Thursday, July 26, 2012

Romadhon Mubarak 2012



Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

As-Sajdah 17


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Al-Insyirah 5-6


Semoga Romadhon 2012 memberi kita ruang untuk kita melakukan tarbiah dan muhasabah dan mendapat kebaikan daripadanya semaksimum mungkin.

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Mubarak


Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Di kesempatan yang ada saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga puasa kita penuh dengan keberkatan dan mendapat keredhaan daripada Ilahi. Marilah kita tempuhi 30 hari bulan Ramadhan dengan kegembiraan dan mensyukuri segala nikmat yang terkandung secara maksimum.

Amin.

Di sinilah platform yang baik untuk kita memperbaharui diri kita dengan membuang dan mengelak dari perkara seperti dengki, mencipta fitnah, membimbing secara diktaktor dan lain2 perkara lagi. 

The Diary of Syiman Syareman akan terus memberi inspirasi dengan menyiarkan beberapa ayat daripada Ilahi. Supaya kita beroleh kebaikan daripadanya.

Salam Ramadhan.

Monday, July 16, 2012

Mukim Perpaduan di UPM




Beberapa minggu yang lepas saya sempat meluangkan masa bersama Kak Moy di UPM, yang mana kami berada di situ untuk menyertai satu festival berkaitan perpaduan. Apa yang boleh saya katakan tentang UPM ialah ia sebuah universiti yang banyak pokok, ada masjid koko segi empat  yang berkubah unik dan susun atur dalaman asrama (Kolej Keenam, Blok Cermai)– menghubungkan bilik-bilik dengan tandas bagi setiap aras dengan cekap hingga tidak berlaku kesesakan oleh para pengguna tandas di awal pagi. Juga, wardrobe yang besar dalam bilik pelajar yang luas.

Di festival ini saya berjumpa dengan beberapa kawan lama  dari Johor yang sudah lama tak jumpa  - Prof. Dr. Hajjah Mesky, En. Kushairy dan Burn aka Hanip; dan juga kawan baru – Kat dan Nisa’. Kesemua kami membentuk satu delegasi; biarlah saya namakan Team Temenggung Ibrahim.

Pada hari pendaftaran; Moy dan saya setelah selesai mengambil bantal, sarung bantal dan kain cadar berwarna biru; terus keluar daripada UPM untuk menikmati hidangan tengah hari bagi menutup mulut perut yang asyik menyanyi dari pagi tadi. Kami makan di McD cawangan Serdang bersebelahan Nouvelles Hotel dan stesen minyak Shell; saya makan set Chicken Foldover dengan fries dan hot coffee manakala Moy makan set ayam goreng McD. Saya tanya Moy mengapa tak makan burger McD sebab kalau nak makan ayam goreng, lebih baik makan di KFC.

Sewaktu menyumbat Chicken Foldover yang dikepit roti Arab yang cukup empuk ke dalam mulut, tiba-tiba Prof. Dr. Hajjah Mesky membuat panggilan ke hanset Moy. Puan Mesky nak jumpa kami. Lantas, kami terus bergegas ke UPM untuk berjumpa dengan beliau. Walaupun berbaju kurung longgar dan bertudung labuh, Puan Mesky sentiasa kelihatan vogue dan elegan. Saya tak tahu bagaimana Puan Mesky melakukannya dengan memakai baju kurung longgar dan bertudung labuh; mungkin secara batiniah atau memang vogue dan elegan sudah sedia terkandung dalam DNA Puan Mesky.

Puan Mesky adalah seorang yang original; tiada seorang pun yang saya kenali sama seperti beliau. Personaliti beliau menjadi inspirasi kepada saya. Kesederhanaan yang ditonjolkan beliau adalah mengagumkan kerana dalam kesederhanaan itu terkandung ketajaman idea dan ilmu yang dilontarkan dengan penuh padat lagi sarat dengan kualiti. Khabarnya beliau memenangi pelbagai anugerah dalam cerpen dan pementasan. Khabarnya juga anugerah itu bernilai RM8000 untuk setiap satu. Puan Mesky juga telah menulis beberapa novel yang mana ada 2 buah novel beliau hadiahkan kepada saya. Itulah Prof. Dr. Hajjah Mesky.

