Monday, July 2, 2012

Chong Wei vs. Lin Dan 3




Nampaknya pelbagai musibah menimpa Chong Wei sejak dua menjak ini. Pertama, apabila keluar berita yang mengejutkan apabila bapa Chong Wei nak bunuh diri dengan terjun jambatan. Kedua, Chong Wei asyik-asyik dilanda pelbagai kecederaan serius sampai kena berehat lama. Ketiga, kedudukan #1 Chong Wei telah dirampas dengan penuh bergaya oleh musuh tradisi, Lin Dan.

Nampaknya persaraan Chong Wei akan dibayangi oleh 3 perkara utama ini.

Disebabkan Chong Wei dah nak bersara, iaitu kata beliau ‘no more tournament’ selepas Olimpik di London, maka saya rasa fokus untuk membuat analisis kritikal kepada beliau haruslah diminimumkan. Apa yang paling penting adalah langkah BAM selaku badan yang bertanggungjawab melahirkan seorang lagi Chong Wei malah kalau boleh, ‘Lin Dan Malaysia’.





Namun, situasi badminton Malaysia seolah-olah memaparkan keadaan yang hambar apabila Chong Wei bersara nanti.

Amatlah suka sempena persaraan Chong Wei ini saya ingin membuat analisis sedikit tentang pencapaian beliau dan Lin Dan. Boleh lah para pemain yang ada potensi dapat sedikit inspirasi.

FYI, Chong Wei seperti mana kita semua sedia maklum, banyak merangkul gelaran juara Super Series namun masih gigih berusaha sampai lah sekarang untuk mendapat gelaran Olimpik, World Championship dan Asian Games. Walaubagaimanapun, kejayaan paling besar Chong Wei adalah merangkul 2 kali gelaran juara All-England.



Berbeza dengan Lin Dan yang tak menang Super Series sebanyak Chong Wei, namun kejayaan yang dirangkul oleh beliau adalah sangat bermakna dan berprestij; bukan sahaja secara individu, malah berjaya membawa pasukan negara beliau untuk merangkul Piala Thomas sebanyak 5 kali (2004, 2006, 2008, 2010, 2012) dan Piala Sudirman sebanyak 3 kali (2005, 2007, 2009). World Championship 4 kali (2006, 2007, 2009, 2011). 5 kali gelaran All England. Kalau nak cakap semua pencapaian Lin Dan maka akan meleret-leret lah jadi secara ringkas, di umur 28, Lin Dan adalah satu-satunya pemain badminton sepanjang zaman yang merangkul kesemua 9 gelaran juara utama dalam dunia badminton : Olimpik, World Championship, World Cup, Thomas Cup, Sudirman Cup, Super Series Masters Finals, All England Open, Asian Games, dan Asian Championship.






Apa-apa pun, jangan lah kita berputus-asa dalam setiap perkara malah terus berusaha walau apa pun cabarannya; kerana sesungguhnya, usaha yang bergabung dengan tawakal akan menjana kemantapan yang padu lagi kukuh. 




No comments:

Post a Comment