Tuesday, August 21, 2012

Hidup Hutang Keliling Pinggang



Saya mengucapkan tahniah kepada Kosmo! kerana pada tarikh 19/8/2012 telah mengutarakan isu yg cukup menarik dan bermanfaat tentang fenomena hutang yang membelenggu masyarakat Malaysia.

Data yang paling penting adalah 85,175 orang telah diisytihar sebagai muflis dari 2007
hingga Mac 2012. Satu isi rumah berhutang sebanyak RM108,000. Jumlah hutang isi rumah Malaysia meningkat sebanyak RM72 bilion daripada Rm581 bilion pada 2010 ke Rm653 bilion pada 2011. Jumlah hutang negara meningkat sebanyak RM30 billion daripada RM227 bilion pada 2010 kepada RM257 bilion pada 2011.

Satu isi rumah mengambil masa kira-kira 9 tahun untuk melangsaikan hutang RM108,000. Itupun jika pembayaran sebanyak RM1000 dilakukan setiap bulan. 

Saya ingin memberi cadangan untuk mengatasi permasalahan kewangan ini. 

Pertama; bagi golongan yang baru mendapat pekerjaan,jangan mengambil apa2 pinjaman drpd mana-mana pihak terutamanya bank untuk mendapatkan rumah mahupun kereta. Sebagai alternatif, pilih untuk menyewa dengan kadar sewa bulanan yang berpatutan dan guna pengangkutan awam/motorsikal/berjalan kaki. 

Manfaatnya, dengan mengurangkan permintaan terhadap pembelian rumah, maka pemaju perumahan akan menurunkan harga rumah yang sangat mencanak tinggi pada waktu sekarang. Mengurangkan permintaan terhadap pemilikan kereta juga akan menurunkan harga kereta,mengatasi kesesakan trafik dan environmental-friendly.

Kedua; jangan nak terikut-ikut sangat dengan gaya hidup mewah. Berbelanjalah mengikut keperluan dan kemampuan. Sentiasa mengikut bajet terancang dan elak daripada mengeluarkan duit tanpa hala tuju yang jelas.

Ketiga; berkerjalah dalam sektor yang menggembirakan anda. Berkerja di sektor yang anda tak minat menyebabkan anda stres lantas perbelanjaan daripada gaji banyak digunakan untuk menghilangkan rasa stress anda. Dah la nak kena bayar hutang lagi. 

Setiap daripada kita mesti mempunyai semangat untuk menjadikan diri menjalani kehidupan secara bebas hutang. Sesungguhnya, hutang adalah sesuatu positiviti sementara yang mana  outputnya hanyalah negativiti yang sukar dibendung dalam jangka masa panjang.


No comments:

Post a Comment