Monday, September 17, 2012

Perdebatan Bertulis: Dr M vs. Saifuddin Shafi Muhammad



Perdebatan menjadi sesuatu keperluan apabila isu yang menjadi perhatian rakyat hendak dikupas daripada kedua-dua belah pihak secara langsung mahupun bertulis. Dengan itu, setiap daripada kita perlu bijak untuk menilai sesuatu perdebatan dengan membuat analisis dan perbandingan hujah yang dikemuka sewaktu perdebatan itu. 

Saya dengan sukacita ingin memberi contoh perdebatan bertulis yang mana saya rasakan adalah berkualiti daripada kedua-dua belah pihak. Penilaian daripada perdebatan ini saya susulkan pula dengan kajian supaya fakta yang dikemuka oleh hujah adalah berdasarkan sumber yang betul. Kajiannya adalah dengan bertanya kepada Mr. Google. Hehe. 


Perdebatan bertulis ini adalah berkaitan post Dr. M yang menulis di blog beliau bertajuk 'Perubahan' yang mengkritik Anwar Ibrahim dengan menyamakan Anwar dengan Barack Obama yang banyak berjanji tetapi masih tak ditunaikan. Kritikan tajam Dr M ini dibalas dengan kritikan yang saya rasa sama malah lebih tajam oleh Saifuddin Shafi Muhammad; Presiden AIC Malaysia.


Saya ingin mengajak anda semua menilai kedua-dua tulisan tokoh bagi menambahbaik kemahiran kita menganalisis perdebatan bertulis dan juga demi menajamkan pemikiran dan seterusnya mengasah mentaliti menjadi minda kelas pertama. Perlu diingat setiap daripada kita perlu pandai berhujah demi memelihara hak dan harga diri daripada dicabul sesuka hati oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan.


Tulisan Dr. M :



1.In his campaign to become President of the US Barack Obama promised change, “time for change”, he said.

2.He promised to close down Guantanamo Detention Camp.

3.He promised to stop trials of detainees by Military Courts.

4.He promised to pull out from Iraq and Afghanistan.

5.And many more.

6.Now four years into his first term he has failed to keep his promises.

7.Guantanamo is still holding so-called terrorists; still torturing them. No military courts but no trials by civilian courts either.

8.Instead of pulling out from Iraq and Afghanistan he approved a “surge” in the troops sent to this area. Later he pulled out some troops but American soldiers are still in 
the two countries.

9.Making promises during campaigns for elections is easy. Keeping them is a different matter. The best hope is that people’s memory is short. They would normally forget the 
promises.

10.Now the opposition in Malaysia have copied Obama and is promising change.

11.Give them a chance they say. The BN has ruled this country for 55 years. It is time to change. They will change this into a welfare state. Everything will be free. 
No fees for education. No tolls. Large subsidy for petrol. 20% royalty to oil producing states etc.etc.

12.The Socialist and Communist have tried this welfare state idea. They failed. Malaysia has no ideology. But the reality is that the Government needs money in order to 
develop the country and to subsidise living cost for the people. But when Government foregoes taxes, tolls and fees, it will have less money. But it will have to spend more on running an maintaining utilities, expressways, schools, operational and development cost, pension etc.

13.So where does the Government get necessary funds?

14.Borrowing is okay if the money is invested and giving a return. But borrowing money in order to just spend will lead to non-payment of debts.

15.That’s what happened to Greece. It’s bankrupt now. The whole of Europe cannot put it back together again.

16.Admittedly the BN has ruled this country every since independence. But look at the record and compare it with other countries which gained independence at the same time. 
Compare it even with the developed West. They are in deep financial trouble and try as they might, they have not been able to overcome the crisis.

17.Remember 1997-98 crisis. The then Deputy PM and Minister of Finance tried the IMF solution without the IMF loans. Banks and companies were faced with the threat of 
bankruptcy from non-performing loans. Imports cost more. Cost of living shot up.

18.The track record of the Minister of Finance then was bad although there is a fondness of claiming success brought about by other people as his success. PNB, UIA were part 
of the claim.

19.Now as leader of the Opposition he is claiming to bring about change. What good change did he introduce when he was in the Government? All he was interested in was getting 
up the leadership ladder of UMNO in order to become Prime Minister. How he achieved his objective does not bear scrutiny.

20.Five years to give a trial as Government is dangerous. Many things can be destroyed in five years. Besides the Opposition as Government will ensure there will be no return 
for the BN. Officers in the Government will be used to “gempar” (threaten) whoever tries to change Government.

21.Already we see this person who claims to fight for free speech suing and resorting to the courts to shut the mouth of his critics. Other powers of the Government will be 
similarly abused. Nepotism and cronyism will be employed as indeed they are in the party he now heads.

22.The record is there. Malaysians must not allow themselves to be hoodwinked as I was hoodwinked by the appearance of religious piety in the past.