Di satu dataran berdekatan dengan Kolej Keenam, saya gembira kerana bertemu dengan seorang lagi kawan lama iaitu Jenny. Seminggu sebelum festival perpaduan ini, Jenny dan delegasinya (saya namakan team UTHM) yang dianggotai oleh ahli-ahli utama – Hakim dan Chuan telah ditabal sebagai juara di festival alam sekitar. Tahniah kepada mereka. Jenny seperti biasa mempamerkan emosinya kerana tidak puas hati dengan pengurusan tempat tinggal Kolej Keenam. Apabila emosi Jenny sudah terkawal, Jenny dan saya pun berpelukan sambil menjalankan sesi bertanya khabar secara panjang lebar menandakan betapa lama kami tidak bersua.

Pada malam perasmian festival, disediakan jamuan makan malam yang meriah dengan kehadiran banyak delegasi. Ketibaan delegasi Jenny iaitu Team UTHM mendapat sorakan yang agak kecoh; ya lah, dah menang besar di festival alam sekitar kan. Makanan yang disedia agak menyelerakan – nasi beriyani dengan lauk ayam masak merah, daging masak hitam, rojak masak oren dan nanas timun masak kuning hijau. Minuman pula adalah teh panas dan sirap ais. Saya makan di sebelah Jenny bersama team UTHM. Selepas makan, saya menyertai sesi sembang menyembang yang singkat di meja team Temenggung Ibrahim. Di kiri dan kanan Moy ada 2 orang kawan beliau iaitu daripada delegasi Pulau Pinang. Kami berkenalan dan saya sebenarnya tertarik untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan mereka berdua. Salah seorang daripada 2 orang ini memberitahu yang dia pernah nampak saya tapi tak pasti pernah nampak di mana. Lepas nie saya nak bagitau kat Moy supaya mengatur pertemuan kami lagi supaya kami dapat meneruskan perbualan yang tergendala ini. Hihik.

Oh yea. Sebelum saya terlupa, ada seorang lagi kawan lama yang saya jumpa di majlis makan malam ini. Dia adalah Nicky daripada delegasi Durian Tunggal yang menegur saya sewaktu saya mencari-cari sudu, garfu dan tisu. Saya tanya lah siapa lagi yang satu team dengan dia. Dia tunjuk 2 orang yang bersebelahan dengan dia yang mana saya tidak kenali dan seorang lagi adalah Syuhada, seorang Penguin Apungan yang juga seorang kawan lama saya. Saya ingat Lizz dan Thailis akan memunculkan diri untuk mewakili Durian Tunggal. Tidak mengapa lah, sekurang-kurangnya saya chat dengan Lizz di Facebook selepas majlis makan malam itu. Begitulah alkisahnya tentang majlis makan malam yang penuh dengan peristiwa terutama di bahagian yang mana kami semua makan dengan kenyang untuk menghadapi hari esok yang lebih meriah dan kecoh.

Kedua-dua siang terawal bagi festival perpaduan ini, saya memakai baju kemeja G2000 berwarna coklat gelap tua pada hari pertama dan silver muda pada hari kedua yang masing-masing dipadankan dengan seluar Topman siri Skinny berwarna hitam dan silver vintage. Melengkapkan lagi penampilan, saya memakai tali leher Topman siri Skinny warna hitam dan juga tali leher Fred Lenzo warna merah berkotak. Kasut yang saya pakai adalah Converse. Jam tangan daripada Swatch. Bag daripada Zara. Underwear daripada Private Stucture. Stokin daripada Sox World. Perfume daripada Paris Hilton.

Team Temenggung Ibrahim berjaya menang 3 daripada 3 perlawanan di hari pertama mengalahkan team UMS, UniRazak dan MMU. Pada hari kedua pula kami mengalahkan Kuis namun tumpas kepada UTM dan UKM. Secara keseluruhannya, prestasi Team Temenggung Ibrahim berada di tahap yang memuaskan. Kami sentiasa berada di dalam kelompok Top 10 daripada lebih 35 delegasi dan mendahului dalam kelasnya yang tersendiri.

