkan hak mereka, jadi mereka berhak melakukan tindakan itu. Isu tak bayar yuran lapangan terbang misalnya, adalah disebabkan invois yang diberikan oleh pihak lapangan terbang adalah salah dan perlu diperbetulkan. Pemindahan ke KLIA2 juga sebenarnya dalam proses pertimbangan melihat kepada faktor keselamatan dan yuran lapangan terbang yg berpatutan. Juga, tidak cukup kah Fireflyz dalam menyeimbangkan penguasaan AirAsia? Justeru, salah kah tindakan AirAsia menegakkan hak?

Situasi ini menggambarkan ada pihak yang tidak mahu melihat AirAsia sebagai sebuah syarikat swasta yang bebas daripada pegangan kerajaan daripada terus maju dan mengutuk demi kepentingan kroni mereka.
Pihak yang mengutuk ini tidak patut menyalahkan AirAsia sedangkan mereka tidak membuat kaedah rundingan awal sebaliknya lebih suka memaksa untuk mengikut telunjuk mereka semata-mata; menafikan konsep kepentingan bersama dan kebebasan hak secara adil.

Sebab itulah Tan Sri Tony Fernandes lebih suka memindahkan AirAsia ke Indonesia kerana pihak di seberang sana lebih berkefahaman.

Saya suka reaksi Tony berkaitan situasi Air Asia yang dikutuk dan dituduh : “AirAsia adalah sebuah syarikat yang positif dan kami mahu tumpukan pada perkara yang positif sahaja”.



Juga, tahniah kepada CEO AirAsia baru, Aireen Omar. Semoga AirAsia terus manzap dalam memberikan perkhidmatan tambang murah terbaik kepada masyarakat dan promosi tempat duduk percuma setiap tahun.


Wednesday, June 13, 2012

The Top Things of Rite Now 7



1. Rafael Nadal

Sememangnya Rafael Nadal harus mendapat prioriti kali nie kerana telah menang dalam Grand Slam French Open; mengalahkan Novak Djokovic sekaligus menghancurkan harapan Djokovic untuk mencipta rentetan rekod 4 Grand Slam berturut-turut. Sebaliknya, Rafa mencipta rekod baru dengan memenangi French Open sebanyak 7 kali. Sememangnya dia adalah seorang legenda di usia muda namun masih perlu menandingi rekod Roger Federer yang memenangi 16 Grand Slam.



2. Snow White & The Huntsman

Setelah puas berdrama dalam Twilight, kini Kristen Stewart berdrama sebagai Snow White pulak yang telak direboot dalam versi baru. Teringin sangat nak tengok filem nie kat pawagam berdekatan namun masih lagi tidak tercapai hasrat untuk melakukannya. Prestasi di box office juga adalah agak OK dengan kutipan setakat ini di pawagam adalah USD182 juta seluruh dunia.

3. Doktor Umum

Nafsu membaca SS semakin menjadi-jadi lantas Doktor Umum menjadi mangsa kerakusan nafsu yang semakin membuak-buak lantas setiap topik yang terkandung disantap dengan penuh nikmat. Syiman telah berjaya menghabiskan baca buku nie dalam masa 14 hari sahaja; satu kejayaan yang agak membanggakan memandangkan muka surat buku ini adalah hampir 1000 helai. Sangat dicadangkan untuk pembacaan setiap insan di Malaysia.

4. Nazmi Faiz Mansor

Tetiber sajer Nazmi Faiz nie semakin popular memandangkan dia dah berjaya diikat oleh kelab Portugis; Beira-Mar selama 3 tahun. Semoga Nazmi Faiz semakin mantap di sana dan membawa kejayaan yang lebih bermakna apabila kembali semula ke Malaysia.
 








5. Anwar Ibrahim

Saya sangat suka dengan cara Anwar Ibrahim berkempen kerana beliau bijak memilih isu2 yang menjadi perkara penting oleh masyarakat. Malah, setiap apa yang dicadangkan datang dengan hujah yang bermutu. Isu pemansuhan PTPTN dan penurunan harga minyak adalah isu hangat terkini yang menjadi modal utama buat masa ini. Adakah modal ini akan membuahkan hasil pada PRU ke 13? Semoga. Dan juga, semoga Dato Seri Anwar juga tabah, sabar dan tenang dalam menghadapi semua asakan yang berunsur peribadi oleh musuh2 politik beliau.




