Friday, August 24, 2012

Cantique



1. Jangan kita lupakan moto Loreal Paris - Kerana Dirimu Begitu Berharga; kerana moto ini mengesahkan bahawa kecantikan adalah sesuatu yang ada pada semua orang.

2. Kita sebenarnya memiliki kecantikan tersendiri yang menjadikan kita original dan unik berbanding orang lain. Dengan itu, setiap daripada kita seharusnya tidak memiliki 
perasaan yang dia adalah hodoh dan tidak ada kecantikan pada muka dan body dia. 

3. Samada anda kulit hitam, putih, sawo matang atau kuning langsat, pendek atau tinggi, gemuk atau kurus, hidung besar atau mancung, bibir nipis atau tebal/mungil, nerd atau cool; semuanya adalah cantik.

4. Malangnya, kecantikan original pada setiap insan ini tidak disyukuri oleh sesetengah orang sebaliknya disusulkan dengan perasaan tidak yakin dan was-was yang akhirnya melahirkan perasaan cemburu kepada orang yang dirasakannya cantik. Lebih teruk, lama kelamaan cemburu itu mengalami transformasi menjadi dengki. 

5. Golongan cemburu-dengki ini menjalinkan persahabatan dengan golongan yang pada pandangannya adalah cantik tetapi secara diam-diam memerangi kawan cantik dia itu melalui beberapa program hasad dengki yang bermatlamat menjadikan kawan cantik dia rasa down/sedih.

6. Begitulah buruknya sikap dan pemikiran orang yang telah diracun dengan bisikan satan yang menghembus-hembus; menyebabkan dia tidak yakin dengan kecantikan yang ada pada diri sendiri. 

7. Kalau anda rasa tak cantik, lakukanlah usaha-usaha untuk mencantikkan diri anda, bukan usaha-usaha untuk merosakkan orang lain. 

8. Terima lah diri anda seadanya dengan redha terhadap realiti dan hakikat bahawa 
penciptaan setiap manusia adalah berdasarkan kepada ukuran oleh Pencipta yang Maha Bijaksana dan Maha Adil. 





No comments:

Post a Comment