Sudah lama sebenarnya saya tidak turut serta dalam festival ini, jadi menyaksikan lagi festival seperti ini; saya tengok ada banyak benda yang berubah dan ada juga benda yang tidak berubah. Ada team yang saya tengok sudah lama berkecimpung di dalam festival namun masih tiada kemajuan. Mereka sudah menjadi senior tua namun selalu dibelasah junior; sempat juga saya melihat keputusan perlawanan kawan-kawan lama saya seperti Syuhada dan Nicky. Ada beberapa peserta festival yang saya kagumi seperti Joshua daripada UniRazak yang mana saya rasakan tenang tapi berbisa. Saya juga sempat berjumpa dengan Nazwan daripada MMU, Azzairi dan Firdaus daripada UM; saya minta Azzairi kirim salam dekat Jijoi – salah seorang legenda daripada UM bagi festival ini. Myer daripada MMU pula saya hanya lihat dari jauh; dia kelihatan sibuk berdiskusi sesuatu dengan Jenny dan Hakim. Husna dan Kajol daripada UIA juga kelihatan melepak di tepi jambatan mini. Sideq daripada UTP nampak teruja memasuki dewan ‘roll-call’. Mereka adalah kelompok senior yang berjaya sebagai senior.

Encik Kamarul; seorang pensyarah di Durian Tunggal yang paling malas saya pernah kenal, menjadi salah seorang juri di festival ini. Malah, dia menjadi salah seorang juri sampingan bagi persidangan melibatkan team Temenggung Ibrahim dengan team UTM. Dalam banyak-banyak pensyarah di Durian Tunggal, saya tak tahu bagaimana dia yang terpilih untuk mewakili Durian Tunggal sebagai juri dan juga pemantau untuk team dia. Pengalaman saya berdebat dengan dia sebelum ini; saya rasa dia bersikap tergesa-gesa, emotional dan tiada asas rasional yang baik. Saya harap dia tidak mewariskan kemalasan dan cara berdebat  yang ada padanya kepada team Durian Tunggal kerana itulah yang terlihat kepada team dia sepanjang festival berlangsung.

Sewaktu festival hampir melabuhkan tirai, En Kushairy belanja kami makan Sate Kajang. Ada 3 jenis sate – daging, ayam, dan perut lembu. Fresh oren sebagai pembasah tekak. Saya tak makan perut lembu namun menyantap sate kajang daging dan ayam dengan penuh selera. Kuah kacang sate Kajang sangat sedap, malah Jared Leto daripada Hollywood sangat suka kepada rasa kuah sate dan menyatakan hidangan sate adalah antara yang tersedap di Malaysia. En Khushairy, Burn, Kat, Nisa’, Moy dan saya berbual tentang politik kelompok yang berlaku di dalam festival, prestasi delegasi, dan pelbagai topik lagi yang disertai humor lantas tersusul gelak tawa kami bersama; kedengaran dari kami makan sampai lah kami sampai ke Kolej Keenam.

Ini lah yang boleh saya ceritakan kepada anda tentang apa yang berlaku sewaktu mukim perpaduan di UPM 2012. Memang festival ini menjadi pentas keriangan buat kita semua namun kita tidak boleh obses sampai minda telah terprogram dengan mentaliti radikal yang tanpa kita sedari mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Semoga kita berjumpa lagi di festival akan datang.







Monday, July 9, 2012

Chua Soi Lek vs. Lim Guan Eng : Whose Policies Benefit The Country More?



Ada beberapa sebab mengapa anda harus menonton debat antara Chua Soi Lek vs. Lim Guan Eng :

1. Rentetan drpd siri debat yang berlaku antara pemimpin pembangkang dan kerajaan seperti Rafizi vs. KJ, KJ vs. Ambiga, Saifudin Abdullah vs. Salahuddin Ayub

2. Lebih mengetahui sisi pandangan daripada pemimpin Cina

3.  Menilai manifesto kerajaan dan pembangkang

4. Memberi anda lebih keyakinan tentang pilihan anda untuk mengundi siapa dalam PRU 13

Justeru, tonton lah video debat antara Soi Lek dan Guan Eng yang saya rasa ada di Youtube.
Apa yang pasti, saya ingin memberi sedikit ulasan kepada perdebatan yang berlangsung dengan cukup panas lagi meriah dengan sorakan peyokong masing-masing.