6. Khairy Jamaludin

YB Khairy semakin mencapub sejak dua menjak ini. Faktor suka berdebat banyak menyumbang kepada populariti Khairy yang semakin tinggi sedikit. Syiman baru je lepas tengok video debat antara YB Khairy dengan Rafizi; Pengarah Strategik PKR and I gotta say, this time Rafizi menang.







7. Fernando Torres

Cakap pasal mencapub, Fernando Torres pun sejak dua menjak nie, Syiman dapati semakin popular. So, kena lah ada dalam my Top 10. Hehe.




8. Kim Clijster

Kim akan mengikut jejak langkah Justine Henin untuk bersara selepas Grand Slam US Open. Salah seorang wanita yang cukup dihormati dalam tennis, maka adalah satu kehilangan yang besar di gelanggang tenis apabila Kim Clijster bersara nanti.




9. Dark Shadow

Filem nie jugak menjadi satu wayang yang sangat Syiman nak tengok namun masih tidak berkesempatan. Mungkin kalau ada masa yang sesuai maka akan tengok jugak.

10. MDNA Tour

Madonna sangat suka membuat kontroversi. Dedah benda yang tak sepatutnya didedah kepada umum, nyanyi lagu Born This Way bersama dengan Express Yourself, dan mengutuk ahli politik. Walaupun apa pun yang dia lakukan, MDNA Tour terbukti satu konsert yang menhiburkan menurut para pengkritik dan pemerhati.




Sunday, June 10, 2012

Politikus Non-Matang


Secara kasar kita boleh melihat bahawa pengamal politik ataupun politikus di Malaysia cenderung kepada pengamalan politik yang tidak matang. 

Melihat kepada penggunaan media arus perdana dan media alternatif dan pengisiannya untuk dipaparkan kepada masyarakat; fokusnya adalah menjurus kepada saling hentam-menghentam. Media arus perdana hentam peribadi pemimpin pembangkang. Media pro-pembangkang juga asyik2 nak menghentam peribadi pemimpin kerajaan.

Maka hasilnya yang menjadi topik hangat dalam politik Malaysia adalah tentang apa yang dilakukan oleh Rosmah, video Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, kes skandal Shamsidar dengan Wan Azizah, kenyataan2 dan pendedahan oleh Ummi Hafilda, penubuhan NGO yang dikenali sebagai TIBAI, ulasan tentang peribadi Ambiga, dan banyak lagi lah.

Budaya oleh wakil rakyat ini seolah2 ingin mengajar masyarakat terutama generasi belia supaya mengamalkan cara kata-mengata, umpat-mengumpat, fitnah-menfitnah dan kutuk mengutuk untuk mendapat apa yang diingini. 

Cara media arus perdana mengolah sesuatu isu sangat mengecewakan, malah seakan-akan tidak belajar tentang kesilapan masa lepas yang mana mengagung-agungkan potensi kemenangan kerajaan sedangkan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-12. 

Media arus perdana seharusnya memberi penjelasan dan analisis lengkap lagi konsisten tentang keburukan demonstrasi jalanan dan boleh juga menyertakan contoh demonstrasi jalanan yang tidak tercapai motif seperti di negara2 lain jika tidak bersetuju dengan Bersih 3.0 dan Ambiga. Nyatakan sebab paling bernas lagi tuntas mengapa Bersih 3.0 tidak perlu dan apakah alternatif yang ada. Semua ini tak dihurai oleh jelas malah asyik2 nak mengutuk peribadi Ambiga, nak mengutuk Majlis Peguam secara personal, nak mengutuk peribadi Anwar, dan nak mengutuk mcm2 lah, secara personal. 

 Media arus perdana dan juga media pro-pembangkang  adalah satu saluran untuk rakyat mengetahui sejauh mana kita dalam landasan untuk menjadi negara maju. Adakah dengan memberi fokus kepada kes-kes peribadi individu-individu akan membawa kita kepada keadaan lebih baik? Di mana fokus kita untuk memperbaharui dan menjadikan Malaysia melalui arus transformasi? 

Fokus harus terletak pada apa perkembangan projek kerajaan berkaitan pembaikan pengangkutan awam, usaha dan cara untuk membangunkan ekonomi, bagaimana menangani pengangguran dalam kalangan siswazah, bagaimana menambahbaik kedudukan Malaysia dalam Transparency International berkaitan rasuah yg saban tahun semakin teruk, apa yang kita boleh lakukan untuk menambah baik kedudukan universiti2 tempatan di persada dunia yg juga saban tahun semakin teruk dan banyak lagi isu2 pembangunan sosial yang lain. 

