Thursday, June 7, 2012

Book as Best Friend




Semestinya kita mahukan ‘a friend that will never judge’, yang tidak pernah nak berdengki dan melakukan perkara2 negatif daripada hasad dengki dia, tak pernah nak melabel kita, sentiasa bersama kita, dan yang paling penting, memberi manfaat kepada kita untuk mendapat kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan di dunia malah di akhirat.



Bagi memenuhi tuntutan tersebut, buku adalah yang paling layak dan ideal untuk menjadi sahabat paling karib yang kita perlu ada.

Saya di sini bercakap tentang buku ye, bukan majalah ataupun bahan bacaan ringan yang lain. Saya tak sukalah ringan-ringan nie. Saya suka berat-berat.

Melalui pembacaan kita akan mendapat ilmu baru, malah emosi dan keadaan kita akan menjadi lebih stabil dan baik. Kita tak perlu risau untuk dikhianati, dibenci dan dirosak kerana kita lah yang mencorak dan mengawal sesuatu input daripada buku. Masa senggang kita juga tak diisi dengan bisikan syaitan dalam kalangan manusia dan jin yang sentiasa bertiup2 ke telinga kita tatkata kita alpa dan cuai.

Tengok watak dalam Harry Potter iaitu antara Harry, Ron dan Hermione. Siapakah yang paling rasional, paling membantu dalam menyelesaikan masalah dan paling stabil keadaannya berbanding semua? Semestinya Hermione; atas sebab dia adalah seorang yang sangat suka membaca. Ini adalah watak fiksyen yang dicipta oleh JK Rowling, yang menyumbang kepada peningkatan minat membaca dalam kalangan remaja.



Bagi kategori non-fiksyen sebagai tauladan pulak, kita lihat sahaja dalam kalangan tokoh pemimpin di Malaysia. Siapakah yang paling legend dan tersohor walaupun penuh dengan kontroversi jika tidak Tun Dr. Mahathir Mohamad yang begitu minat membaca sehingga menjadi ikon membaca nasional. Ilmu yang diperoleh Tun digunakan untuk membangunkan Malaysia melalui pembangunan dasar mapan lagi mantap malah untuk menghentam balik musuh2 termasuk politikus dan orang Eropah melalui hujah yang bernas lagi tuntas.

Saya sekarang dalam proses untuk menghabiskan buku Awaken Giant Within, Jangan Bersedih dan Doktor Umum. Saya berasa lebih gembira dan tidak pernah merasa lebih tenang dan stabil berbanding kalau saya biarkan hari-hari yang saya lalui tanpa membaca. Malah, ilmu yang saya dapat nanti boleh digunakan untuk kemantapan dan kepuasan diri sendiri.





Tak kisah lah samada buku itu adalah berkaitan pembelajaran tentang gitar, tentang bagaimana bertutur dlm bahasa Mandarin, buku motivasi, sirah Nabi s.a.w, biografi tokoh-tokoh pemimpin, bagaimana nak berdiet dan turunkan berat badan, malah novel2 popular dan berkualiti tinggi; marilah membaca.

Memetik kata2 daripada Alice Hoffman, ‘Books may well be the only true magic’.

No comments:

Post a Comment