Monday, July 9, 2012

Chua Soi Lek vs. Lim Guan Eng : Whose Policies Benefit The Country More?



Ada beberapa sebab mengapa anda harus menonton debat antara Chua Soi Lek vs. Lim Guan Eng :

1. Rentetan drpd siri debat yang berlaku antara pemimpin pembangkang dan kerajaan seperti Rafizi vs. KJ, KJ vs. Ambiga, Saifudin Abdullah vs. Salahuddin Ayub

2. Lebih mengetahui sisi pandangan daripada pemimpin Cina

3.  Menilai manifesto kerajaan dan pembangkang

4. Memberi anda lebih keyakinan tentang pilihan anda untuk mengundi siapa dalam PRU 13

Justeru, tonton lah video debat antara Soi Lek dan Guan Eng yang saya rasa ada di Youtube.
Apa yang pasti, saya ingin memberi sedikit ulasan kepada perdebatan yang berlangsung dengan cukup panas lagi meriah dengan sorakan peyokong masing-masing.




Soi Lek; Presiden MCA sepanjang perdebatan kelihatan lebih tenang berbanding Guan Eng; Ketua Menteri Pulau Pinang yang nampak cukup berapi daripada segi lontaran vokal; tidak hairan lah media seperti Utusan Malaysia sering kali membuat kenyataan bahawa Guan Eng selalu mengapi-apikan isu perkauman. Namun di sebalik ketenangan Soi Lek tersisip sekali bersamanya kegelabahan yang menyebabkan hujah yang dikemukakan kurang meyakinkan. Berlainan dengan Guan Eng yang berapi-api dalam menyampaikan hujah, namun disebalik api nya terkandung kualiti – humor dan keyakinan.

Isu tentang kebebasan media, pendidikan, prestasi kepimpinan dan lain-lain dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin ini dengan penuh sengit. Saya paling suka hujah Guan Eng tentang amalan rasuah oleh kerajaan Barisan Nasional, prestasi beberapa Menteri Kabinet sekarang, persekitaran bandar Pulau Pinang yang mengatasi Kuala Lumpur, perpindahan 2 juta graduan Malaysia yang tidak mahu berkerja di Malaysia dan penguasaan tinggi oleh kontraktor Melayu di Pulau Pinang dalam tender terbuka.

Hujah Soi Lek yang saya rasa kuat dan agak meyakinkan : Pertikaian tentang status DAP yang dikatakan sebagai parti untuk semua kaum, pengamalan politik yang bertimbang-tara dalam Barisan Nasional, penswastaan pelabuhan Pulau Pinang.

Secara rangkuman, apa yang boleh saya katakan adalah Guan Eng lebih banyak menyerang manakala Soi Lek lebih banyak bertahan. Keyakinan Guang Eng juga kelihatan lebih tinggi dalam berhujah berbanding Soi Lek; bukan dinilai melalui lontaran vokal sewaktu berpidato tetapi dari segi isi penyampaian dan pengolahan hujah.

Saya suka konklusi daripada Guan Eng. Nampaknya Datuk Seri Najib Razak semakin terasak untuk merealisasikan hasrat rakyat yang semakin ramai mahu melihat beliau berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 






No comments:

Post a Comment