Soi Lek; Presiden MCA sepanjang perdebatan kelihatan lebih tenang berbanding Guan Eng; Ketua Menteri Pulau Pinang yang nampak cukup berapi daripada segi lontaran vokal; tidak hairan lah media seperti Utusan Malaysia sering kali membuat kenyataan bahawa Guan Eng selalu mengapi-apikan isu perkauman. Namun di sebalik ketenangan Soi Lek tersisip sekali bersamanya kegelabahan yang menyebabkan hujah yang dikemukakan kurang meyakinkan. Berlainan dengan Guan Eng yang berapi-api dalam menyampaikan hujah, namun disebalik api nya terkandung kualiti – humor dan keyakinan.

Isu tentang kebebasan media, pendidikan, prestasi kepimpinan dan lain-lain dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin ini dengan penuh sengit. Saya paling suka hujah Guan Eng tentang amalan rasuah oleh kerajaan Barisan Nasional, prestasi beberapa Menteri Kabinet sekarang, persekitaran bandar Pulau Pinang yang mengatasi Kuala Lumpur, perpindahan 2 juta graduan Malaysia yang tidak mahu berkerja di Malaysia dan penguasaan tinggi oleh kontraktor Melayu di Pulau Pinang dalam tender terbuka.

Hujah Soi Lek yang saya rasa kuat dan agak meyakinkan : Pertikaian tentang status DAP yang dikatakan sebagai parti untuk semua kaum, pengamalan politik yang bertimbang-tara dalam Barisan Nasional, penswastaan pelabuhan Pulau Pinang.

Secara rangkuman, apa yang boleh saya katakan adalah Guan Eng lebih banyak menyerang manakala Soi Lek lebih banyak bertahan. Keyakinan Guang Eng juga kelihatan lebih tinggi dalam berhujah berbanding Soi Lek; bukan dinilai melalui lontaran vokal sewaktu berpidato tetapi dari segi isi penyampaian dan pengolahan hujah.

Saya suka konklusi daripada Guan Eng. Nampaknya Datuk Seri Najib Razak semakin terasak untuk merealisasikan hasrat rakyat yang semakin ramai mahu melihat beliau berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 






Monday, July 2, 2012

Penjenamaan Aktor 2


Yang sebenarnya, industri hiburan Malaysia tidak pernah kontang dengan aliran bakat-bakat baru yang memiliki potensi besar untuk menjadi bintang yang menyilau sinarannya seantero negara. Jika kita perhatikan, stok aktor Malaysia dari segi paras rupa menandingi dan sama taraf dengan aktor di Jepun, Korea mahupun Hollywood. 


Cuma, industri hiburan di sini tidak menjenamakan aktor dengan baik. Sistem dan watak2 besar tidak memainkan peranan dengan baik dalam menghidup dan menyerlahkan aura, persona dan bakat para aktor yang mantap ini. 


Sama seperti Tony Fernandes, Ashraf Sinclair dah lari ke Indonesia. Ashraf Muslim pulak merasakan industri kesihatan lebih memberi pulangan. Malah sinaran Fahrin Ahmad, Nazim Othman, Ryzal Jaafar, Shahz Jaszle, Zahiril Adzim, Zain Saidin, Ammar Alfian Aziz dan banyak lagi stok yang boleh digunakan untuk memeriahkan filem; kelihatan tidak konsisten. 


Sistem dan watak2 besar seperti pengarah banyak memberi fokus kepada pelawak2 yang buat lawak bodoh. Penulisan skrip dan pengembangan plot yang merepek dan tidak ada daya kreativiti juga menjadi faktor. 