Mungkin ada fokus berkaitan membantu orang2 susah dan miskin, namun di mana letaknya fokus kepada golongan yang ‘middle income’ untuk membangunkan ekonomi negara? 

Fokus politikus telah menyimpang dek kerana kuasa dan wang. Mereka ghairah untuk kata-mengata hanya kerana ingin mengekal dan merampas tampuk kuasa. Sikap tidak matang politikus ini telah mengheret media juga menjadi tidak matang dalam mengolah isu yang berlaku. Malah lebih buruk, mengheret lapisan masyarakat termasuk mahasiswa bertindak secara tidak matang. Jadi, jangan salahkan mahasiswa yang turut serta dalam demonstrasi anti-PTPTN dan Bersih 3.0, sebaliknya tengoklah cermin dan menganalisis kembali apa yang dilakukan oleh diri sendiri.

Ada satu cahaya yang boleh menyinari kegelapan ini, iaitu generasi politikus baru dengan parti politik baru ataupun paling tidak penjenamaan baru; yang mengguna media baru. Bilakah sinarnya akan tampak menyinar?

Syiman Syareman's Most Gorgeous Guys 2012


Pada bulan lepas Syiman telah senaraikan siapa wanita tercantik 2012. Maka, tidak adillah jika pada bulan ini tidak disenaraikan siapa lelaki paling handsome 2012. Awal2 lagi Syiman nak mintak maaf kepada Justin Bieber yang tidak tersenarai sebab dia bukan dalam kategori handsome. Malah juga kepada jejaka Malaysia, jangan lah sedih, sekurang-kurangnya ada seorang yang mampu berada dalam senarai. Enjoy ur eyes, girls!

Andrew Garfield

The Amazing Spiderman; reboot kepada Spiderman baru yang mana akan memaparkan Andrew Garfield sebagai labah-labah jantan dalam bentuk manusia yang baru, bakal menginjak populariti Andrew Garfield ke darjah lebih tinggi. Suka tengok Andrew berlakon dalam The Social Network. Dia nampak mcm nerd yang hot. Hehe.



Baptiste Giabiconi

Menjadi muse kepada jurukamera professional yang popular, Karl Lagerfeld; yg menggangap Baptiste sebagai Gisele Bundchen versi lelaki, amatlah bertuahlah kepada Baptiste Giabiconi sebab sentiasa terdedah kepada gambar2 yang menarik malah menimbulkan kontroversi, termasuk gambar dia berbogel sambil memakai kasut tumit tinggi bagi tujuan androgyny ilham Karl Lagerfeld, mengundang perhatian drpd pihak media. Noami Campbell pun memuji Baptiste sebagai model yang sangat sempurna malah flawless katenye.







Chris Pine

Dah tengok Star Trek? Dah tgk This Means War? Chris Pine adalah seorang bintang Hollywood yang bakal menyinar lebih cerah dengan adanya pakej lengkap – mata biru, romantik, cute, handsome, baik dan sentiasa memaparkan imej boy next door. 



Francisco Lachowski

Just look to his eyes and you will be in love and adore him. Kan? Seorang model berprofil tinggi. 






James Franco

Susunan gigi dia sexy. Dan walaupun tidak berimej sexy, dia sentiasa sexy. 





Zac Efron

Sapa yang tak kenal Zac Efron sebagai bintang High School Musical yang pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan remaja. Then, membintangi banyak filem yang menarik perhatian seperti Hairspray, 17 Again dan New Year’s Eve, nampaknya Zac Efron akan sentiasa memeriahkan Hollywood dalam jangka masa yang lama. Diiktiraf oleh majalah People sebagai orang kedua selepas Jennifer Lopez dalam senarai Most Beautiful People. 






Remy Ishak

Okay. Remy Ishak adalah satu-satunya lelaki Melayu yang ada dalam senarai nie. Sebab apa? Sebab dia sorang saja yang layak. Hehe. Tengoklah bagaimana sikap, cara pembawakan dan tidak dilupakan, just look at his gorgeous face and sweet smile. Semoga dia terus membintangi filem2 yang berkualiti tinggi untuk menambah baik profil lakonan. Oh yea, lagi satu, cool kan Remy dalam iklan Dashing? Semoga filem terbaru Remy, something berbunyi Jiwa Taiko akan meletup di pawagam.






