Friday, October 19, 2012

20 Sebab Mengapa Saya Sokong Pembangkang



1) Tidak mengangkat demokrasi yang sewajarnya – Tidak memberi peluang kepada pembangkang dalam menjawab sesuatu isu dalam media arus perdana. Media antarabangsa melabel Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘Demokrat Palsu’ kerana melaungkan tranformasi kosong dan tidak memberi nafas langsung kepada pembangkang di media.

2) Menggunakan serangan berunsur peribadi kepada pemimpin pembangkang sebagai senjata utama; dan institusi diraja, akta seperti AUKU dan Akta Hasutan 1948, polis, SPRM, isu perpaduan kaum, masalah ekonomi orang Melayu, mereka sebagai pejuang kemerdekaan dan pelbagai jenis ‘durian runtuh’ sebagai pertahanan.

3) Gagal memperbaharui kedudukan dalam Transparency International yang menilai amalan rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran dan pengurusan menunjukkan bahawa amalan rasuah, korupsi dan penyelewengan dari masa ke masa semakin teruk di Malaysia. Penutupan isu Ketua Menteri Sarawak (menantu Taib yang bercerai dengan anaknya minta nafkah ratusan juta) dan Ketua Menteri Melaka (majlis kahwin besar-besaran) yang disyaki terlibat dalam rasuah tanpa siasatan menyeluruh oleh SPRM.

4) Ketua kerajaan sekarang, iaitu Perdana Menteri, Najib Razak tak mahu berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim atas alasan yang tidak sepatutnya diberi. Malah, sekali lagi menunjukkan ‘ketakutan’ beliau apabila tidak menghadirkan diri ke Parlimen sewaktu Ketua Pembangkang melakukan ucapan perbahasan untuk Bajet 2013.

5) Membiarkan media seperti Utusan Malaysia melemparkan fitnah atau tuduhan yang tidak benar kepada pemimpin pembangkang. Mahkamah bersetuju dengan kenyataan ini apabila Utusan Malaysia kalah dalam kes saman Lim Guan Eng sebanyak 2 kali. Malah rekod kalah saman Utusan Malaysia semakin bertambah dari masa ke masa.

6) Menyekat pengembangan mentaliti yang kreatif lagi kritis malah kritikal dalam minda mahasiswa dengan memperkenalkan AUKU malah pindaan AUKU tidak mengubah apa-apa. Tengok saja lah bagaimana pengenalan sistem e-voting untuk PilihanRaya Kampus 2013 diteruskan walaupun mendapat rungutan daripada mahasiswa. Kes  banyak yg menang tanpa bertanding pun menimbulkan keraguan.

7) Membiarkan TV3, Utusan Malaysia melucah dengan menyiarkan video berunsur seks dengan alasan rakyat perlu tengok. Tak tahu ke kalangan penonton tv dan pembaca surat khabar terdiri daripada semua golongan umur termasuk yang bawah 18 tahun? Tak tahu ke yang menyiarkan bahan2 lucah kepada orang ramai adalah tidak bermoral? Tak tahu ke matlamat sesekali tidak menghalalkan cara?

8) Memberi penekanan kepada kuantiti mengatasi kualiti dalam pembangunan institusi pengajian tinggi. Berapa bilangan mahasiswa yang mendapat perkerjaan dalam bidang yang dia belajar di IPT? Ranking universiti tempatan di peringkat antrabangsa sentiasa terumbang-ambing dan tidak konsisten.

9) Suka sangat putar belit  dan beralih fokus dalam menjawab isu-isu yang ditimbulkan pembangkang. Isu demonstrasi oleh Ambiga bagi 8 tuntutan untuk proses pilihanraya yang bersih dijawab oleh kerajaan dengan mengutuk peribadi Ambiga. Isu Anwar nak debat dengan Najib dijawab oleh kerajaan bahawa Najib sibuk dengan urusan lain, Anwar tak layak dan mengutuk peribadi Anwar.

10)Suka menyalahkan rakyat. Sebagai contoh, apabila DEB yang diteruskan oleh DPN yang mana prosesnya mengambil masa lebih kurang 50 tahun tidak berjaya mencapai matlamat 30% oleh orang Melayu, maka kerajaan kata orang Melayu yang salah dan malas dengan alasan mereka sudah menyediakan tongkat sedangkan yang patut dipersalahkan adalah tongkat tersebut yang tidak efektif. Adakah kerajaan tidak menyedarinya selama 50 tahun lebih mentadbir negara sejak merdeka?

