Wednesday, June 27, 2012

F&N n KL



Begitulah hakikat apabila kita bersahabat, pelbagai watak dan karakter akan terpapar.
Antara watak yang saya jumpa adalah F&N yang baru2 ini bersikap tidak diplomatik; telah block saya dlm Facebook.

Siapakah F&N dan mengapa perlu diulas tentang karakter yang dimiliki oleh F&N? Biarlah identiti sebenar F&N ini menjadi misteri. Saya nak ulas ttg F&N bagi kita membuat analisis tentang pelbagai jenis karakter kawan lantas membuat satu resolusi apakah jenis kawan terbaik yang kita mahukan.



Apa yang saya boleh katakan sebagai pengenalan adalah F&N tinggal di Vista Angkasa bersama-sama dengan KL. Sebenarnya saya juga nak ulas tentang KL tetapi dalam post ini saya nak utamakan F&N dan biarlah KL terkena tempiasnya. Berikut adalah analisis perangai F&N yang saya rasa bukanlah satu watak yang baik :

1. Saya pernah mengajak F&N beberapa kali lepak di Oldtown White Coffee bagi tujuan sesi sembang menyembang tetapi apa yang F&N lakukan adalah fokus dengan iPad dia. Baik tak payah lepak kalau mcm tu. Di rumah dia dah ada P1 Wimax dengan kapasiti 15GB dan kelajuan sehingga 4Mbps, jadi cukup menghairan dan mengecewakan apabila dia masih nak online dgn iPad dia tanpa menghiraukan sangat sesi gosip kami sedangkan kat rumah pun dia boleh online.

2. Dia tahu yang saya suka kan Topman. Pada suatu hari dia tahu yang Topman akan membuat promosi istimewa iaitu mengeluarkan baucer tunai sempena wajah baru store di Mid Valley dan cukup gembira dengan perkara itu. Seorang kawan yang baik akan mengkhabarkan sesuatu perkara yang kawan dia suka namun F&N tidak mengkhabarkan pun kepada saya.

3. Saya nak berpindah daripada Vista Angkasa ke Pantai Panorama. F&N tahu bahawa saya nak berpindah pada hujung minggu, dan juga tahu saya memerlukan bantuan untuk berpindah sebab bag bagasi saya banyak dan besar-besar. Namun, langsung dia tidak menolong malah langsung tidak bertanya khabar tentang proses perpindahan saya itu.

4. Ada gangguan memori pada otak F&N yang mana saya rasa hasil tekanan yang menimpa dia. Pernah pada suatu masa kami membincangkan tentang topik ‘Fetish’ dan tiba-tiba dia kata saya fetish dekat orang yang lipat kain pada waktu malam; sedangkan saya tak pernah pun membuat kenyataan itu. Satu contoh lagi, dia lupa tentang kenyataan oleh KL yg mana setiap bulan kami nak buat outing bulanan yang mana kami akan berkunjung ke restoran best. Pada bulan pertama, saya belanja mereka di The Ship Bukit Bintang, dan bulan seterusnya adalah giliran F&N dan KL. Bila saya tanya bila mereka nak anjur outing bulanan ini pada bulan berikutnya, F&N hairan dan bertanya mengapa; sedangkan ini adalah persetujuan kami bertiga. Tersangat gangguan memori pada otak dia.



5. Dia selalu mengeluarkan perkataan ‘bongok’, ‘bodo’ dan seangkatan dengannya apabila kami berkomunikasi. Penggunaan dan pemilihan perkataan ini mencerminkan sifat dalaman yang bermasalah dan penuh dengan elemen kotor. Malah, apabila giliran saya mengeluarkan perkataan2 seperti itu kepada dia, dia mcm tersentap lebih2 seolah-olah dia saja yang boleh mengeluarkan perkataan itu kpd saya, sedangkan saya tak boleh kepada dia.

6. Saya beritahu kepada KL bahawa ada surat untuk saya yang akan sampai di rumah Vista Angkasa. Sebagai housemates, KL pasti akan mengkhabarkan kepada F&N tentang perkara ini. Saya minta disegerakan pemeriksaan peti surat kerana ada dokumen penting tetapi dilengah-lengahkan oleh mereka berdua dgn alasan kunci peti surat tiada pada mereka. Saya terpaksa menunggu lebih kurang 7 hari dengan penuh kesabaran. Setelah didesak, tiba2 pulak F&N kata dah jumpa kunci dalam masa tak sampai 15 minit daripada saat saya mula mendesak. Mereka seolah-olah memberi gambaran bhw mereka tak mengambil berat sedangkan mereka tahu yg dokumen dlm peti surat itu diperlukan dan penting buat saya.



