Wednesday, June 27, 2012

Air Asia's Haters



Mengapa mereka perlu mengutuk AirAsia yang banyak menyumbang bakti kepada Malaysia? AirAsia telah berjaya menjadi syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia berkali-kali, memberi peluang perkerjaan kepada ribuan rakyat Malaysia dan paling membanggakan, diusahakan oleh Malaysian, Tan Sri Tony Fernandes dan kawan-kawan.



Tindakan ahli Parlimen menuduh AirAsia tak bayar caj lapangan terbang dan laporan Utusan Malaysia yang menggambarkan sisi negatif AirAsia yang tak mahu berpindah ke KLIA2; adalah 2 perkara yang tidak adil jika dibandingkan dengan sumbangan besar AirAsia kepada negara dan rakyat. Malah ada cadangan untuk mewujudkan pesaing baru buat AirAsia atas alasan mengelakkan AirAsia memonopoli penerbangan tambang murah.

Ironinya, tindakan AirAsia hanya lah tidak lebih daripada menegakkan hak mereka, jadi mereka berhak melakukan tindakan itu. Isu tak bayar yuran lapangan terbang misalnya, adalah disebabkan invois yang diberikan oleh pihak lapangan terbang adalah salah dan perlu diperbetulkan. Pemindahan ke KLIA2 juga sebenarnya dalam proses pertimbangan melihat kepada faktor keselamatan dan yuran lapangan terbang yg berpatutan. Juga, tidak cukup kah Fireflyz dalam menyeimbangkan penguasaan AirAsia? Justeru, salah kah tindakan AirAsia menegakkan hak?

Situasi ini menggambarkan ada pihak yang tidak mahu melihat AirAsia sebagai sebuah syarikat swasta yang bebas daripada pegangan kerajaan daripada terus maju dan mengutuk demi kepentingan kroni mereka.
Pihak yang mengutuk ini tidak patut menyalahkan AirAsia sedangkan mereka tidak membuat kaedah rundingan awal sebaliknya lebih suka memaksa untuk mengikut telunjuk mereka semata-mata; menafikan konsep kepentingan bersama dan kebebasan hak secara adil.

Sebab itulah Tan Sri Tony Fernandes lebih suka memindahkan AirAsia ke Indonesia kerana pihak di seberang sana lebih berkefahaman.

Saya suka reaksi Tony berkaitan situasi Air Asia yang dikutuk dan dituduh : “AirAsia adalah sebuah syarikat yang positif dan kami mahu tumpukan pada perkara yang positif sahaja”.



Juga, tahniah kepada CEO AirAsia baru, Aireen Omar. Semoga AirAsia terus manzap dalam memberikan perkhidmatan tambang murah terbaik kepada masyarakat dan promosi tempat duduk percuma setiap tahun.


2 comments:

  1. yup...berkhidmat kepada masyarakat dengan memudahkan dan memunaikan hajat mereka..kan uolllssssss

    ReplyDelete
  2. memberi bantuan dengan ikhlas dan tidak sesekali menyusulkannya dengan perasaan negatif. :)

    ReplyDelete