Friday, August 24, 2012

Simptom Pedengki



Sedar atau tidak, dunia menyaksikan populasi para pedengki semakin bertambah dari masa ke masa. Malah anasir dan tindakan para pedengki dalam melakukan projek hasad dengki mereka semakin menjadi-jadi. Justeru, kita sayugia mengenal pasti simptom2 pedengki yang akan melancarkan hasad dengkinya dan bagaimana untuk berhadapan dengan mereka secara efektif supaya pembangunan projek mereka yang membahayakan masyarakat itu dapat dirobohkan.

Walaupun kita tidak dapat mengekang populasi spesies pedengki yang semakin berkembang melalui cara menembak sampai mati seperti mana yang dilakukan kepada spesies satan yang lain, sekurang-kurangnya kita dapat mengatasi mereka dan mengelakkan diri terjerumus dalam perangkap hasad dengki mereka.

SIMPTOM SEORANG PEDENGKI

1. Selalu mengeluarkan kata-kata berunsur negatif kepada anda. Sebagai contoh  : bongok, bodoh, babi, sial, bangang, hodoh, lembap dan lain-lain.

2. Apabila anda bercerita sesuatu kepada dia; kalau cerita sedih dia nampak gembira, kalau cerita gembira dia kurang melayan.

3. Kebanyakan sesi komunikasi bersama dia, akan kelihatan usaha dia untuk menyebabkan anda rasa down/sedih.

4. Selalu update status di Facebook/Twitter secara negatif/tidak bermotif/tidak bermanfaat.

5. Banyak menimbul dan menyebarkan fitnah tanpa disusulkan dengan bukti dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi orang lain.


BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN PEDENGKI

1. Mengelakkan diri daripada mereka.

2. Mengecam sekeras-kerasnya perbuatan dengki mereka apabila mereka telah melakukannya supaya kebarangkalian untuk mereka sedar dan tidak melakukan hasad dengki kepada orang lain semakin tinggi.

3. Amalkan membaca surah Al-Falaq dengan mengetahui maksudnya.

4. Banyakkan membaca untuk menambah ilmu kerana dengan ilmu akan menjadikan kita kuat dan bersabar serta yakin untuk berhadapan dengan kesan daripada perbuatan hasad dengki samada pada waktu pra mahupun pasca.

Pedengki boleh ada di mana-mana. Kawan karib kita, family, housemates, roommates, classmates, team leader, boss, makcik-makcik, stranger dan lain-lain dalam kalangan senior, junior mahupun sealiran. 

Ramai yang berasa dirinya hebat apabila menjadi sasaran golongan pedengki lantas mengambil keputusan bertahan untuk meneruskan persahabatan rapat dengan mereka. Ironinya, keputusan untuk bertahan itulah yang akan memudaratkan diri kerana para pedengki yang dipengaruhi api dengki tidak akan berhenti selagi mana belum menyaksi orang yang didengkinya, secara literal, dibakarsampai hangus.

Berhenti melayan dan berlarilah meninggalkan mereka. Hanya golongan positif yang boleh menjadi pemangkin kepada masa depan positif buat kita. 




No comments:

Post a Comment