Friday, August 24, 2012

Cantique



1. Jangan kita lupakan moto Loreal Paris - Kerana Dirimu Begitu Berharga; kerana moto ini mengesahkan bahawa kecantikan adalah sesuatu yang ada pada semua orang.

2. Kita sebenarnya memiliki kecantikan tersendiri yang menjadikan kita original dan unik berbanding orang lain. Dengan itu, setiap daripada kita seharusnya tidak memiliki 
perasaan yang dia adalah hodoh dan tidak ada kecantikan pada muka dan body dia. 

3. Samada anda kulit hitam, putih, sawo matang atau kuning langsat, pendek atau tinggi, gemuk atau kurus, hidung besar atau mancung, bibir nipis atau tebal/mungil, nerd atau cool; semuanya adalah cantik.

4. Malangnya, kecantikan original pada setiap insan ini tidak disyukuri oleh sesetengah orang sebaliknya disusulkan dengan perasaan tidak yakin dan was-was yang akhirnya melahirkan perasaan cemburu kepada orang yang dirasakannya cantik. Lebih teruk, lama kelamaan cemburu itu mengalami transformasi menjadi dengki. 

5. Golongan cemburu-dengki ini menjalinkan persahabatan dengan golongan yang pada pandangannya adalah cantik tetapi secara diam-diam memerangi kawan cantik dia itu melalui beberapa program hasad dengki yang bermatlamat menjadikan kawan cantik dia rasa down/sedih.

6. Begitulah buruknya sikap dan pemikiran orang yang telah diracun dengan bisikan satan yang menghembus-hembus; menyebabkan dia tidak yakin dengan kecantikan yang ada pada diri sendiri. 

7. Kalau anda rasa tak cantik, lakukanlah usaha-usaha untuk mencantikkan diri anda, bukan usaha-usaha untuk merosakkan orang lain. 

8. Terima lah diri anda seadanya dengan redha terhadap realiti dan hakikat bahawa 
penciptaan setiap manusia adalah berdasarkan kepada ukuran oleh Pencipta yang Maha Bijaksana dan Maha Adil. 





Simptom Pedengki



Sedar atau tidak, dunia menyaksikan populasi para pedengki semakin bertambah dari masa ke masa. Malah anasir dan tindakan para pedengki dalam melakukan projek hasad dengki mereka semakin menjadi-jadi. Justeru, kita sayugia mengenal pasti simptom2 pedengki yang akan melancarkan hasad dengkinya dan bagaimana untuk berhadapan dengan mereka secara efektif supaya pembangunan projek mereka yang membahayakan masyarakat itu dapat dirobohkan.

Walaupun kita tidak dapat mengekang populasi spesies pedengki yang semakin berkembang melalui cara menembak sampai mati seperti mana yang dilakukan kepada spesies satan yang lain, sekurang-kurangnya kita dapat mengatasi mereka dan mengelakkan diri terjerumus dalam perangkap hasad dengki mereka.

SIMPTOM SEORANG PEDENGKI

1. Selalu mengeluarkan kata-kata berunsur negatif kepada anda. Sebagai contoh  : bongok, bodoh, babi, sial, bangang, hodoh, lembap dan lain-lain.

2. Apabila anda bercerita sesuatu kepada dia; kalau cerita sedih dia nampak gembira, kalau cerita gembira dia kurang melayan.

3. Kebanyakan sesi komunikasi bersama dia, akan kelihatan usaha dia untuk menyebabkan anda rasa down/sedih.

4. Selalu update status di Facebook/Twitter secara negatif/tidak bermotif/tidak bermanfaat.

5. Banyak menimbul dan menyebarkan fitnah tanpa disusulkan dengan bukti dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi orang lain.


BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN PEDENGKI

1. Mengelakkan diri daripada mereka.

2. Mengecam sekeras-kerasnya perbuatan dengki mereka apabila mereka telah melakukannya supaya kebarangkalian untuk mereka sedar dan tidak melakukan hasad dengki kepada orang lain semakin tinggi.

3. Amalkan membaca surah Al-Falaq dengan mengetahui maksudnya.

4. Banyakkan membaca untuk menambah ilmu kerana dengan ilmu akan menjadikan kita kuat dan bersabar serta yakin untuk berhadapan dengan kesan daripada perbuatan hasad dengki samada pada waktu pra mahupun pasca.

