Sunday, June 10, 2012

Politikus Non-Matang


Secara kasar kita boleh melihat bahawa pengamal politik ataupun politikus di Malaysia cenderung kepada pengamalan politik yang tidak matang. 

Melihat kepada penggunaan media arus perdana dan media alternatif dan pengisiannya untuk dipaparkan kepada masyarakat; fokusnya adalah menjurus kepada saling hentam-menghentam. Media arus perdana hentam peribadi pemimpin pembangkang. Media pro-pembangkang juga asyik2 nak menghentam peribadi pemimpin kerajaan.

Maka hasilnya yang menjadi topik hangat dalam politik Malaysia adalah tentang apa yang dilakukan oleh Rosmah, video Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, kes skandal Shamsidar dengan Wan Azizah, kenyataan2 dan pendedahan oleh Ummi Hafilda, penubuhan NGO yang dikenali sebagai TIBAI, ulasan tentang peribadi Ambiga, dan banyak lagi lah.

Budaya oleh wakil rakyat ini seolah2 ingin mengajar masyarakat terutama generasi belia supaya mengamalkan cara kata-mengata, umpat-mengumpat, fitnah-menfitnah dan kutuk mengutuk untuk mendapat apa yang diingini. 

Cara media arus perdana mengolah sesuatu isu sangat mengecewakan, malah seakan-akan tidak belajar tentang kesilapan masa lepas yang mana mengagung-agungkan potensi kemenangan kerajaan sedangkan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-12. 

Media arus perdana seharusnya memberi penjelasan dan analisis lengkap lagi konsisten tentang keburukan demonstrasi jalanan dan boleh juga menyertakan contoh demonstrasi jalanan yang tidak tercapai motif seperti di negara2 lain jika tidak bersetuju dengan Bersih 3.0 dan Ambiga. Nyatakan sebab paling bernas lagi tuntas mengapa Bersih 3.0 tidak perlu dan apakah alternatif yang ada. Semua ini tak dihurai oleh jelas malah asyik2 nak mengutuk peribadi Ambiga, nak mengutuk Majlis Peguam secara personal, nak mengutuk peribadi Anwar, dan nak mengutuk mcm2 lah, secara personal. 

 Media arus perdana dan juga media pro-pembangkang  adalah satu saluran untuk rakyat mengetahui sejauh mana kita dalam landasan untuk menjadi negara maju. Adakah dengan memberi fokus kepada kes-kes peribadi individu-individu akan membawa kita kepada keadaan lebih baik? Di mana fokus kita untuk memperbaharui dan menjadikan Malaysia melalui arus transformasi? 

Fokus harus terletak pada apa perkembangan projek kerajaan berkaitan pembaikan pengangkutan awam, usaha dan cara untuk membangunkan ekonomi, bagaimana menangani pengangguran dalam kalangan siswazah, bagaimana menambahbaik kedudukan Malaysia dalam Transparency International berkaitan rasuah yg saban tahun semakin teruk, apa yang kita boleh lakukan untuk menambah baik kedudukan universiti2 tempatan di persada dunia yg juga saban tahun semakin teruk dan banyak lagi isu2 pembangunan sosial yang lain. 

Mungkin ada fokus berkaitan membantu orang2 susah dan miskin, namun di mana letaknya fokus kepada golongan yang ‘middle income’ untuk membangunkan ekonomi negara? 

Fokus politikus telah menyimpang dek kerana kuasa dan wang. Mereka ghairah untuk kata-mengata hanya kerana ingin mengekal dan merampas tampuk kuasa. Sikap tidak matang politikus ini telah mengheret media juga menjadi tidak matang dalam mengolah isu yang berlaku. Malah lebih buruk, mengheret lapisan masyarakat termasuk mahasiswa bertindak secara tidak matang. Jadi, jangan salahkan mahasiswa yang turut serta dalam demonstrasi anti-PTPTN dan Bersih 3.0, sebaliknya tengoklah cermin dan menganalisis kembali apa yang dilakukan oleh diri sendiri.

Ada satu cahaya yang boleh menyinari kegelapan ini, iaitu generasi politikus baru dengan parti politik baru ataupun paling tidak penjenamaan baru; yang mengguna media baru. Bilakah sinarnya akan tampak menyinar?

No comments:

Post a Comment