11)Kalau UMNO betul2 berjuang secara betul untuk orang Melayu, maka sepatutnya orang Melayu dah boleh capai target dalam DEB dan DPN. Jadi boleh dikatakan kegagalan orang Melayu adalah disebabkan wakil pejuangnya  iaitu UMNO yang tidak efektif. Mengapa usia selama lebih 50 tahun tidak membantu dalam mencari formula yang betul2 efektif untuk kejayaan orang Melayu?

12) Merendah-rendahkan peranan pembangkang sebagai salah satu elemen demokrasi yang sihat di sesebuah pentabiran negara. Contoh : Mengutuk Buku Jingga tanpa membuat analisis dan kajian lengkap.  Sekali lagi tanpa membuat perbandingan melalui analisis terperinci, mengutuk sewenang-wenang PR’s Shadow Budget 2013.

13) Layanan dan cara pegawai kerajaan terhadap masyarakat adalah kasar dan tidak mesra. Anda boleh rasa sendiri pengalaman berurusan dengan pegawai kerajaan. Contoh : pegawai PTPTN, pegawai di klinik kerajaan, pegawai di Jabatan Imigresen, pegawai bank di BSN.

14) Pembangkang datang dengan manifesto yang lebih menarik : Mansuh PTPTN, turun harga minyak,  turun harga kereta, usaha meningkatkan pendapatan isi rumah menjadi RM4000, rombakan sistem politik ekonomi dan sosial, kebebasan media, menangani rasuah, menjadi kerajaan yang lutsinar, keutamaan berdasarkan meritokrasi.

15) Isu yang ditimbulkan pembangkang lebih jitu : keburukan penyenaraian syarikat FELDA dalam bursa saham, Najib Razak mengelak berdebat dengan Anwar Ibrahim, isu kenaikan harga minyak,  penyelewengan oleh Menteri di kabinet, media arus perdana yang berpihak kepada kerajaan dan mengabaikan jawapan pembangkang, penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene – pembunuhan rakyat Mongolia oleh pegawai polis; Altantuya Shaaribuu, manipulasi data dalam indeks jenayah oleh polis, himpunan BERSIH yang menuntut rombakan proses pilihanraya oleh SPR dan membongkar kepelikan dan keraguan dalam senarai pengundi sedia ada.

16) Sistem pentadbiran yang merendah-rendahkan peranan dan pandangan rakyat. Setiap perkara atau projek yang diambil kerajaan tidak mengambil kira pendapat rakyat secara serius. Contoh : penyenaraian FELDA dalam bursa saham, pembinaan reaktor kimia LYNAS, pembinaan Cyberjaya, Putrajaya, PPSMI, rombakan sistem pendidikan yang lambat, pemajuan sistem pengangkutan awam yang lambat. Sistem yang digunapakai oleh kerajaan sekarang nampak cenderung untuk menilai sesuatu projek berdasarkan perspektif mereka, bukan perspektif kebanyakan rakyat.

17) Pemberian ‘hadiah’ kepada rakyat yang dibuat secara tergesa-gesa dan tidak berdasarkan kajian, malah hanya mengikut musim, dan hanya mengikut kelompok-kelompok tertentu. Kenaikan pangkat kepada guru yang senior, pemberian baucar tayar kepada pemandu teksi, baucar buku, durian runtuh kepada pengusaha FELDA. Susulan daripada pemberian ini, banyak rungutan kedengaran oleh kelompok-kelompok ini.

18) Tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang menyekat pemberian PTPTN kepada pelajar UNISEL hanya semata-mata kerajaan PKR negeri Selangor mahu mansuh PTPTN apabila menjadi kerajaan pusat. Tidak menghiraukan nasib pelajar, malah nampak kepada kita dasar yang dirangka oleh kerajaan pusat hanyalah perjudian untuk kepentingan mereka.

19) Suka menakutkan rakyat dengan menggunakan polis sebagai alat. Tidak perlulah menggunakan Utusan Malaysia untuk mencari-cari pihak yang kononnya melakukan kerosakan besar sewaktu demonstrasi. Mewujudkan ‘culture of fear’ dengan harapan rakyat tidak berani untuk menentang dan menjadi pak turut.

20) Kerajaan Barisan Nasional mentadbir dengan mengguna pakai sistem peninggalan Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang diktaktor yang disah di peringkat antarabangsa. Sila taip ‘List of Modern Ditactor’ di Wikipedia. Dr M adalah yang ‘diiktiraf’ sebagai salah seorang diktaktor. Adakah kita mahu pentadbiran ala diktaktor?







2 comments:

  1. hohoho... bagus betei my brother ni. ;)

    ReplyDelete
  2. hehe...thank ika...cek skrg nie dah jadi one of pejuang moraliti..hihik

    ReplyDelete