Wednesday, June 27, 2012

Liputan Media di Malaysia



Kita semua mahukan keadilan.

Sebagai salah satu cara kita mengangkat amalan dan sistem nilai yang bertuntaskan demokrasi dan keadilan, media seharusnya diberi kebebasan dan tidak dikekang tanpa sebarang alasan sekalipun. Kebebasan media yang dimaksudkan semestinya adalah liputan adil bagi pihak Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat.

Liputan adil itu membawa maksud apabila sesuatu isu timbul; maka kedua-dua pihak harus diberi liputan sama rata – iaitu media membuka ruang yang sama rata antara pihak yang menuduh dan pihak yang bertanggungjawab untuk menjawab. Sebagai contoh, apabila pihak Barisan Nasional membuka sesuatu isu di media dan bertindak sebagai ‘penuduh’ , pihak Pakatan Rakyat harus diberi peluang untuk menjawab dengan liputan yang bersifat tidak memihak oleh media. Begitu juga sebaliknya apabila Pakatan Rakyat yang wajar diberi peluang membuka isu (dan juga menjadi penuduh), lalu liputan tidak memihak kepada jawapan Barisan Nasional harus diterbitkan.

Jelas bahawa liputan media yang sifatnya adil adalah apabila media itu bersikap tidak memihak.

Malangnya, Utusan Malaysia, RTM dan TV3 tidak memiliki kriteria media yang bersikap tidak memihak lantas tidak membuat liputan yang sama rata antara pihak Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat.

Berdasarkan pengolahan dan cara laporan diterbit dan disiarkan, nampak sangat pengaruh pihak Barisan Nasional dalam mencengkam media malah langsung tidak mahu memberi peluang kepada pembangkang. Tidak cukupkah RTM sebagai wakil media mereka?

Bukan sahaja laporan berita yang disiarkan diolah dengan menyebelahi pihak Barisan Nasional, malah ada kalanya pihak Pakatan Rakyat langsung tidak diberi peluang untuk menjawab sesuatu isu berbangkit.

Mujurlah ada media alternatif terutamanya di internet seperti Malaysia Kini yang lebih adil dalam membuat liputan walhal sepatutnya semua media di Malaysia dibiarkan bebas tanpa sebarang pengaruh oleh mana-mana pihak.

Saya cadangkan, bagi mengesahkan apa yang saya nyatakan adalah sahih, luangkan lah masa anda membaca Malaysia Kini dan Utusan Malaysia, tontonlah berita di RTM dan TV3 dan buatlah analisis serta perbandingan yang perlu.

Dan dari situ, bagi mengangkat demokrasi bertunjangkan sistem nilai yang positif dan adil, renungkanlah samada kita masih mahu menyokong Utusan Malaysia, RTM dan TV3. 




2 comments:

  1. haruslah kite tidak menghebah-hebahkan keaiban orang lain dan sentiasa menginsafi serta memuhasabah diri dengan melakukan penilaian kendiri........
    kite adalah manusia biasa, jadi tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan...
    the moral here: apa yang baik kita jadikan tauladan, mana yang buruk dijadikan sempadan.....

    ReplyDelete
  2. katalah apa2 pun namun anda tak boleh nak nafi bahawa apa yang dinyatakan adalah benar, dan kita boleh ambil moral of the story from there.

    ReplyDelete