Bagi membuatkan analisis ini adil, saya akui F&N kadang2 membuatkan saya ketawa keriangan terutamanya apabila saya mendengar ketawa F&N yang melucukan. Dan, outing kami ke Mid Valley dan Suria KLCC (yang mana dia juga bawak iPad dia) juga menghiburkan yg mana kami aktif mencuci mata lantas melancarkan sesi komen-mengomen, sambil window shopping.



Begitulah hakikatnya apabila kita bersahabat, seperti mana kata klasik yang masih segar, ramai kawan yg bersama pada waktu gembira, namun hanya sedikit yang tinggal tatkala saat sukar menjelma.

Analisis di atas juga kalau kita tengok balik, saya yang sepatutnya block F&N di Facebook dan lebih terasa hati berbanding dia kerana sampai sekarang dia tak bagi sebab mengapa dia block saya di FB. 


Alangkah bagusnya kalau F&N mengambil langkah yg lebih bijak dan relevan dengan berkomunikasi dengan saya dan meluahkan apa yang dia tak puas hati. 



P/S – F&N, tolonglah potong satu helai rambut yang melingkar di bawah dagu anda. Rasa pelik dan awkward melihat sehelai janggut itu melingkar di dagu anda.  

8 comments:

  1. sgt menarik ulasan yg anda berikn, xnak cite ckt psl KL ker? nak tau jugak die jenis org mcm mana kan...cite la... :)

    ReplyDelete
  2. nak bercerita tapi orang yg negatif yang masih lagi tebal negativiti die nampak mcm tak reti nak ambil iktibar. n, at least KL x block ak kat FB.

    ReplyDelete
  3. Jagan salah sangka, saya bukan F&N dan bukan juga watak dalam mana-mana sketsa kehidupan anda.Saya cuma ingin memberi pendapat bahawa pernahkah anda terfikir apa yang ada di dalam diri anda yg membuatkan rakan-rakan di sekeliling anda berasa kurang senang dengan sikap anda. Saya tidak mengatakan bahawa anda mempunyai reputasi yang buruk tetapi pernahkah anda berfikir sejenak. Apa yang menyebabkan rakan-rakan anda melakukan perlakuan sebegitu rupa. Jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. Itulah peribahasa yang ingin saya gambarkan dalam situasi ini. Ambil ini sebagai satu iktibar dalam menjalani kehidupan anda. Muhasabah diri dalam membuat keputusan. Mungkin anda berada dipihak yang benar dan mungkin juga anda berada dipihak yang salah. Saya tidak boleh menjadi juri terhadap tindakan yang anda lakukan kerana anda adalah sang pencerita dan anda mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat anda tetapi saya boleh menjadi sang pemerhati, dimana setiap tindak tanduk anda itu mengambarkan diri anda yang sebenar. Bak kata pepatah melayu, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah peribahasa ini. Berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Sekian pandangan dari saya.

    ReplyDelete
  4. Saya tak pernah cakap yg anda adalah F&N, jadi andalah yg jgn salah fhm.

    Beginilah. Mungkin anda tak faham sangat konsep persahabatan atau cara berkawan style anda tetapi for me, salah satu ciri yang ada pada kawan adalah konsep penerimaan n ini termasuklah penerimaan kepada sikap kawan baik kita. Kalau dia tak puas hati, dia suarakan; bukan dengan melakukan perkara2 yg seperti saya nyatakan di post.

    Anda juga harus pandai membezakan kawan biasa dengan kawan baik.

    Kalau nak perhati, perhatilah. Tak kisah. Whatever. Yang penting, kalau u rasa ada something wrong yang u tak suka, maka u voice it out. Jangan simpan dalam hati sampai jadi nanah lantas berlakulah kecenderungan untuk buat khianat kat kawan baik sendiri.

    Inilah yang sy buat, bila saya x suka, sy voice it out. Dan dari sini lah F&N kene jawab dan penilaian oleh pemerhati seperti anda untuk menilai akan lebih berada di dalam timbang tara yang lebih adil.

    ReplyDelete
  5. syiman..u cantek! hahaha

    ReplyDelete
  6. cantek sgt...xde org leh lwn uolz... :)
    curlazz kenn...

    ReplyDelete
  7. http://syimansyareman.blogspot.com/2012/08/cantique.html. Baca nie. hehe

    ReplyDelete