Leonardo DiCaprio

Seorang pengarah, penerbit, pelakon malah aktivis yang bermula daripada filem Titanic dan Romeo & Juliet yang menampilkan Leonardo sebagai sweet, romantik dan nice. Martin Scorcese pun sedar tentang bakat, karisma dan persona yang ada pada Leonardo sehingga menjadikan Leo sebagai muse yang memantapkan filem arahan Martin. Juga, pernah menjadi pelakon filem arahan Steven Spielberg, Christopher Nolan dan terkini, Quentin Tarantino yang mana menunjukkan Leonardo sentiasa menjadi dambaan bukan sahaja para peminat, malah para pengarah filem terkemuka Hollywood. 



Andre Boleyn

Tak leh nak komen banyak2 tentang Andre Boyleyn cuma dia memang layak berada dalam senarai tahun nie. 


Christiano Ronaldo

Panggillah dia apa pun. Perogol? Playboy? Pencabul? Panggillah semua ‘P’ nie kepada dia namun tidak dapat dinafikan aksi dia di padang bola adalah sangat mantap dengan pelbagai rekod telah dicipta dan dipecah. Tengoklah saja fashion sense yang dimiliki, cara pembawakan, cara dia menghadapi media, menunjukkan dia bukanlah amateur, dan itulah yang paling sexy oleh seorang bintang bola sepak yang sangat mantap. Suka tengok dia main.






Thursday, June 7, 2012

Book as Best Friend




Semestinya kita mahukan ‘a friend that will never judge’, yang tidak pernah nak berdengki dan melakukan perkara2 negatif daripada hasad dengki dia, tak pernah nak melabel kita, sentiasa bersama kita, dan yang paling penting, memberi manfaat kepada kita untuk mendapat kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan di dunia malah di akhirat.



Bagi memenuhi tuntutan tersebut, buku adalah yang paling layak dan ideal untuk menjadi sahabat paling karib yang kita perlu ada.

Saya di sini bercakap tentang buku ye, bukan majalah ataupun bahan bacaan ringan yang lain. Saya tak sukalah ringan-ringan nie. Saya suka berat-berat.

Melalui pembacaan kita akan mendapat ilmu baru, malah emosi dan keadaan kita akan menjadi lebih stabil dan baik. Kita tak perlu risau untuk dikhianati, dibenci dan dirosak kerana kita lah yang mencorak dan mengawal sesuatu input daripada buku. Masa senggang kita juga tak diisi dengan bisikan syaitan dalam kalangan manusia dan jin yang sentiasa bertiup2 ke telinga kita tatkata kita alpa dan cuai.

Tengok watak dalam Harry Potter iaitu antara Harry, Ron dan Hermione. Siapakah yang paling rasional, paling membantu dalam menyelesaikan masalah dan paling stabil keadaannya berbanding semua? Semestinya Hermione; atas sebab dia adalah seorang yang sangat suka membaca. Ini adalah watak fiksyen yang dicipta oleh JK Rowling, yang menyumbang kepada peningkatan minat membaca dalam kalangan remaja.



Bagi kategori non-fiksyen sebagai tauladan pulak, kita lihat sahaja dalam kalangan tokoh pemimpin di Malaysia. Siapakah yang paling legend dan tersohor walaupun penuh dengan kontroversi jika tidak Tun Dr. Mahathir Mohamad yang begitu minat membaca sehingga menjadi ikon membaca nasional. Ilmu yang diperoleh Tun digunakan untuk membangunkan Malaysia melalui pembangunan dasar mapan lagi mantap malah untuk menghentam balik musuh2 termasuk politikus dan orang Eropah melalui hujah yang bernas lagi tuntas.

Saya sekarang dalam proses untuk menghabiskan buku Awaken Giant Within, Jangan Bersedih dan Doktor Umum. Saya berasa lebih gembira dan tidak pernah merasa lebih tenang dan stabil berbanding kalau saya biarkan hari-hari yang saya lalui tanpa membaca. Malah, ilmu yang saya dapat nanti boleh digunakan untuk kemantapan dan kepuasan diri sendiri.





Tak kisah lah samada buku itu adalah berkaitan pembelajaran tentang gitar, tentang bagaimana bertutur dlm bahasa Mandarin, buku motivasi, sirah Nabi s.a.w, biografi tokoh-tokoh pemimpin, bagaimana nak berdiet dan turunkan berat badan, malah novel2 popular dan berkualiti tinggi; marilah membaca.

Memetik kata2 daripada Alice Hoffman, ‘Books may well be the only true magic’.