Semoga suntikan daripada persatuan yang mempunyai dana yang kukuh akan muncul dalam suasana hambar ini kerana salah satu penanda aras dalam menilai sesuatu negara maju atau tidak adalah dengan melihat industri hiburannya.


Ashraf Sinclair






Ashraf Muslim






Fahrin Ahmad






Aeril Zafrel








Nazim Othman







Ryzal Jaafar






Shahz Jaszle






Zain Saidin








Zahiril Adzim









Ammar Alfian Aziz




Chong Wei vs. Lin Dan 3




Nampaknya pelbagai musibah menimpa Chong Wei sejak dua menjak ini. Pertama, apabila keluar berita yang mengejutkan apabila bapa Chong Wei nak bunuh diri dengan terjun jambatan. Kedua, Chong Wei asyik-asyik dilanda pelbagai kecederaan serius sampai kena berehat lama. Ketiga, kedudukan #1 Chong Wei telah dirampas dengan penuh bergaya oleh musuh tradisi, Lin Dan.

Nampaknya persaraan Chong Wei akan dibayangi oleh 3 perkara utama ini.

Disebabkan Chong Wei dah nak bersara, iaitu kata beliau ‘no more tournament’ selepas Olimpik di London, maka saya rasa fokus untuk membuat analisis kritikal kepada beliau haruslah diminimumkan. Apa yang paling penting adalah langkah BAM selaku badan yang bertanggungjawab melahirkan seorang lagi Chong Wei malah kalau boleh, ‘Lin Dan Malaysia’.





Namun, situasi badminton Malaysia seolah-olah memaparkan keadaan yang hambar apabila Chong Wei bersara nanti.

Amatlah suka sempena persaraan Chong Wei ini saya ingin membuat analisis sedikit tentang pencapaian beliau dan Lin Dan. Boleh lah para pemain yang ada potensi dapat sedikit inspirasi.

FYI, Chong Wei seperti mana kita semua sedia maklum, banyak merangkul gelaran juara Super Series namun masih gigih berusaha sampai lah sekarang untuk mendapat gelaran Olimpik, World Championship dan Asian Games. Walaubagaimanapun, kejayaan paling besar Chong Wei adalah merangkul 2 kali gelaran juara All-England.



Berbeza dengan Lin Dan yang tak menang Super Series sebanyak Chong Wei, namun kejayaan yang dirangkul oleh beliau adalah sangat bermakna dan berprestij; bukan sahaja secara individu, malah berjaya membawa pasukan negara beliau untuk merangkul Piala Thomas sebanyak 5 kali (2004, 2006, 2008, 2010, 2012) dan Piala Sudirman sebanyak 3 kali (2005, 2007, 2009). World Championship 4 kali (2006, 2007, 2009, 2011). 5 kali gelaran All England. Kalau nak cakap semua pencapaian Lin Dan maka akan meleret-leret lah jadi secara ringkas, di umur 28, Lin Dan adalah satu-satunya pemain badminton sepanjang zaman yang merangkul kesemua 9 gelaran juara utama dalam dunia badminton : Olimpik, World Championship, World Cup, Thomas Cup, Sudirman Cup, Super Series Masters Finals, All England Open, Asian Games, dan Asian Championship.






Apa-apa pun, jangan lah kita berputus-asa dalam setiap perkara malah terus berusaha walau apa pun cabarannya; kerana sesungguhnya, usaha yang bergabung dengan tawakal akan menjana kemantapan yang padu lagi kukuh. 




Ball's




Spain sememangnya lubuk atlet berkualiti. Bukan saja mengandung Rafael Nadal yang menjadi legenda dalam bidang tenis, malah dalam ball's pun Spain mengorak langkah dengan penuh jaya dalam mengukir sejarah tersendiri. Tahniah atas kemenangan Spain untuk Euro 2012.


Berikut adalah Top Scorer untuk Euro 2012 yang mana masing2 berjaya menyumbat 3 gol kepada gawang lawan. 


Mario Mandzukic from Croatia






Mario Gomez from Germany







Mario Balotelli from Italy






Christiano Ronaldo from Portugal







Alan Dzagoev from Russia






Fernando Torress from Spain