23.The BN has listened to the people and has changed many laws and policies. All that the people need to do is to urge the BN to carry out whatever change the people desire.

25.Better the devil you know than the angel you don’t.



Tulisan Saifuddin Shafi Muhammad :


Anwar Ibrahim Club (AIC) amat tertarik dengan serangan terbaru Tun Mahathir terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim seperti yang disiarkan sebuah portal semalam, dengan menyebut Ketua Umum PKR itu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mempunyai persamaan iaitu menabur banyak janji besar tetapi tidak dipenuhi.


Beliau juga menggesa supaya sokongan diberikan kepada BN kerana Anwar, kata Mahathir, menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.


Umum mengetahui sejak lama , Mahathir mempunyai dendam peribadi yang tinggi terhadap Anwar Ibrahim ekoran perbezaan polisi dalam urustadbir kerajaan semasa Ketua Pembangkang Malaysia itu menjadi orang nombor dua Malaysia dalam kabinet Mahathir , yang akhirnya melakar sejarah hitam demokrasi negara pada 1998.


Serangan terbaru ini adalah rentetan tekanan demi tekanan yang diterima Mahathir berikutan kelemahan pentadbiran Najib Razak yang kini sedang diasak oleh Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim untuk mara ke Putrajaya. Mahathir melihat situasi ini amat membahayakan kedudukan beliau sebagai ‘de facto’ kerajaan serta sekali lagi bakal menyebabkan perniagaan anak kesayangan beliau iaitu Mirzan menemui noktah buruk seperti dulu.


Lupakan Mahathir, Pakatan Rakyat Terus Mara Ke Putrajaya


AIC melihat omongan Mahathir ini sebagai tidak bermaya dan keluar dari mulut seorang bekas Perdana Menteri yang akan dilupakan satu hari nanti. Mahathir sengaja menutup mata melihat pembangunan dan perkembangan baik ekonomi yang dilakukan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.


Mahathir lupa kebanyakkan polisi kerajaan yang ingin segera diubah adalah disadur daripada idea Buku Jingga yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat apabila mentadbir Putrajaya nanti. Mahathir juga lupa pembangunan bukan sahaja melibatkan pembangunan stuktur bangunan tinggi semata-mata, tetapi asas ekonomi yang melibatkan kehidupan seharian rakyat terbanyak.


AIC yakin rakyat Malaysia tidak lagi memerlukan idea dan buah fikiran Mahathir yang jelas menjaga kepentingan diri dan kroni rapat dengan beliau. Malaysia tidak akan bankrap sekiranya memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, hatta melaksanakan polisi penurunan harga kereta. AIC hairan bagaimana seorang diktator selama 22 tahun boleh berfikiran secetek ini apabila menyebut tentang polisi ekonomi. 


Negara akan dan sedang menuju bankrapsi apabila ratusan juta dilaburkan kepada individu dan korporat secara tertutup dan tidak memulangkan hasil seperti skandal NFC melibatkan RM 250 juta serta skandal Bank Negara yang melibatkan RM 30 Billion wang rakyat yang diniagakan di pasaran matawang. 


Mahathir boleh terus berada dalam dilema yang beliau reka sendiri puluhan tahun lalu, 

rakyat Malaysia sudah bersedia untuk bersatu di bawah pimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru. Rakyat juga telah bertekad untuk menolak “Syaitan” yang mereka kenal, dan memilih seorang pemimpin baru yang betul-betul menunjukkan semangat untuk membawa Malaysia keluar dari kemelut identiti dan keruntuhan ini.

AIC meyakini dalam segala aspek sekalipun, Mahathir terlalu jauh untuk menggapai apa yang telah Anwar berikan kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya iaitu -Inspirasi. Disaat Mahathir termanggu manggu merasmikan perhimpunan ultra Melayu seperti Perkasa, Anwar Ibrahim dengan megah dan terhormat menjadi jemputan untuk merasmikan dan berpidato dalam perhimpunan ekonomi sedunia. 


Inilah dilema Mahathir, semakin beliau menghasut rakyat untuk membenci Anwar Ibrahim, jalan perubahan semakin terbuka luas. Usahlah berpura-pura mengambil berat tentang negara, jika seorang bekas Perdana Menteri memgang kepentingan dalam industri otomobil dan petroleum negara. Usahlah berbicara tentang moral jika anak sendiri memgang modal besar dalam syarikat arak antarabangsa.


Rakyat boleh mula melupakan Mahathir, dan jadikan pedoman dan doa supaya bangsa Malaysia akan datang tidak lagi dipimpin oleh maha karut seperti ini. 


GENERASI PENGGERAK ZAMAN


Saifuddin Shafi Muhammad

PRESIDEN
AIC MALAYSIA


Apa pandangan anda? Adakah anda mahukan perubahan dan meletakkan undi untuknya pada PRU 13?

Tepuk dada, tanyalah selera dan minda. 

No comments:

Post a Comment