Saturday, September 15, 2012

PAI & PATI


Ada dua jenis pendatang asing - pertama adalah dengan izin dan kedua adalah tanpa izin. Apa-apa pun, konteks diskusi yang ingin saya sentuh bukanlah dari sudut PAI (Pndtg asing izin) atau PATI (Pndtg asing tanpa izin), namun dari segi fenomena kebanjiran pendatang asing. 

Orang Indonesia dan Myanmar menunjukkan minat yang paling ketara untuk datang ke Malaysia, diikuti orang Arab, Afrika dan lain-lain.

Kebanjiran pendatang asing ini saya lihat telah menenggelamkan warganegara Malaysia lantas menyebabkan saya lemas lagi rimas dengan implikasi daripada banjir ini. Kalau kedatangan pendatang asing ini berada dalam paras yang selamat tidak apa, tapi mereka telah mengakibatkan banjir dalam Malaysia. 

Saya rasa lemas lagi rimas dengan bibik Indon yang bersikap seperti tuan rumah dan tidak rasional apabila auntie saya tiada di rumah. Banyak juga isu dan kes yang ditimbulkan oleh bibik-bibik Indon seantero negara.

Saya rasa lemas lagi rimas apabila berkunjung ke Bukit Bintang dan kawasan yang sewaktu dengannya, terlalu banyak muka-muka orang luar seperti Arab dan Afrika yg mana ada di antara mereka yang bersikap sombong persis negara ini adalah negara asal mereka. Orang Malaysia hanya 10-30% saja yg saya nampak. Mereka seperti telah menjajah Bukit Bintang.

Saya rasa lemas lagi rimas apabila saya masuk ke restoran2 seperti Johnny's, KFC, Pizza Hut & sewaktu  dengannya; pekerja yang dtg melayan adalah daripada kalangan pendatang asing. Kualiti perkhidmatan mereka adalah teruk (lebih teruk daripada pekerja Malaysia yang teruk) dan mereka juga susah nak faham dan bertutur dalam Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris pun cakap tak betul. Semua faktor ini menjadikan customer seperti saya tidak gembira.

Saya rasa lemas lagi rimas dengan pendatang asing yang tak reti manner apabila berasakkan menaiki bas awam dan pengangkutan awam yang lain seperti pengalaman body saya ditolak ke sana ke sini sewaktu menaiki bas City Liner bagi laluan Sungai Petani-Butterworth.

Saya rasa lemas lagi rimas dengan situasi ekonomi negara yang digerakkan oleh orang luar. Buruh untuk projek2 mega, kilang-kilang, pasar basah dan pasar tani di bandar-bandar besar, dipenuhi oleh orang luar negara. 

Saya rasa lemas lagi rimas dengan situasi IPTS dipenuhi oleh orang luar. Saya rasa seperti berada di negara Arab apabila berada dalam kampus MMU di Ayer Keroh, Melaka. Apa peranan pendidikan oleh IPTS dalam negara ini sekiranya dikuasai oleh orang luar?

Saya rasa lemas lagi rimas apabila penempatan di bandar2 besar seperti kondominium dipenuhi oleh orang-orang luar. Saya pernah tinggal di Kondominium Pantai Panorama dan menyaksikan orang Arab seperti orang peribumi di situ. Harga rumah di Kuala Lumpur pula seolah-olah pemaju meletakkan 'target market' kepada orang luar negara di negara maju, bukan rakyat tempatan. 

Sesungguhnya, kebanjiran PAI dan PATI ini telah membasahkan saya dengan kelemasan dan kerimasan akibat daripada pencemaran yang dikeluarkan oleh mereka. Sesuatu harus dilakukan supaya kemakmuran Malaysia dinikmati secara maksimum oleh orang dalam negara, bukannya orang luar negara.





No comments:

Post a Comment