Thursday, June 7, 2012

Penagih Facebook


Pertama-tamanya, saya nak mengucapkan tahniah kepada Mark Zukerberg kerana baru2 ini melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis cantik berambut hitam dan beriras Asian yang agak cantik.



Dan juga tahniah berganda kerana Mark mengambil keputusan untuk menyenaraikan Facebook untuk bersaing di dalam mainan saham. Walaupun bermula dengan agak buruk, namun semestinya Mark akan tampil dengan anjakan paradigma seperti biasa.

Kredit harus diberi kepada betapa geniusnya Mark Zuckerberg sebagai jurutera Facebook, laman sosial yang mencipta transformasi dan revolusi dalam social networking. Namun Mark tidak boleh lari daripada tanggungjawab untuk menjawab isu ketagihan Facebook yang semakin menjadi-jadi dan begitu membimbangkan.

Facebook adalah seperti magnet kepada golongan muda yang melihat FB sebagai satu medium untuk meraih populariti pantas dan escapism untuk melarikan diri daripada pelbagai masalah hidup.




Seperti penagih rokok yang menghilangkan rasa tak senang atau gian dengan menghisap sebanyak mungkin rokok malah boleh menghabiskan 20 batang rokok sehari, begitu lah juga dengan penagih Facebook yang kalau boleh nak online sehingga 20 jam sehari di Facebook. 


Ada apa dengan FB? Di sebalik pelbagai inovasi yang sentiasa diperbaharui untuk menarik perhatian seperti butang Likes, dasar privasi dan timeline, FB sebenarnya hanya menawarkan para ahli untuk mengembangkan populariti kosong; melainkan anda adalah seorang usahawan, politikus dan selebriti sebenar sebagai karier.

Masalahnya golongan bukan usahawan, politikus dan selebriti seperti pelajar, pekerja malah penggangur sering kali mengguna pakai FB persis seorang selebriti yang saling bersaing untuk merebut gelaran Anugerah Bintang Paling Popular. Malangnya, Aaron Aziz yang menang.



Dengan itu terjadi lah kemerosotan prestasi akademik dan kerja, kes rogol berleluasa, krisis keyakinan diri terutamanya wanita malah interaksi dan komunikasi sesama sahabat tidak lagi dinamik dan bermakna.

Saya sarankan masa yang sepatutnya untuk kita online di FB hanyalah paling maksimum 30 minit saja sehari.

Sememangnya kita di era yang serba mencabar. Pertama; kegawatan ekonomi 2008 yang kesannya masih terasa. Seterusnya; kesan buruk FB yang semakin mencengkam. Sama-samalah kita kuatkan tekad dan semangat ke arah kehidupan yang lebih baik. 

No comments:

Post a Comment