Pedengki boleh ada di mana-mana. Kawan karib kita, family, housemates, roommates, classmates, team leader, boss, makcik-makcik, stranger dan lain-lain dalam kalangan senior, junior mahupun sealiran. 

Ramai yang berasa dirinya hebat apabila menjadi sasaran golongan pedengki lantas mengambil keputusan bertahan untuk meneruskan persahabatan rapat dengan mereka. Ironinya, keputusan untuk bertahan itulah yang akan memudaratkan diri kerana para pedengki yang dipengaruhi api dengki tidak akan berhenti selagi mana belum menyaksi orang yang didengkinya, secara literal, dibakarsampai hangus.

Berhenti melayan dan berlarilah meninggalkan mereka. Hanya golongan positif yang boleh menjadi pemangkin kepada masa depan positif buat kita. 




Syiman's Review : The Bourne Legacy



Syiman tengok filem The Bourne Legacy baru-baru ini di GSC Queensbay Mall; ternyata filem ini tidak mengecewakan dan menjadi satu legasi yang baik sebagai penerusan filem-filem Bourne yang seterusnya. 

Matt Damon sebagai Jason Bourne tidak muncul dalam filem ini untuk memberi ruang kepada watak seorang lagi agen berbakat daripada projek Outcome - Jeremy Renner sebagai Aaron Cross, yang mana teraniaya akibat konspirasi beberapa pihak dalam kerajaan yang berasa terancam dengan kepentingan mereka.

The Bourne Legacy dan siri Bourne yang lain adalah sebuah filem yang menjadi kritikan baik kepada golongan yang tidak mementingkan moral sebaliknya mengamalkan falsafah 'matlamat menghalalkan cara'. Kebangkitan agen yang teraniaya ini menjadi inspirasi kepada para pejuang di luar sana yang menuntut keadilan dan hak yang sewajarnya daripada pihak yang menyeleweng dan menyalahguna kuasa akibat dibuta dan dipekakkan oleh kuasa dan wang ringgit. Masih ada cahaya yang menyuluh jalan, cuma jangan berputus asa dan terus istiqamah dalam perjuangan.

Pro : suka lakonan Rachel Weisz dan hero, Jeremy Renner
Kontra : kekuatan yang ditonjolkan oleh agen generasi baru (yang dikawal kerajaan) 
                tidak memuaskan

Siapa yang suka : peminat filem siri Bourne, peminat filem aksi
Siapa yang tak suka : tak diketahui

Plot - A
Cinematography - B
Lakonan - B+
Pengarahan - A




Sebab-sebab Impak Music Menurun



Bukan sahaja di Malaysia, malah di Hollywood kelihatan wajah-wajah bimbang dan muram aktivis music atau apa yang kita panggil sebagai penyanyi. Mereka kelihatan sedemikian rupa kerana studio album yang diterbitkan kurang mendapat sambutan lantas pulangan yang diraih sangat berbeza dibandingkan dengan suasana pada waktu dulu.

Jikalau dahulu kita lihat setiap tahun lebih kurang ada 10 studio album di Hollywood yang terjual berjuta-juta unit di seluruh dunia namun situasi 2012 menyaksikan tak sampai 5 album yang melepasi jualan  1 juta unit.
Trend penurunan ini menyerlahkan lagi hakikat bahawa para penerbit tidak lagi boleh meletakkan harapan tinggi kepada jualan studio album melainkan penyanyi itu adalah Adele.

Tentang impak music yang semakin tak menjadi ini, ada dua sebab yang saya nak utara : Pertama – genre Disco/Electropop sebagai trend. Kedua – Kegawatan ekonomi global.

Di sebalik penurunan jualan fizikal studio album, industri music diselamatkan oleh jualan single secara digital dan konsert jelajah/live tour.  Hasilnya, kita lihat penyanyi-penyanyi indie, alternative dan remaja seperti Gotye, The Wanted, Fun., Carly Rae Jepsen dan banyak lagi semakin gah di carta Billboard. MDNA Tour oleh Madonna dan Born This Way Ball oleh Lady Gaga juga menampakkan bibit sukses dengan setakat ini telah mencatat jualan terkumpul masing2 sebanyak $US 80 juta dan $US 70 juta.

Apa-apa pun, saya berharap genre Electropop yang sangat cliche, kurang melodi, dan hanya untuk keseronokan sewaktu clubbing itu dihentikan sebagai trend oleh para produser music. Kalau tidak pun kita harus menanti lama untuk ekonomi global kembali pulih, sekurang-kurangnya peralihan trend genre music akan memantapkan kembali apa yang mantap pada zaman kegemilangan industri music.






Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Saya dengan ini amatlah suka untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada
semua yang mengenali Syiman Syareman. Maafkanlah saya samada dari aspek zahir mahupun botin kerana saya cumalah manusia yang mana lumrahnya adalah banyak melakukan kesilapan dan dosa.

Di hari yang menggembirakan ini kita kenangkan lah tentang nikmat yang dikurniakan kepada kita lantas memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana kita lebih bernasib baik berbanding penduduk di Palestin, Syria dan Myanmar.

Seiring dengan kesyukuran itu, lakukanlah pengawalan dalam bab makan dengan mengambil kira pengambilan kalori yang tidak berlebihan dan menjauhi makanan yang berkolestrol tinggi. Gunalah oven anda untuk membakar kuih-muih dan biskut yang sedap lagi rangup untuk disantap dengan penuh seleraoleh para tetamu daripada kalangan sanak saudara dan sahabat handai.

Pengawalan terhadap aliran keluar masuk duit juga harus dilakukan dengan berhemah. Jangan boros dan laksanakan perbelanjaan mengikut bajet terancang. 

Semoga Hari Raya 2012 ini membawa kegembiraan buat kita semua dan menjadikan kita semakin mantap untuk menempuhi hari-hari yang seterusnya dengan penuh sukses.



Hidup Hutang Keliling Pinggang



Saya mengucapkan tahniah kepada Kosmo! kerana pada tarikh 19/8/2012 telah mengutarakan isu yg cukup menarik dan bermanfaat tentang fenomena hutang yang membelenggu masyarakat Malaysia.

Data yang paling penting adalah 85,175 orang telah diisytihar sebagai muflis dari 2007
hingga Mac 2012. Satu isi rumah berhutang sebanyak RM108,000. Jumlah hutang isi rumah Malaysia meningkat sebanyak RM72 bilion daripada Rm581 bilion pada 2010 ke Rm653 bilion pada 2011. Jumlah hutang negara meningkat sebanyak RM30 billion daripada RM227 bilion pada 2010 kepada RM257 bilion pada 2011.

Satu isi rumah mengambil masa kira-kira 9 tahun untuk melangsaikan hutang RM108,000. Itupun jika pembayaran sebanyak RM1000 dilakukan setiap bulan. 

Saya ingin memberi cadangan untuk mengatasi permasalahan kewangan ini. 

Pertama; bagi golongan yang baru mendapat pekerjaan,jangan mengambil apa2 pinjaman drpd mana-mana pihak terutamanya bank untuk mendapatkan rumah mahupun kereta. Sebagai alternatif, pilih untuk menyewa dengan kadar sewa bulanan yang berpatutan dan guna pengangkutan awam/motorsikal/berjalan kaki. 

Manfaatnya, dengan mengurangkan permintaan terhadap pembelian rumah, maka pemaju perumahan akan menurunkan harga rumah yang sangat mencanak tinggi pada waktu sekarang. Mengurangkan permintaan terhadap pemilikan kereta juga akan menurunkan harga kereta,mengatasi kesesakan trafik dan environmental-friendly.

Kedua; jangan nak terikut-ikut sangat dengan gaya hidup mewah. Berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan. Sentiasa mengikut bajet terancang dan elak daripada mengeluarkan duit tanpa hala tuju yang jelas.

Ketiga; berkerjalah dalam sektor yang menggembirakan anda. Berkerja di sektor yang anda tak minat menyebabkan anda stres lantas perbelanjaan daripada gaji banyak digunakan untuk menghilangkan rasa stress anda. Dah la nak kena bayar hutang lagi. 

Setiap daripada kita mesti mempunyai semangat untuk menjadikan diri menjalani kehidupan secara bebas hutang. Sesungguhnya, hutang adalah sesuatu positiviti sementara yang mana  outputnya hanyalah negativiti yang sukar dibendung dalam jangka masa panjang.


Utusan Malaysia



Reputasi dan prestij Utusan Malaysia sebagai media arus perdana yang berkualiti semakin diragui memandangkan beberapa kes yang telah tersaksi seperti banyak menggunakan spekulasi sebagai orientasi bagi laporan yang diberi.

