Tuesday, August 21, 2012

Utusan Malaysia



Reputasi dan prestij Utusan Malaysia sebagai media arus perdana yang berkualiti semakin diragui memandangkan beberapa kes yang telah tersaksi seperti banyak menggunakan spekulasi sebagai orientasi bagi laporan yang diberi.

Komen Twitter seorang MP drpd DAP berkaitan kekalahan Lee Chong Wei kepada Lin Dan dalam Olimpik London 2012 dikatakan sebagai rasis. Ya, mungkin status Twitter itu bermotif politik dan agak biadap namun untuk dikatakan dia sebagai rasis adalah tidak tepat. Apa-apa pun, MP DAP tersebut sudah minta maaf tapi pihak Utusan bukanlah pihak yang pemaaf.

Baru-baru ini, geli hati saya apabila melihat Utusan Malaysia telah melancarkan kempen ‘Haram sokong DAP’ yang mengguna pakai sumber daripada seorang guru pondok. Persoalannya, adakah pandangan peribadi seorang guru pondok adalah asas atau pemula yang baik sebagai pencetus isu?

Cara mereka membangkitkan isu ini adalah seolah-olah ingin mengajak rakyat Malaysia mengiktiraf dan melabel ahli-ahli DAP sebagai kafir harbi (FYI, DAP adalah parti berbilang kaum yang mana ada ahli-ahli dan jawatan tinggi dianggotai oleh orang Melayu). Utusan semestinya tahu bahawa kesan kepada sudut laporan mereka ini akan membangkitkan semangat pelampau kaum lantas mencetuskan ketegangan.

Analisis saya kepada Utusan Malaysia adalah :

a) Cenderung mengulas sesuatu isu secara tidak ilmiah berdasarkan sumber intelektual
b) Memulakan forum diskusi yang sangat berpihak dengan tidak memberi peluang dan ruang  kepada pihak         yang diserang untuk menjawab isu berbangkit
c) Tidak mengambil kira tentang kesan negatif daripada sudut laporan yang dikemuka
d) Menyubur budaya fitnah dalam kalangan masyarakat

Analisis yang paling menyedihkan kepada Utusan Malaysia adalah menyiarkan laporan yang tidak benar atau dengan kata lain; penipu. Kekalahan 2 kali di mahkamah dan terpaksa membayar ganti rugi kepada Lim Guan Eng adalah sesuatu yang tragik buat Utusan Malaysia. Malah ada beberapa kes saman lagi yang bakal menyusul termasuk daripada Nizar Jamaluddin dan Anwar Ibrahim. Sama-sama kita nantikan keputusan mahkamah. 

Justeru, atas nama keamanan, kesejahteraan, keharmonian dan semangat kita untuk menuju kemajuan, Utusan Malaysia perlu diboikot.


No comments:

Post a Comment