Komen Twitter seorang MP drpd DAP berkaitan kekalahan Lee Chong Wei kepada Lin Dan dalam Olimpik London 2012 dikatakan sebagai rasis. Ya, mungkin status Twitter itu bermotif politik dan agak biadap namun untuk dikatakan dia sebagai rasis adalah tidak tepat. Apa-apa pun, MP DAP tersebut sudah minta maaf tapi pihak Utusan bukanlah pihak yang pemaaf.

Baru-baru ini, geli hati saya apabila melihat Utusan Malaysia telah melancarkan kempen ‘Haram sokong DAP’ yang mengguna pakai sumber daripada seorang guru pondok. Persoalannya, adakah pandangan peribadi seorang guru pondok adalah asas atau pemula yang baik sebagai pencetus isu?

Cara mereka membangkitkan isu ini adalah seolah-olah ingin mengajak rakyat Malaysia mengiktiraf dan melabel ahli-ahli DAP sebagai kafir harbi (FYI, DAP adalah parti berbilang kaum yang mana ada ahli-ahli dan jawatan tinggi dianggotai oleh orang Melayu). Utusan semestinya tahu bahawa kesan kepada sudut laporan mereka ini akan membangkitkan semangat pelampau kaum lantas mencetuskan ketegangan.

Analisis saya kepada Utusan Malaysia adalah :

a) Cenderung mengulas sesuatu isu secara tidak ilmiah berdasarkan sumber intelektual
b) Memulakan forum diskusi yang sangat berpihak dengan tidak memberi peluang dan ruang  kepada pihak         yang diserang untuk menjawab isu berbangkit
c) Tidak mengambil kira tentang kesan negatif daripada sudut laporan yang dikemuka
d) Menyubur budaya fitnah dalam kalangan masyarakat

Analisis yang paling menyedihkan kepada Utusan Malaysia adalah menyiarkan laporan yang tidak benar atau dengan kata lain; penipu. Kekalahan 2 kali di mahkamah dan terpaksa membayar ganti rugi kepada Lim Guan Eng adalah sesuatu yang tragik buat Utusan Malaysia. Malah ada beberapa kes saman lagi yang bakal menyusul termasuk daripada Nizar Jamaluddin dan Anwar Ibrahim. Sama-sama kita nantikan keputusan mahkamah. 

Justeru, atas nama keamanan, kesejahteraan, keharmonian dan semangat kita untuk menuju kemajuan, Utusan Malaysia perlu diboikot.


Block



Sebelum anda block saya di FB, fikirlah dulu dalam2 kerana sekali anda tekan saja butang Block maka teramatlah sukar untuk anda add saya kembali. Hal ini kerana saya dah mengetatkan privacy FB saya dengan tidak membenarkan orang yang bukan kawan saya di FB untuk melihat profile saya.

Terdapat beberapa orang yg mengambil keputusan untuk block saya daripada FB mereka.Ada yang saya kisah dan ada yang saya tak kisah.Contoh orang yang block saya dan saya tak kisah adalah seperti Awang Mua'waluddin kerana dia adalah seorang diktaktor yang obses lagi obes dengan penyakit hati. Saya pun tak kisah Syuhada block saya sebab dia adalah seorang hipokrit bertopengkan muka penguin bertudung labuh. 

Namun,terdapat beberapa personaliti yang saya kisah apabila mereka block saya.Saya sentap kerana mereka tidak bersikap diplomatik dan menjunjung konsep berkomunikasi dua hala yang baik dalam sesuatu perhubungan. Saya sentap juga kerana persahabatan yang terjalin dlm tempoh yang sampai bertahun-tahun tidak menjadi faktor yang kuat dalam pertimbangan mereka dalam merasionalkan tindakan mereka dengan block saya. Contoh : Faizan, Tifi, Zul, Hanani.

Apa-apa pun,past is in the past. Biarlah mereka dengan kehidupan mereka dan saya dengan kehidupan saya.Saya harap mereka gembira dan mendapat pengakhiran yang baik dlm hidup. Saya pun bukanlah jenis yang suka memujuk.

Cuma,pesanan saya kepada kawan-kawan yang masih tersenarai kukuh dalam friend list  FB saya,kalau anda tak puas hati dan berasa ingin mengkritik saya,maka ruang dan peluang sentiasa terbuka seluas-luasnya untuk anda gunakan bagi sesi komunikasi yang baik dengan saya.Jadikanlah tindakan menekan butang Block sebagai pilihan terakhir.

Sebabnya, saya sayang anda semua.